22 October 2014

Berita Gembira Di Bulan Oktober!

Assalamualaikum. Hai semua! :)


alhamdulillah


Alhamdulillah. Aku baru saja dapat satu berita gembira. Tetapi aku tak boleh menerimanya sebab aku perlu meneruskan perjuangan yang belum selesai. Takut nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran pulak. Bukan kali nie. Insyallah, ada rezeki aku lagi lain kali.

Berita gembira di bulan Oktober. Alhamdulillah for everything, as He indeed knows best. :)

Do you know why we should be very much thankful? It's because
we may never have everything, but at least we never had nothing.

19 October 2014

Kata-kata Motivasi Untuk Memperbaiki Diri

Assalamualaikum. Hai semua! Selamat berhujung minggu. (^_^)y

Kata-kata motivasi untuk memperbaiki diri dan memberi semangat daripada Irfan Khairi.


kata motivasi, irfan khairi, kata semangat

Jangan buang masa, lebih baik buang alasan.
Setiap hari jadikan lebih baik dari sebelumnya walaupun sedikit.
Perubahan kecil boleh memberi impak yang besar. Lakukan perubahan walaupun sedikit.
Lebih baik cari jalan daripada cari alasan.
- Irfan Khairi -

Kata-kata motivasi untuk diri sendiri sebenarnya. Semoga aku akan lebih bersemangat, sentiasa bersemangat dan terus kekal bersemangat dalam melakukan apa-apa saja perkara dalam hidup. Bersemangat siapkan assignment dan presentation. Bersemangat update blog. Macam hari nie! Semangat gila kot tiba-tiba aku update blog hari Ahad. Bangga dengan diri sendiri. Kahkah!

Kenapa malas sangat nak buat assignment nie? Esok kena start buat. Tolonglah rajin!

Masa depan anda ditentukan oleh apa yang anda lakukan hari ini. :)

18 October 2014

Cerita Santai #5 : Cuti Pertengahan Semester

Assalamualaikum. Hai semua! Yeayyyyy! Cuti pertengahan semester (midsem) sudah bermula! Alhamdulillah, aku selamat sampai Melaka pada pukul 6.00 pagi semalam. Tiket bas nak balik ke Penang pun dah beli. Balik awal sehari sebab takut penat. Hari Isnin kelas start pukul 8.00 pagi.


troll, ipt troll, uthm troll

Terima kasih kerana 'menceriakan' lagi cuti saya! T______T


Cuti seminggu jewww pun tapi kena siapkan presentation dan assignment yang bertimbun! Lepas cuti kena hantar tapi aku relaks jek tak start buat apa-apa lagi. Hihi. Dari semalam asyik dok main dengan budak comel jek. Insyallah, aku akan cuba siapkan tugasan-tugasan yang pensyarah bagi. Apa yang penting, I'm homeeeee yeahhh! *Macam dah bertahun jek tak balik rumah. :p

Okay lah, aku nak sambung menikmati cuti di rumah. Heavennn. Bye! :)

Tidak akan ada kesenangan tanpa adanya kesusahan.
Tidak akan ada kebahagiaan tanpa adanya kelukaan.
Tidak akan ada kemanisan tanpa adanya kepahitan.

Cerita Santai #1 | Cerita Santai #2 | Cerita Santai #3 | Cerita Santai #4

17 October 2014

Most Wanted! September 2014

Assalamualaikum. Hai semua! Berbekalkan 6 entri pada bulan September yang lalu, aku tetap jugak mencari top commentators untuk bulan tersebut. Bulan September kurang mengadap laptop sebab aku excited sangat sambut ahli baru dalam keluarga dan minggu kedua bulan September pulak semester baru sudah bermula. Mood fokus study lah kononnya!

Entri ini dikira sebagai tanda penghargaan khas untuk korang yang sudi datang ke blog aku dan tinggalkan komen sekali. Terima kasih daun keladi, lepas nie komenlah lagi.


appreciate, thank you, beautiful


Top Commentators Bulan September Blog Arol Mubin
Timm Bill | aRz MoHa | Nurzakiah Hanum | Norhasniza Khalid


TERIMA KASIH kepada top commentators bulan September! :) Terima kasih juga kepada rakan blogger lain yang sudi tinggalkan komen! Bila aku tengok komen-komen pada bulan September, ada ramai blogger yang baru kali pertama komen kat entri blog aku. Maksudnya aku tak kenal dorang dan sebelum nie tak pernah nampak dorang komen.

Walaupun tak blogwalking, ada jugak yang sudi datang sini. Maaf ya sebab tak balas kunjungan. Bukannya malas tapi it's all about priorities. Ceh! Ada jek alasan aku nie. :D

Learn to appreciate what you have,
before time makes you appreciate what you had.

Most Wanted! Ogos 2014

14 October 2014

It's All About Priorities!

quote, busy, priority

Assalamualaikum. Hai semua! Dari hari ke hari aku cadang nak update blog tapi tak update pun. Tak sempat nak menaip entri. Kerja lain pun banyak lagi yang belum siap. Tapi memang nakkk sangat update blog. Ada jek idea nak update blog tapi tak sempat nak menaip. Serius, ini bukan penyakit malas seperti sebelum nie. Hehe!

No one is busy in this world, it's all about priorities. Setiap hari kelas dari awal pagi sampai lewat petang. Hari nie kelas sampai malam. Belum kira meeting persatuan lagi. Dah penat asyik cakap "Penatnyaaa!". Assignment bertimbun belum usik lagi. Ini bukan merungut tapi cuma nak beritahu sebab aku tak update blog. Fokus pada pelajaran lah kononnya! Hihi.

Okay lah. Ini pun curi-curi masa sebab rasa macam dah gian sangat nak update blog walaupun hakikatnya aku nie blogger suam-suam kuku yang jarang update blog. Well, waktu tengah sibuk macam nie memang semangat nak update blog berkobar-kobar. Tapi bila aku tengah lapang, mood blogging pulang ke lauttt. Haih.

Tak sabar nak cuti midsem. Aku nak balik rumah! Bukan sebab aku homesick tapi aku dah penat. Nak mengadap perangai manusia sekeliling tue yang paling penat.

Cukup cukup! Nak siap-siap pergi kelas. Jumpa lagi! Bye. :)

It's very easy to say "busy" when someone needs you.
But it's very painful to hear "busy" when you need someone.

29 September 2014

I'm Back! Did You Miss Me?

quote, miss you, back

Assalamualaikum. Hai semua! Salam penuh kerinduan daripada aku yang berada di perantauan lah sangat. Terasa macam dekat perantauan (luar negara) jugak lah sebab cuaca kat sini selalu sejukkk. Asrama aku atas bukit, depan bilik aku hutan dan kat sini selalu hujan. Memang sejuk. Selalu tidur pakai sweater dan berselimut sambil feeling-feeling belajar kat UK. Hikhik.

Sejak balik ke USM, aku terus tak update blog sebab sibuk sangat. Setiap hari kelas dari awal pagi sampai lewat petang. Nak buka laptop pun rasa malas sebab penat. Assignment pulak dah bertimbun. *garu kepala* Cepatlah cuti. Dah tak sabar nak balik rumah nie. Hashtag homesick.

Aku tak ada apa-apa nak cerita pun sebenarnya. Kehidupan semester baru nie nampaknya lebih mencabar. Mencabar daripada pelbagai aspek. Salah satu subjek untuk semester nie ialah Gaya dan Tatabahasa Perbandingan. Belajar tatabahasa, BM dan BI (grammar). Banyak yang aku dah lupa waktu belajar di sekolah dulu terutamanya grammar. Paling best setiap minggu dalam kelas tutorial ada ujian untuk subjek tue. Hari nie berkerut dahi jawab ujian. Bila tengok markah yang aku dapat, wuwuwu menangis tak berlagu. Nampaknya kena usaha lebih lagi nie. T.T

Apa yang penting, tak lama lagi cuti Hari Raya Aidiladha. Hoorayyy! Tiket bas dah beli. Tak sabar nak balik rumah! Rindu nak lalu kat Jambatan Pulau Pinang sambil tersengih dalam bas.

Balik kampung oh ho ho balik kampung! Hati giranggg. Ouh, Melakaaa!

Rindu mak ayah! Rindu keluarga! Rindu baby AN! Rindu kucing-kucing!
Rindu masakan mak! Rindu rumah! Rindu tv! Dasar homesick tegar,
semuanya nak rindu! Well... Anak bongsu! :D

05 September 2014

Andai Dapat Ku Undurkan Masa

Assalamualaikum. Hai semua! :)


time quote, life, quotes,


Pejam celik pejam celik, tak sedar pulak cuti semester selama 2 bulan lebih sudah pun berakhir. Insyallah, pada malam esok aku akan menaiki bas untuk pulang ke Pulau Pinang. Masih aku ingat lagi tanggal 25 Jun 2014 iaitu hari terakhir final exam. Petang habis exam, malam tue jugak aku balik kampung. Tak boleh tangguh walau sehari pun sebab excited tahap gaban nak cuti!

Betul ke cuti dah habis? Aku harap ini semua hanyalah mimpi! Bila aku terjaga daripada tidur, rupanya aku masih berada di dalam bas untuk pulang ke rumah pada 25 Jun 2014. Indahnya jika apa yang aku harapkan nie benar-benar berlaku. Indah sangat! Wuwuwu! T.T

Barang-barang langsung tak kemas lagi. Malas gilewwwww nak kemas!

Okay, rasanya lepas nie aku akan jarang update blog. Well, awal semester kan? Banyak urusan penting perlu diselesaikan. Paling penting sekali, nak kawal homesick kronik aku.

Semester baru bakal bermula. Aku dah jadi senior. Yeay? No! I'm forever junior. Kembali pada rutin harian aku sebagai seorang pelajar. Bangun tidur, bersihkan diri, bersiap sambil berangan, merungut bas lambat, kelam-kabut masuk kelas, malam pergi meeting sana sini, makan megi pukul 3 pagi, setengah mati merindui keluarga dan kucing-kucing kat rumah dan sebagainya.

Aku harap sangat semester 3 (dan sampai semester akhir) nie takde kelas pada hari Jumaat. Semester 1 dan 2 takde. Tapi hari tue sebelum final exam, pensyarah cakap dia nak buat kelas tutorial pada hari Jumaat. Asdfghjklmnbvcxz? Aku harap dia ubah fikiran. Huh.

Doakan aku selamat sampai di Pulau Pinang ye! Doakan aku dapat roommate yang baik jugak! Nanti boleh dia kejutkan aku yang liat nak bangun solat Subuh nie. Hihik. :p

Tapi kan... Nak ulang semula hari pertama cuti semester boleh tak?

Time is free, but it's priceless. You can't own it, but you can use it.
You can't keep it, but you can spend it. Once you've lost it,
you can never get it back.

04 September 2014

Most Wanted! Ogos 2014

Assalamualaikum. Hai semua! Alhamdulillah. Pada bulan Ogos 2014, blog aku ada 10 entri. Kira banyak jugak tue bagi blogger pemalas nak update blog macam aku nie. Seperti biasa, tak kisah entri blog aku sikit mana pun dan walaupun tak ramai yang komen tetapi aku tetap nak beritahu siapa "Most Wanted" iaitu top commentators pada bulan Ogos yang lalu. :)

Entri ini dikira sebagai tanda penghargaan pada korang yang rajin bebenor datang ke blog suam-suam kuku aku nie dan tinggalkan komen sekali. Aku terharu gila, korang tahu tak?


appreciate, thank you, beautiful


Top Commentators Bulan Ogos Blog Arol Mubin
Timm Bill | Apabila Hati Terbuka | aRz MoHa | Sal Bee Yah | Scha Nazri | Jia Rizaira


TERIMA KASIH kepada top commentators bulan Ogos! :) Terima kasih juga kepada rakan blogger lain yang sudi berkunjung ke blog aku nie dan tinggalkan komen sekali. Aku sangat menghargainya! Bulan September nie rajin komen lagi ye! Eh. Hehehe. :D

*****

Aku minta maaf sebab dah lama sangat tak balas kunjungan ke blog korang. Buat masa nie, aku tak sempat nak blogwalking. Cuma sempat update blog jek. Kenapa? Ada dua sebab! Sebab yang pertama ialah baca entri nie dan sebab yang kedua pulak ialah baca entri nie.

Learn to appreciate what you have,
before time makes you appreciate what you had.

Most Wanted! Julai 2014

03 September 2014

Tak Malu Ke Dengan Allah?

Assalamualaikum. Hai semua! :)


muhasabah, peringatan, malu, iman


Kadangkala kita masih bercakap tentang dosa seseorang, sedangkan Allah dah lama ampunkan dia. Malunya! Tuhan pun sudi ampunkan dosa seseorang tetapi kita yang sesama manusia nie pulak nak menghukum lebih-lebih. Bukan main lagi bila bercakap tentang dosa orang lain sampai terlupa dosa sendiri yang dah bertimbun.

Peringatan ini istimewa untuk diri aku sendiri yang kadangkala suka sangat bercakap tentang dosa orang lain. Menghukum kesalahan orang mengalahkan Tuhan. Oleh itu, mari sama-sama kita muhasabah diri. Perbaiki diri. Sentiasa berusaha untuk menjadi yang lebih baik! :)

Letak malu pada pandangan, percakapan, pendengaran dan perbuatan.
Barulah dikatakan malu sebahagian daripada iman.

02 September 2014

Wifi Kesukaan Ramai!

Assalamualaikum. Hai semua! :)


wifi, love, quotes, home

Home is where wifi connects automatically. Siapa setuju? :D


Ya, itu adalah salah satu sebab kenapa aku sukaaaaa sangat pada rumahku syurgaku! Rasa syahdu pulak meniti hari-hari terakhir cuti semester. Selepas nie, wifi rumah mesti rindu 200% dekat aku sebab "die hard fan" dia dah takde kat rumah. Entah bila boleh jumpa lagi.

Nasib baiklah wifi kat USM pun lebih kurang sama laju dengan wifi rumah. Takdelah aku rindu sangat kat wifi rumah. Hehe. Aku boleh online bila-bila masa jek, melagha tak ingat dunia (astaghfirullahalazim), dapat cari maklumat untuk assignment dan macam-macam lagi.

24 jam boleh online kalau berada di asrama. Waktu hujan lebat ke, kilat, guruh, ribut atau petir pun boleh online jugak sebab wifi sentiasa ada. Tapi aku tak berani nak online waktu macam tue sebab dah terbiasa kalau kat rumah, bila dengar jek bunyi guruh, wajib switch off wifi.

Syukur sangat. Sebab ada kawan-kawan aku yang mengadu, internet kat kolej/universiti dorang teruk. Kesian dorang sebab susah nak cari maklumat untuk assignment. Terpaksalah dorang guna broadband dan ada jugak yang langgan internet mobile jek. Walaupun sistem selalu bengong, tapi wifi okay. So far dah setahun aku belajar kat USM, memang okay lah. Harap terus okay sampai bila-bila ye, USMSecure (nama wifi)! (^.^)y


Bila tengok orang yang lebih susah daripada kita, mesti kita akan rasa bersyukur.

Faith is like wifi. It's invisible but it has the power
to connect you to what you need.
:)

01 September 2014

Mengenang Peristiwa 1 September 2013

Assalamualaikum. Hai semua! :)


life quotes, memories, smile, quotes


Hari ini, 1 September 2014. Sudah setahun berlalu rupanya peristiwa tidak tergambar dengan kata-kata yang telah menjadi kenangan. Peristiwa pada 1 September 2013 masih segar lagi dalam ingatan aku. Rasanya itu salah satu kenangan yang tidak mungkin aku lupakan.

Dulu memang aku rasa 1 September 2013 ialah hari yang paling menyedihkan dalam hidup. Perasaan aku bercampur baur dan emosi tak stabil. Segala-galanya hanya mampu diluahkan dengan air mata sahaja! Hahaha! Sekarang nie bila dikenang semula, rasa kelakar sangat.


No matter what happens, some memories can never be replaced. (^.^)y


Bermula dari detik itu, aku banyak belajar erti kehidupan dan pelbagai pengalaman telah aku tempuhi. Sebenarnya dah lama aku nak hasilkan satu entri tentang peristiwa 1 September 2013 tetapi belum tertunai lagi hasrat tersebut. Insyallah, suatu hari nanti ye. Hehe.

Walau apa pun, aku bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai detik 1 September 2013. Aku bersyukur sebab dapat ukirkan senyuman di wajah-wajah kesayangan hamba. :)

Sometimes you will never know the true value of a moment
until it becomes a memory. :)

31 August 2014

Hidup Indah Jika Tahu Menghargai

Assalamualaikum. Hai semua! :)


logo merdeka, tema merdeka, merdeka ke-57

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-57!
Malaysia... Di sini lahirnya sebuah cinta. 


Selain daripada hari kemerdekaan negara pada 31 Ogos, ada juga beberapa kenangan yang pernah aku lalui pada tarikh tersebut. Kenangan manis pada 31 Ogos 2012 dan kenangan "perasaan bercampur baur" pada 31 Ogos 2013. Senyum sorang-sorang bila teringat semula kenangan-kenangan tersebut. Peristiwa-peristiwa yang memberikan aku pengalaman baru dan mengajar erti kehidupan. Cewah! Alhamdulillah. Antara kenangan terindah dalam hidup.

Hari nie, 31 Ogos 2014. Ahli keluarga baru yang pernah diceritakan dalam entri nie sudah pulang ke rumah kami. Alhamdulillah. Seronok dan excited baq hang! Hehe. :)

Bersyukur kerana dapat menikmati pelbagai keindahan dalam hidup.


Hidup itu indah jika kita tahu menghargainya. Seseorang yang melihat kebaikan dalam pelbagai hal bererti dia memiliki fikiran yang baik dan seseorang yang memiliki fikiran yang baik akan mendapat kenikmatan daripada hidupnya. #NoteToMyself

Tersenyumlah agar segalanya nampak indah,
walaupun hidup ini tidak begitu mudah. :)

30 August 2014

Nikmati Hidup Setiap Hari

Assalamualaikum. Hai semua! :)


brotherhood arts, quotes, life

Yesterday is over. Tomorrow is not here yet. So, live today!


Sudah dua hari berturut-turut aku mengemas rumah. Semangat nak sambut penghuni baru. Insyallah, kalau tiada apa-apa halangan hari nie ahli keluarga baru yang pernah aku beritahu dalam entri nie akan balik ke rumah kami. Alhamdulillah. Memang indah perancangan Allah.

*** Update: Ahli keluarga baru tak jadi balik hari nie. Insyallah, esok. Sabar menanti.

Tiba-tiba rasa semakin malas nak balik ke Penang. Dah terasa bahang homesick! Hahahaha.

Bersyukur memberi makna positif terhadap masa lalu, membawa ketenangan untuk hari ini dan menciptakan visi untuk masa hadapan. :)

Keep smiling because life is a beautiful thing and there's so much to smile about.

Every day may not be good, but there's something good in every day.

29 August 2014

Indahnya Perancangan Allah!

Assalamualaikum. Hai semua! :)


syukur, thankful, bahagia, mutiara kata, kata hikmah


Tiada kata yang mampu aku ungkapkan, melainkan hanya "Alhamdulillah". Syukur.
Kami merancang, tetapi Allah juga merancang dan perancanganNya adalah yang terbaik. Indahnya perancangan Allah! Insyallah, ada kemanisan di sebaliknya. :)

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi mendoakan! Aku sangat menghargainya.
Semoga Allah membalas jasa baik dan merahmati kehidupan anda semua. :)


*** Kesinambungan daripada entri Mohon Doa Daripada Kalian.

Bukan bahagia yang membuatkan kita rasa bersyukur,
tetapi dengan bersyukur akan menjadikan hidup kita bahagia.

28 August 2014

Mohon Doa Daripada Kalian

Assalamualaikum.

Minta jasa baik korang untuk doakan pembedahan kakak aku pada hari ini berjalan dengan lancar. Bayi dalam kandungan dia ada masalah dan perlu dibedah segera. Doakan semoga pembedahan kakak aku berjalan dengan lancar dan segala-galanya dipermudahkan oleh Allah. Insyallah, semoga kedua-duanya selamat.

Ujian hebat buat kami sekeluarga. Kuatkan semangat ya, Along! Kami tahu Along kuat! Kami sentiasa ada di sisimu. Kita merancang, tapi Allah juga merancang.

Doakan ya semuanya selamat dan berjalan lancar. Terima kasih! Allah saja yang dapat membalas jasa baik korang.

27 August 2014

Rindu Awak 200% USM!

troll, lawak, umptroll


Assalamualaikum. Hai semua! Betul ke cuti semester dah nak habis? Cepatnya masa berlalu! Bukan baru start cuti minggu lepas ke? Rasa macam baru jek jawab last payyyper pada 25 Jun hari tue. Rasa macam baru jek lagi kemas barang-barang dan bilik. Bahagia tak terkata pada ketika tue! Nak ulang balik hari Ahad terakhir boleh? Hmmm. Terimalah hakikat, Arol.

Rindu awak 200% USM!!! Percayalah, sesungguhnya itu semua hanyalah dusta belaka.

Menghitung hari, detik demi detik. Tiket bas pun belum beli lagi. Bilalah Malacca International Airport nak mula beroperasi nie? Penat jugak naik bas 6 atau 7 jam. Bila balik rasa bertahun jek nak sampai rumah. Harap tak lama lagi aku dapatlah naik Rayani Air. Come let's fly!

Nampaknya tak lama lagi hashtag nie akan berkeliaran tanpa mengira waktu di Facebook aku. #homesick #homesicktegar #rindu #setengahmatimerindu Tak boleh blah!

Hidup adalah sebuah perjalanan. Bukan sejauh mana kita berjalan tetapi berapa banyak kebaikan yang telah kita jalani. :)

25 August 2014

Raya Kan Sebulan Uols!

raya, aidilfitri, syawal


Assalamualaikum. Hai semua! Aku tertinggal kereta api, baru nak cerita pasal hari raya Aidilfitri 2014. Well, raya kan sebulan! Hari nie baru 29 Syawal, masih ada sehari lagi hari raya. Namun begitu, mood raya aku dah lama habis sejak minggu kedua Syawal lagi.

Raya tahun nie lebih kurang sama jek macam tahun-tahun lepas. Sederhana tetapi meriah! Cuma raya tahun nie ada beberapa perbezaan sikit. :)

Ahli keluarga baru (dan bakal ahli keluarga baru)
Raya tahun nie ada seorang ahli keluarga baru iaitu abang ipar. Hujung tahun lepas aku pernah cerita pasal majlis perkahwinan kakak aku. Seronok jugak ada abang ipar nie sebab banyak membantu. Sebagai contoh, tolong mop lantai, tolong isi kuih bila balang dah kosong, tolong kemas sama-sama bila tetamu dah balik dan lain-lain. Kepada abang ipar, semoga rajin sampai bila-bila ya! Insyallah, tak lama lagi akan bertambah seorang lagi ahli keluarga baru.

Warna tema baju raya
Setiap tahun keluarga aku memang suka pakai baju raya sedondon, sama warna dan corak. Tetapi tahun nie tak berapa nak sedondon sangat. Sepatutnya warna tema hijau firus iaitu warna tema majlis perkahwinan kakak aku (baju tue baru pakai sekali jek masa kakak aku kahwin), tetapi cancel sebab Mak aku tak sempat nak jahit baju Melayu abang ipar aku. Mak aku kan tukang jahit, baju pelanggan banyak. Maka, warna tema baju raya tahun nie ialah kuning cair iaitu warna tema untuk majlis pernikahan kakak dan abang ipar aku. Baju tue pun kitorang baru pakai sekali jek masa hari pernikahan. Why not berjimat kan? Tak sedondon sangat sebab abang ipar aku pakai baju nikah dia dan kakak aku pakai long dress kuning terang. Kakak aku terpaksa beli long dress baru sebab dia dah berbadan dua. Hihik.

Tahun nie tak dapat nak mintak Mak jahit baju Melayu moden fesyen retisss untuk aku macam baju raya tahun lepas. Insyallah, raya tahun depan aku request sepasang baju Melayu tetapi nak ada 3 warna berlainan. Harap tak nampak macam badut. Haha.

Satu keluarga diserang penyakit berjangkit
Dalam entri nie aku ada beritahu yang keluarga aku cuti bekerja hampir 2 minggu (sepatutnya seminggu jek). Sebabnya kami sekeluarga sakit mata pada hari raya keenam. Nasib baik hari raya kelima kami dah puas jalan raya dari pagi sampai ke malam. Mula-mula cuma aku, Ayah dan Along jek yang sakit mata tetapi sehari selepas tue, Mak, Angah dan abang ipar pulak sakit mata. Adil. Puncanya berjangkit daripada saudara sebelah abang ipar aku. Tetapi sakit mata aku tak teruk sangat dan cepat sembuh. Mungkin sebab mata aku serasi dengan ubat titis farmasi. Yang lain sakit mata teruk - mata merah, nampak bengkak dan rasa pedih. Dah titis ubat klinik dan farmasi pun masih tak sembuh lagi. Sampai kena pergi klinik beberapa kali dan jumpa pakar mata. Alhamdulillah, sekarang kami dah sembuh.

Duit raya (zaman kegemilangan yang sudah berlalu)
Sejak umur aku dah masuk 20an, jumlah pungutan duit raya aku pun dah tak sekencang dulu. Nak menipu cakap aku baru tingkatan 4 pun nanti orang takkan percaya sebab muka dah macam bapak orang. Belum kira lagi orang yang ingat Angah (kakak) aku tue adik aku. Orang dok tanya dia, sekolah lagi ke? Ceh! Dah lebih 10 tahun dia tinggalkan alam persekolahan, makcik. Saya nie haaa anak bongsu, bukan dia.

Kesimpulannya, raya tahun nie best tetapi kenapa rasa macam sekejap sangat jek raya?

Cuti semester pun tinggal beberapa hari jek lagi. Itu yang PAAALINGGG TAK BEST!!!

Bukan bahagia yang membuatkan kita rasa bersyukur,
tetapi dengan bersyukur akan menjadikan hidup kita bahagia.

11 August 2014

Rasa Ini Membunuhku!

Assalamualaikum. Hai semua! Pernah rasa tak? *Tajuk entri tak nak kalah!

Rasa nak berputus asa daripada buat sesuatu yang kurang berjaya setelah kita berusaha keras untuknya. Rasa macam sia-sia jek setiap usaha yang dilakukan.

Semakin bertambah rasa nak berputus asa bila tiada sesiapa yang beri sokongan supaya kita rasa lebih bersemangat untuk teruskan usaha.

Lebih malang lagi, ada pulak 'virus-virus' yang melemahkan semangat kita dan buat kita rasa macam ARGHHH K FINE I'M GIVE UP! Tired of trying asdfghjklmnbvcxz! Huh.

Mungkin aku sorang jek yang rasa macam tue. T_________T

Tetapi setiap kali nak berputus asa, mesti terbayang gambar bawah nie!


life, success, give up, quotes

Many of life failures are people who did not realize how close they were to success when they gave up.


Rugi kalau berputus asa setelah kita berusaha keras. Macam lelaki dalam gambar tue, kalau dia berusaha lagi sedikit sudah tentu dia jadi kaya raya. Rugi kan?


Never give up on something you really want because it's difficult to wait but it's moreeeee difficult to regret.

The minute you think of giving up, think of the reason why you held on so long!


Apa pun, aku masih lagi rasa nak berputus asa. Hahahahahahagsgdtdwyksq!

The moment you're ready to quit is usually the moment right before
the miracle happens. So, don't give up!

*Ayat-ayat nak sedapkan hati sendiri. Heh.

07 August 2014

Bukan Senang Nak Senang!

teenager, teenager post,


Assalamualaikum. Hai semua! Mood raya aku dah habisI want to sleep for 3 years and wake up with a degree, a bungalow and money in the bank. Boleh tak macam tue? Tinggal nak cari calon isteri jek. Hahahaha! Cuti semester dah nak habis. Belum start semester baru lagi tapi dah ada dugaan yang perlu ditempuhi. Masalah dengan pendaftaran subjek. Huh.


facebook status, teenager post


Al-kisahnya aku tak boleh daftar subjek elektif untuk major. Subjek tue terhad jadi kena rebut. Aku daftar tepat pukul 9.00 pagi (waktu pendaftaran dibuka) tetapi tidak berjaya! Dua hari berturut-turut aku cuba daftar beratus kali tetapi masih tidak berjaya sehingga diberitahu bahawa "Quota is full!". Confirm masalah sistem! Yang peliknya, pelajar lelaki sahaja tak boleh daftar. Pelajar perempuan berjaya daftar subjek tue. Diskriminasi jantina ke apa nie?

Aku hantar emel kepada pensyarah subjek tue sebelum kuota penuh. Dia pun pelik bila tengok yang daftar subjek tue semua pelajar perempuan. So dia kata dia akan siasat kenapa masalah tersebut timbul. Pensyarah KIV nama aku dulu, mana tahu kalau ada pelajar yang drop subjek tue kan. Tetapi aku tak nak berharap terlalu tinggi. Sekarang nie aku sedang cari subjek lain untuk tambah unit. Ramai kawan cadangkan aku ambil bahasa asing tetapi errrrrrrrrrrr bahasa Inggeris aku pun huru-hara lagi. Tak payah berangan nak ambil bahasa lain! T.T

Well, bukan senang nak berjaya kan? Memang banyak liku-liku yang perlu kita tempuhi sebelum berjaya. *sedapkan hati* Ini baru pendaftaran subjek. Belum lagi start kuliah, tutorial, assignment bertimbun, homesick exam lagi. Mohon tambah cuti lagi sebulan boleh?

Ayah selalu pesan, "Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah." (^.^)y

My life may not be going the way I planned it, but it is going exactly
the way Allah planned it. And He is the best planner!
:)

06 August 2014

Most Wanted! Julai 2014

Assalamualaikum. Hai semua! Entri 'Most Wanted' iaitu senarai top commentators kembali lagi. Tetap nak publish entri nie walaupun pada bulan Julai blog aku cuma ada EMPAT entri sahaja. Hahaha! Puncanya bukan sebab aku malas blogging tetapi internet rumah ada masalah dan aku malas nak buat report. Kkkkk. 'Malas' tue tetap ada. Bila nak jadi rajin nie?

Baiklah. Entri ini dikira sebagai tanda penghargaan pada korang yang rajin komen entri-entri blog milik si Arol Mubin yang belum dapat hidayah lagi nak jadi rajin. T.T *sad violin*


appreciate, thank you, beautiful


Top Commentators Bulan Julai Blog Arol Mubin
Timm Bill | aRz MoHa | CikMisi Leen | Husna Zahidi | Apabila Hati Terbuka | Scha Nazri


TERIMA KASIH! :) Terima kasih kepada top commentators bulan Julai dan tidak lupa jugak kepada semua rakan blogger yang sudi tinggalkan komen di entri-entri dalam blog suam-suam kuku aku nie. Aku sangat menghargainya! Sobs sobs. *kesat air mata*

Learn to appreciate what you have,
before time makes you appreciate what you had.

Most Wanted! Jun 2014

05 August 2014

Cerita Santai #4 : Seminggu Berhari Raya!

Upin Ipin, raya, aidilfitri


Assalamualaikum. Hai semua! Selamat Hari Raya Aidilfitri. Hari nie sudah 9 Syawal rupanya! Nak ulang semula 1 Syawal boleh tak? Atau sehari sebelum raya pun boleh. Seronok beraya tetapi sedih sebab cuti semester dah nak habis. Rasa macam tak puas lagi duduk kat rumah. Mak selalu cakap, "Kalau nak duduk rumah jek, berhenti belajar!" Kkkkk. Hahaha.

Aku dah ada niat nak cerita pasal raya 2014, niat jewww niattt. Selepas niat kena tunggu rajin pulak lepas tue baru aku post entri pasal raya tahun nie. Raya tahun nie sederhana seperti biasa tetapi tetap meriah. Cuma bezanya raya tahun nie ada ahli keluarga baru yang beraya bersama kami dan insyallah tak lama lagi akan bertambah seorang lagi ahli baru.

Sepatutnya semalam semua orang dah start bekerja tetapi ada sesuatu yang telah berlaku pada kami sekeluarga. *dramatic music* Jadi semua orang masih bercuti di rumah sekarang. Dugaan di bulan Syawal. Insyallah, nanti kalau rajin aku cerita apa yang terjadi. Okay.

Eh kejap! Perasan tak header baru blog nie? Hehehehehehew kbai.

Gemersik takbir mengundang hiba, salam diutus tanda ingatan.
Syawal dinanti sudah pun tiba, pohon keampunan segala kekhilafan.

Cerita Santai #1 | Cerita Santai #2 | Cerita Santai #3

26 July 2014

Menjelang Hari Raya Aidilfitri 2014

kad raya, aidilfitri, syawal


Assalamualaikum. Hai semua! Insyallah, hari Isnin minggu depan iaitu 28 Julai 2014 kita semua akan menyambut hari raya. Oleh itu, Selamat Hari Raya Aidilfitri! Aku minta maaf ya kalau aku pernah terkasar bahasa sama ada dalam entri blog nie atau komen-komen di blog korang. Nanti bila dah puas beraya, aku akan kembali update blog suam-suam kuku nie.

Persiapan raya tahun nie biasa-biasa jek. Kot? Aku rasa biasa-biasa jek sebab persiapan raya tahun lepas lebih meriah daripada tahun nie. Nanti dah puas beraya baru aku cerita sikit-sikit pasal warna tema baju raya tahun nie dan yang sewaktu dengannya. Tetapi macam biasalah, itu pun kalau aku rajin nak update blog. Kalau malas, aku cerita raya tahun depan jelah.

Sementara nak tunggu entri seterusnya daripada aku yang belum pasti lagi bila nak muncul, maka korang dijemput untuk baca entri Cerita Raya 2013 Arol Mubin. Rugi tak baca! :p

Semoga hari raya Aidilfitri tahun nie lebih best daripada tahun-tahun yang lalu! Makan sedap, ambil gambar cantik, dapat duit raya banyak (yang ini macam takde harapan) dan sebagainya sebab aku malas nak taip. Tetapi aku lagi malas nak kemas rumah. Hahahahaha!

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin! :)

Kbai, nak sambung kemas rumah. *lap peluh*

09 July 2014

Ketika Rindu Bertamu Di Kalbu

Assalamualaikum. Hai semua! Alhamdulillah, sudah hampir dua minggu kita berpuasa. :)


rindu, muhasabah, peringatan

Ketika rindu bertamu di kalbu, yang mana lebih sweet? Nombor 1 atau 2?


Ada orang cakap dan aku jugak pernah baca kat internet, "Apabila kita merindui seseorang (atau sesiapa saja), letakkan tangan di dada sambil baca surah Al-Fatihah dan berzikir kepada Allah dengan niat semoga orang itu merasai rindu kita padanya."

Aku selalu buat macam tue kalau berada di Penang. Well, homesick tegar kan! Sentiasa rindu keluarga dan kucing-kucing kat rumah. Tetapi aku tak pernah tanya pulak kat keluarga aku sama ada dorang rasa atau tidak, rindu aku tue. Yang pastinya kucing-kucing aku rasa! Sebab bila aku tanya, dorang akan jawab "Meowww!" yang bermaksud "We miss you too!". Hihi.

Lagi satu, boleh baca doa Nabi Yusuf (ketika merindui Zulaikha). "Ya Allah! Sampaikan salam rinduku kepada *nama penuh orang yang kita rindu* sehingga menjadi kerinduannya."

Selepas nie kalau rindu sesiapa, kita berdoa. Sebab cara tue yang paling sweet! Bukan rindu pakwe/makwe semata-mata, rindu ahli keluarga dan rindu kawan-kawan pun boleh. :)

Kawal rindu dengan doa. Kawal cemburu dengan bersangka baik.
Kawal kemarahan dengan berwuduk. Kawal nafsu dengan iman.

05 July 2014

Free Application: School of Ramadan!

Ramadan, school, application, offer

SCHOOL OF RAMADAN ❤
Become a better person!


Free Application!
Direct line to Allah, no middle person needed.

Special Offers :
• Rewards multiplied.
• A night equal to more than a thousand months.
• A chance for all sins to be eliminated.
• And much moreeeee!


Anyone interested? :)

03 July 2014

Most Wanted! Jun 2014

Assalamualaikum. Hai semua! Kelmarin aku nampak ramai rakan blogger yang post entri pasal top commentators bulan Jun blog mereka. So, aku pun nak jugak post entri pasal tue walaupun pada bulan Jun blog aku cuma ada SEPULUH entri sahaja. Hahaha! :D

Tak kisah lah. Aku tetap jugak nak beritahu siapa top commentators blog aku pada bulan Jun! Entri ini dikira sebagai tanda penghargaan pada korang yang sudi komen entri-entri dalam blog suam-suam kuku yang jarang update nie. Sobs! *nangis terharu*


appreciate, thank you, beautiful


Top Commentators Bulan Jun Blog Arol Mubin


TERIMA KASIH! :) Terima kasih kepada top commentators bulan Jun dan semua rakan blogger yang sudi tinggalkan komen di entri-entri dalam blog nie. Sesungguhnya komen-komen korang tue lah yang membuatkan aku terus bersemangat untuk blogging! Cewah! :p

Learn to appreciate what you have,
before time makes you appreciate what you had.

30 June 2014

Ramadan Sudah Kembali!

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Kita semua masih berpeluang untuk bertemu dengan bulan Ramadan iaitu bulan yang mulia, bulan pengampunan dan bulan yang penuh berkat. Oleh itu, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak dan Selamat Menjalani Ibadat Puasa kepada para pengunjung blog Arol Mubin. :)


Ramadan, puasa, Ramadan Mubarak, Ramadan Kareem


Delete dosa-dosa yang lalu, topup iman dalam diri dan redeem pahala sebanyak mungkin. Insyallah. Peringatan bersama dan untuk diri sendiri terutamanya. :)

******

Minta maaf yaaa sebab aku masih belum sempat nak balas kunjungan korang. Faham-faham jelah cuti semester baru jek bermula hari Khamis minggu lepas. Excited nak balik cuti sampai tak perasan mood blogging tertinggal kat PenangTerima kasih kepada kawan-kawan yang sudi berkunjung ke blog Arol Mubin dan tinggalkan komen. Selamat berpuasa! (^.^)y

Jika seluruh bulan adalah noda, maka Ramadan adalah pemutihnya. :)

25 June 2014

Cuti Semester Bakal Tiba!

Assalamualaikum. Hai semua! :)


cuti semester, USM

SETUJU ATAU TIDAK?


Cuti semester yang lepas, aku balik rumah naik kereta sebab kakak dan abang ipar aku rajin datang jemput adik kesayangan dorang nie. Jadi, aku kemas barang-barang pun ala kadar jek. Balik naik kereta, nak risau apa kan? Tetapi untuk cuti semester kali nie, aku akan balik ke rumah menaiki bas. Oleh itu, aku perlulah bijak mengemas. Nasib baik masa cuti study week hari tue aku dah bawa balik separuh pakaian dan barang-barang yang dah tak guna. Malam tadi pulak dah simpan dua kotak barang kat stor asrama. Kurang sikit barang nak bawa balik.


#LastPaper #MenghitungJam #CutiSemester #BalikKampung Kemain hashtag kat blog! :D

What I love most about my home is who I share it with.

24 June 2014

Video Lucu Motivasi

Assalamualaikum. Hai semua! Mari luangkan masa korang selama lebih kurang seminit untuk menonton video lucu motivasi kat bawah nie. Aku suka tengok video nie! Comel pulak aku tengok watak-watak haiwan dalam video nie. Senyum sorang-sorang masa tengok! :)




P/S: Esok ada exam dua subjek (minor dan universiti). Wish me luck! Last payyyper. :p

If someone is strong enough to bring you down,
show them you are strong enough to get up!

23 June 2014

Web Page Blocked?

Assalamualaikum. Hai semua! Sebenarnya aku sudah lama tahu pasal nie tetapi baru hari nie teringat nak beritahu kat blog. Yeah! Aku tak dapat kunjungi beberapa blog sebab jadi macam kat bawah nie. Web page blocked! Menyedihkan betul wifi USM nie. Hahaha! Ada lagi blog lain tetapi dua blog kat bawah nie antara blog yang aku selalu kunjungi dulu.


malicious, website, blocked

Blog kak +Sya Mimie dan blog +Fizi Zaidi .


Kalau kat rumah, okay jek rasanya boleh buka blog mereka. Bila kat USM jek tak boleh buka. Wifi USM memang macam nie. Macam-macam laman web kena block. IKIM FM pun kena block sebab di bawah kategori radio online. Tetapi bagi sesiapa yang pakar IT, mereka tahu macam mana nak unblock. Aku hanya mampu layan YouTube jelah. Tengok movie atau drama lama (best jugak!) selepas tue bila dah bosan, layan Ceria Popstar pulak. :p

Ada jugak laman web yang diblock tetapi kita rasa macam tak relevan. Kalau tak silap, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pernah suruh kami senaraikan laman web yang tidak relevan diblock. Selepas tue tak tahu apa jadi. Hmm. Sabar jelah! Lumrah kehidupan di universiti.


malicious, website, blocked

Itu pun kena block jugak! *Screen capture blog kak +Norhasniza Khalid .

Every bad situation will have something positive.
Even a dead clock shows correct time twice a day. :)

22 June 2014

Hari Ahad Terakhir

Assalamualaikum. Hai semua! Tiba-tiba rajin pulak aku update blog hari Ahad. Mungkin sebab hari nie merupakan hari Ahad terakhir aku berada di Pulau Pinang sebelum pulang ke Selatan. Yeay, cuti semester selama 2 bulan! Puasa, raya pastue homesick (bila cuti dah habis).


final exam, USM,

Baru siap kemas 35%. Leka dengar lagu raya jek! :D


Hari nie jugak merupakan hari Ahad terakhir boleh makan tengahari sebab minggu depan dah 1 Ramadan. Erk? Perangai macam budak-budak. Hahaha! Apa pun, semoga kita semua masih berpeluang untuk bertemu dengan bulan Ramadan pada tahun nie. Insyallah. 6 hari lagi. :)

Bila dengar bunyi roda bagasi, bila nampak budak tarik beg sambil bawa banyak barang dan bila baca status "Yeay, cuti dah bermula!" kat Facebook, hilang mood study aku. Haha! Takpe, minggu depan aku tengah bergolek-golek kat rumah waktu macam nie.

Hidup penuh dengan pilihan. Apa yang kamu pilih pada hari ini
akan menentukan masa depanmu. (^.^)y

20 June 2014

Cerita Santai #3 : Jangan Berputus Asa!

Assalamualaikum. Hai semua! Semalam memang aku rasa down sangat bila tengok markah kerja kursus untuk salah satu subjek major. Teruk tahap melampau! Rasa macam nak hantuk kepala sendiri ke dinding, kenapa bodoh belum pandai lagi nie? Kawan-kawan lain semua dapat markah yang tinggi. Kerja kursus nie 70% pulak tue! Tak nak salahkan sesiapa kecuali diri sendiri. Sangat kecewa dengan diri sendiri. Sobs sobs! *kesat air mata*


kata semangat, mutiara kata, ujian Allah

Mungkin Allah tengah uji sama ada aku layak atau tidak dapat pointer tinggi. :)


Biarkan perkara yang sudah lepas. Apa boleh buat selain daripada redha kan? Petang nie aku ada exam subjek major yang kerja kursus dapat markah teruk tue. Insyallah, aku akan cuba buat yang terbaik untuk baki markah 30%. Ramai yang dah tarik beg balik rumah tetapi aku baru nak jawab kertas yang ketiga petang nie dan ada tiga kertas lagi sedang menanti minggu hadapan! Berderet pulak tue. Esok dan lusa kena pulun study tiga subjek! T___T


Takpe, yang penting tiket bas dah beli. Yeay, malam nie boleh kemas barang! Hahaha!

Apabila kita redha dengan sesuatu yang mengecewakan hati kita,
maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan
sesuatu yang tidak dijangka. Insyallah. :)


18 June 2014

Sebaik-baik Menantu Ialah...

Assalamualaikum. Hai semua! Sejak beberapa hari nie aku online Facebook, selalu ternampak kawan-kawan post satu gambar. Bukan gambar selfie tetapi gambar tulisan. Quote picture tahu tak? Macam dalam entri nie haa. Rasanya semua orang tahu.

Gambar tue tertulis, Sebaik-baik menantu adalah orang *nama negeri*. Sebagai contoh, "Sebaik-baik menantu ialah orang negeri Melaka". Itu contoh. Masing-masing tak nak kalah. Semua orang rasa negeri mereka yang menghasilkan menantu terbaik. Kiranya untung mak mertua kalau dapat mereka sebagai menantu. Hehehe.

Tetapi walau macam mana pun, aku rasa ini yang terbaik! :)


USM, quote

Sebaik-baik menantu ialah mahasiswa/i USM. (^.^)y


Hahahaha! Harap maklum, itu bukan aku yang buat yeah. Credit to I don't know who is she tetapi yang pastinya dia budak USM. Tetapi kenapa muka teddy bear tue sedih? Macam tidak bersetuju dengan kenyataan di atas jek. Ouh terlupa! Sekarang tengah final exam week, muka penat study. Bagus mahasiswa/i USM nie rajin study! Boleh buat menantu! :D

Just for fun! Don't take it seriously. Semua orang boleh jadi menantu yang terbaik! ;)

In this world, there is always people who are better than you. Stop comparing yourself with others and just be the best you can be.

17 June 2014

Menghargai Sebuah Persahabatan

Assalamualaikum. Hai semua! Persahabatan ibarat sekotak pensel warna kerana setiap batang pensel tersebut mempunyai warna yang berbeza. Ada warna hijau, biru, kuning, merah dan lain-lain. Walaupun warna mereka berbeza tetapi apabila disatukan, sebuah pelangi yang indah akan terhasil. Faham tak apa yang aku nak sampaikan?

Sebenarnya nak tunjuk yang nie jek. Pesanan untuk diri sendiri dan renungan bersama. :)


mutiara kata, hafiz hamidun, sahabat

Menghargai persahabatan tidak perlu dengan wang ringgit.
Ingatan di saat kesusahan dan kesenangan, itulah yang diinginkan.


Setuju tak? Aku setuju. Aku tak mengharap pun wang ringgit daripada kawan-kawan sebab duit PTPTN aku pun sudah cukup untuk menampung hidup aku di universiti. Hikhik. Aku cuma nak korang ada bersama sewaktu aku susah dan senang. Aku jugak sentiasa berusaha untuk lakukan begitu. Tetapi kadang-kadang kita kena hargai persahabatan dengan wang ringgit jugak. Sebagai contoh, belanja kawan makan sebab dia dah bantu kita buat assignment. :p

Suka yang nie haaa! "Bila kita senang atau berjaya, kawan-kawan kenal siapa kita. Bila kita susah atau terjatuh, kita kenal siapa kawan kita." Kan?

A true friend is someone who never gets tired of listening to your
pointless dramas over and over again. Hahaha! :D

P/S: Kepercayaan Ibarat Kertas, Pemadam, Cermin & Coklat! Sudah baca ke belum?


16 June 2014

Aktiviti Popular Masa Baru Mula Blogging

memories, quotes, memories remain

Assalamualaikum. Hai semua! Ketika zaman baru mula blogging dulu, aktiviti nie popular jugak. Kot. Tak pasti nak kategorikan sebagai aktiviti ke atau apa yang lebih sesuai. Aku selalu jugak terbabit dalam aktiviti nie dan aku rasa seronok sekiranya dibabitkan dalam aktiviti nie. Saje untuk suka-suka! Di samping tue, dapat jugak buat modal untuk update blog sewaktu takde idea. Apa benda sebenarnya nie? Aku pun tak pasti apa motif buat ayat pendahuluan panjang lebar sedangkan boleh jek kalau aku straight to the point. Okay, next paragraph.

Tadaaa! TAG. Itu jek sebenarnya. Hahaha! Dulu masa mula blogging, memang selalu main tag tag nie atau pun bagi award kat rakan-rakan blogger. Masa tue seronok jugak kalau kena tag! Macam-macam soalan dorang beri dan suruh kita jawab. Tidak lama selepas tue, aku tengok dah semakin kurang aktiviti tag nie. Tiba-tiba sekarang nie aku selalu nampak blogger post entri pasal Liebster Award pulak. Sebenarnya, tujuan utama entri nie ialah aku nak jawab soalan-soalan daripada Nik. Terima kasih ya Nik kerana tag Arol! :)


liebster, award, liebster award
Apa itu Liebster Award? Boleh rujuk kat sini.


Berikut merupakan soalan-soalan daripada Nik.

• Satu perkataan yang menggambarkan diri anda. [explain]
Fikir sekejap. Mungkin... Ceria. Maksudnya suka senyum dan ketawa. Kadang-kadang bila ada masalah pun, aku masih mampu senyum dan ketawa. Rasanya aku pernah cerita pasal tue dalam entri nie. Tetapi kalau dalam situasi macam nie, haa yang itu memang aku tak mampu. Memang takkan nampak aku senyum apatah lagi ketawa.

• Satu perkataan yang menggambarkan blog anda. [explain]
Pada pendapat aku, blog suam-suam kuku Arol Mubin nie... Kemas! Mungkin bagi orang lain nampak serabut. Ikut pandangan mata masing-masing. Mengimbau kembali kenangan tahun 2011, blog aku pernah terpilih sebagai Top 10 Contest Blog Terkemas daripada 1000 blog yang join. Setakat tue jelah aku mampu sebab pemilihan Top 3 berdasarkan undian blogger. Masa tue aku tak famous. Takde siapa nak undi. Eh? Sekarang pun tak famous jugak.

• 5 benda yang wajib anda bawa bila keluar dari rumah.
Telefon bimbit, jam tangan, kad pengenalan, lesen memandu dan duit.

• 5 orang sahabat yang paling anda sayang. [kalau lebih pun tak ada masalah]
Mak, Ayah, Along, Angah dan kucing-kucing. Merekalah sahabat sejati sentiasa di hati.

• 5 masalah tentang diri anda yang tak akan pernah selesai.
Suka bertangguh kerja, suka buat assignment pada saat-saat akhir, nak dapat Anugerah Dekan tetapi kurang rajin belajar, sentiasa kelam-kabut tak tentu pasal dan sangat malas nak update blog. Tetapi insyallah, masalah-masalah tersebut akan selesai. Sedang berusaha!

• Sudah berapa lama menjadi blogger?
Blogging sejak bulan Januari tahun 2010. Jadi, sudah hampir 5 tahun.

• Apa yang best bila jadi salah seorang blogger?
Banyak kelebihan yang kita dapat bila jadi seorang blogger. Antaranya ialah dapat mengasah kemahiran menulis, dapat mempelajari pelbagai ilmu baru dan tak rasa bosan asyik mengadap Facebook jek. Jadi blogger memang best! :D

• Apa pendapat anda tentang blog Nik?
Blog Nik simple dan kemas. Guna blogskin ke? Cuma tulisan kecil sangat. Boleh besarkan sikit tak saiz font? Hehehe! Just my two cents.

• Boleh kasi idea lagu yang sesuai untuk blog Nik?
Kalau takde lagu kat blog rasanya lebih baik. Tetapi takpe lah. Saje nak cadangkan lagu nie, mungkin sesuai untuk blog Nik atau nak dengar bila-bila masa. Klik sini untuk dengar.

• Boleh senyum tak masa jawab soalan Nik?
Memang tersenyum pun masa jawab soalan-soalan di atas sambil teringat kenangan masa baru mula blogging. Betapa pantasnya masa berlalu. :)

• Boleh tak singgah blog kawan-kawan yang tersenarai dan juga blog Encik Ket?
Insyallah, ada masa terluang nanti Arol singgah ya. Hashtag final exam week. :p

Life brings tears, smiles and memories. The tears dry, the smiles fade
but the memories last forever. (^.^)y

12 June 2014

Hidup Tidak Selalunya Indah

Assalamualaikum. Hai semua! ^^

mutiara kata, kata hikmah, kata semangat

Hidup tidak selalunya indah. Kita sangka panas sampai ke petang tetapi rupanya hujan di tengahari. Ketika kita sedang bergembira, tiba-tiba Allah beri ujian. Sekelip mata kegembiraan itu hilang dan diganti pula dengan air mata duka penuh penyesalan. Begitulah aturan Allah.

Saat-saat gementar nak hadapi peperiksaan akhir semester dua, datang pula ujian yang tidak pernah diundang. Sampai terganggu fokus nak belajar. Tambah pula aku seorang diri di Pulau Pinang tanpa keluarga yang selalu menjadi sumber kekuatan, semakin bertambah cabaran.

Jalan penyelesaiannya ialah aku kena kuat sebab aku dah tiada pilihan lain. You never know how strong you are until being strong is the only choice you have. Bibir tersenyum tapi hati menangis. Ececeh! By the way, wish me luck on final exams! :)

Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar untuk ketawa. Adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya nilai air mata.

30 May 2014

Segmen | Blog Review By ERAZ FADLI

eraz fadli, segmen, blog review

ERAZ FADLI mengajak semua blogger untuk join Segmen | Blog Review By ERAZ FADLI.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada yang join.. Segmen ini bermula sekarang dan akan berakhir pada Isnin, 02 Jun 2014 pukul 11:59 Malam sahaja.. LIMA atau mungkin SEPULUH atau mungkin lebih blog akan dipilih untuk direview.. Korang sure tahu apa keistimewaan blog di review kan.. Sama-sama membantu..

Selain daripada itu, seorang TOP REFERRAL akan untuk mendapat saguhati RM 10 atas usaha beliau promote, share dengan kawan-kawan serta join segmen ini.. Cara nak dapatkan TOP REFERRAL? Tentulah kena join segmen ini, lepas share link entri korang di Facebook ke, Twitter ke, group-group yang ada di Facebook ke kan..

Syarat :-
  1. Follow blog Eraz, dan like Page E'raz Fadli.. 
  2. Buat tajuk entri Segmen | Blog Review By ERAZ FADLI
  3. Copy coding code yang telah disediakan di SINI dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  4. Beritahu pendapat anda tentang blog ERAZFADLI.COM dan apa istimewanya blog korang..
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini..

Pendapat tentang blog ERAZFADLI.COM

Tidak dapat dinafikan, blog ERAZFADLI.COM merupakan antara blog lelaki yang aku suka baca sebab selalu update dan entri-entrinya berbentuk santai iaitu lebih kepada kehidupan harian. Lagi satu, entri-entri di blog ERAZFADLI.COM tak panjang berjela macam entri blog aku (hahaha), so memang relaks jek bila baca. Susun atur blog pun kemas dan sedap mata memandang. Cuma, tak nak tukar header blog yang baru ke? Macam dah lama jek blog ERAZFADLI.COM guna header tue. Tukar baru letak muka Zara sekali. Just my two cents. :D


Keistimewaan blog sendiri

Apa keistimewaan blog suam-suam kuku aku nie erk? Fikir kejap. Mungkin blog aku nie kemas dan teratur. Pengunjung yang datang ke blog nie insyallah takkan rasa serabut kepala bila tengok blog nie. Eh yeke? Hahaha! Bagi aku, itulah keistimewaan blog nie. :D


# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini dikreditkan kepada blogger MiaLiana..

Sudah lama aku tak join segmen atau giveaway anjuran blogger. :)

28 May 2014

Meniti Hari-Hari Terakhir

quote, busy, home sweet home, wordless wednesday

Assalamualaikum. Hai semua! Hari-hari terakhir semester dua yang saaaaangat memenatkan! Tidak mampu digambarkan dengan kata-kata penatnya. Penat luar biasa baq hang!

Tidak mampu menaip panjang lebar sebab ada tanggungjawab yang masih belum selesai lagi. Petang esok ada pembentangan untuk projek kursus minor. Doakan kumpulan aku dapat buat yang terbaik yeah! Tidak dapat dinafikan, projek kursus minor semester nie memang mencabar kami yang takde ilmu asas mengenainya. Nak tahu aku ambil kursus minor apa? Ada kaitan jugak dengan kursus major (BATI). Lain kalilah ya aku beritahu. Insyallah.

Tiket bas dah beli! Gigih menunggu satu jam setengah baru dapat beli. Nak balik rumah punya pasal, apa pun aku sanggup. Study week kali nie balik sekejap jek sebab kalau duduk rumah faham-faham jelah. Study lima minit pastue tengok tv lima jam. Janji dapat balik rumah! Nak hilangkan stress dengan melihat wajah-wajah kesayangan hamba dan budak-budak bulusss.

Akhir kata, I'm too busy to tell people how busy I am! Hehehe. :D

P/S: Secara tidak rasminya esok merupakan hari terakhir untuk semester dua. Kalau secara rasminya nanti masa sudah habis jawab final exam pada hujung bulan Jun.

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,
tetapi kekuatan datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

26 May 2014

Cikgu Subjek Apa Paling Korang Suka?

selamat hari guru, happy teachers day, quotes

Assalamualaikum. Hai semua! Sebenarnya aku cadang nak post entri nie pada Hari Guru tapi aku sibuk pulak masa tue. Mari kita mengimbau kembali kenangan zaman persekolahan bagi sesiapa yang dah habis sekolah termasuklah aku. Kepada pelajar sekolah, nikmati zaman persekolahan kerana suatu hari nanti korang pasti akan merinduinya.

Straight to the point, cikgu subjek apa yang paling korang suka atau sayang? Mesti ada sebab-sebab jugak, kenapa korang suka cikgu tue? Sama ada korang minat subjek yang cikgu tue ajar atau korang suka cara cikgu tue mengajar? Mungkin ada sebab-sebab lain?

Baiklah.

Cikgu yang paling aku suka sejak dari sekolah rendah sehingga tingkatan 6 memang tidak pernah berubah. Sudah semestinya cikgu-cikgu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris! Aku memang suka dengan cikgu-cikgu yang mengajar bahasa sebab aku minat bahasa.

Dari sekolah rendah sampai tingkatan 6, aku paling rapat dengan cikgu-cikgu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Mereka jugaklah yang telah mengasah dan menonjolkan bakat aku dalam pertandingan bercerita, berpidato dan menjadi pengacara majlis. Tidak lupa jugak, seorang ustazah yang mengajar aku syarahan agama masa sekolah menengah dulu.

Cikgu-cikgu yang mengajar subjek bahasa Melayu dan bahasa Inggeris memang menjadi guru kegemaran aku masa sekolah. Sekarang nie pulak aku belajar dalam jurusan terjemahan, melibatkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Haaa, nampak tak? Hahaha.

Tetapi, ada empat orang cikgu yang paling aku sayang iaitu Mak, Ayah, Along dan Angah. Merekalah cikgu-cikgu yang mengajar aku erti kehidupan. Mak ialah guru pertama aku sebab dulu Mak cikgu tadika aku. Ayah cikgu disiplin anak-anak yang suka beri nasihat dan kata-kata motivasi. Along memang cikgu pun. Angah cikgu tuisyen sambilan. Aku? Tak minat jadi cikgu. Teringat dulu Mak pernah panggil aku "Cikgu Bengis". Hehehe.

If you can read this entry, thank a teacher! :)

24 May 2014

Senyum Selagi Mampu

smile quote, smile, quotes

Assalamualaikum. Hai semua! It's really hard when you want to express what you feel inside but all you can do is smile and bitterly say "never mind". Yes, it's really hard! But never minddd!

Korang pernah rasa macam tue tak? Sejak sambung belajar di USM, pelbagai jenis ragam manusia aku boleh jumpa kat sini. Aku tak kisah kalau ragam mereka tue tak kacau hidup aku. Tetapi ada ragam yang menyusahkan hidup orang lain, itu yang buat aku geram. T.T

Kadang-kadang tue sampai rasa macam nak sebut jek perkataan-perkataan yang tak sepatutnya depan mereka. Tetapi Mak selalu pesan, "Jangan buat macam tue (marah orang dengan kata-kata kesat), nanti boleh bergaduh. Biarkan jek. Ada masa nanti Allah balas." Aku nie berada di negeri orang, sebatang kara pulak tue. Kenalah jaga perangai kan.

Selalunya aku senyum dan cakap "Takde apa-apa, aku okay jek.". Padahal dalam hati rasa macam nak tolak sorang demi sorang masuk dalam Tasik Biawak USM! Hahaha. Buang masa jelah fikir orang yang kita tak suka. Assignment bertimbun pun tak cukup masa aku nak fikir. Kalau simpan marah dalam hati, nanti lama-lama jadi dendam pulak. Jadi sekarang nie, kalau aku tak suka seseorang, aku takkan peduli hal dia.

Kita tak mampu nak suka semua orang, sebab bukan semua orang suka kita. :D

Speak only when your words are more beautiful than the silence you make. #NoteToMyself #MuhasabahDiri

13 May 2014

Sibuk Yang Tidak Berkesudahan

Assalamualaikum. Hai semua! Hari nie cuti umum sempena Hari Wesak tetapi hakikatnya aku tak cuti pun. Sebab aku kena siapkan slideshow dan laporan untuk presentation subjek Asas Pengajian Terjemahan, lepas tue ada perbincangan untuk projek kursus minor, ada majlis makan malam pusat pengajian (rehearsal lagi) dan assignment sudah semestinya lah kan. Eh? Rasa macam nak muntah pulak bila taip perkataan selepas "dan" tue. T.T


quotes, life quotes, motivation quotes, self motivation, note to myself, rainbow


Ouh ya! Aku ada sponsor hadiah untuk Giveway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com. Hadiah biasa-biasa jek pun. Belum mampu lagi nak buat giveaway sendiri, tumpang giveaway blogger lain pun jadilah kan? Siapa yang belum join, jemputlah join ya!

Kepada rakan-rakan blogger yang sudah join giveaway tue, terima kasih sebab follow blog aku dan like Facebook page Blog Arol Mubin. Lepas tue, ada jugak rakan-rakan blogger yang siap follow Google+ dan tinggalkan komen di entri. Terima kasih yeah! :)

Minta maaf sebab belum sempat lagi nak balas kunjungan korang semua. Sebab apa? Haaa, baca semula perenggan satu di atas! Hujung minggu nanti kalau ada kelapangan (selepas aku selesai qada' tidur), aku balas kunjungan korang semua yeah. Insyallah.

Akhir kata, "orang sibuk sebenarnya tidak cekap dan orang yang cekap tidak sibuk". Erk? Perli diri sendiri. Hahaha! *menguap* Nak tidur tapi kerja belum siap. Hmm.

Kadang-kadang senyum adalah cara untuk menyelesaikan banyak masalah, dan diam adalah cara untuk menghindari banyak masalah.

08 May 2014

Aku Ada Blog Rupanya!

Assalamualaikum. Hai semua! Tiba-tiba aku rasa kekok pulak ketika hendak menaip entri nie sebab dah dua bulan tinggalkan blog. Ouh? Aku ada blog rupanya! Macam mana entah boleh terlupa kat blog suam-suam kuku yang pernah menjadi teman setia aku setiap kali online pada suatu ketika dahulu. Rindunya zaman aktif blogging dulu! Tetapi berkali ganda lagi rindu aku pada keluarga dan kucing-kucing di rumah. Hashtag homesick tegar. Hahaha!



Keep Calm and Write a Blog :)


Tiba-tiba aku jadi blur dan termenung depan laptop. Sebab aku dah tak tahu nak taip apa lagi. Aku rasa kemahiran menulis aku macam semakin teruk. Beberapa minggu yang lalu, aku ada peperiksaan penulisan untuk kelas bahasa Inggeris. Soalannya senang jek tapi aku jadi blur dan tak tahu nak tulis apa. Tak tahu macam mana nak bina ayat yang sedap dibaca. Padahal dulu aku paling suka buat karangan. Tulis ayat bunga-bunga. Sampai esei Sejarah STPM pun aku buat ayat bunga-bunga jugak. Fakta sikit jek. Patutlah aku tak dapat A. *sobs sobs*

Ini entri warm up jek sebenarnya. Nak panaskan jari-jari yang dah lama tak menaip entri blog. Asyik taip komen dan chat di Facebook jek. Lagi satu, asyik taip assignment jekkkkk!

Baiklah, permisi dulu ya! Jumpa lagi.

Every struggle in your life has shaped you into the person you are today.
Be thankful for the hard times, they can only make you stronger.

03 March 2014

Rindu Zaman Baru Mula Blogging

quotes, myself

Assalamualaikum. Hai semua! Aku rindu zaman baru mula blogging iaitu pada bulan Januari tahun 2010. Aku tak ingat berapa hari bulan aku start blogging. Entri pertama blog nie pun aku dah delete. Hahaha! Menyesal aku delete, patutnya revert to draft jek. Haih.

Masa mula blogging dulu, aku selalu post entri pasal kehidupan harian aku. Kalau tak silap, entri pertama blog nie aku cerita pasal hari pertama aku sebagai super senior (Tingkatan 5) di sekolah. Panjang lebar aku taip, apa yang berlaku kat sekolah semua aku cerita.

Kadang-kadang sebelum nak pergi kelas tuisyen pun aku sempat lagi update blog. Post entri semata-mata nak bagitahu aku nak pergi kelas tuisyen dan homework tuisyen tak siap lagi. Dah macam update status Facebook pulak! Hihihi.

Bila dah lama sikit blogging, aku semakin jarang post entri pasal kehidupan harian aku. Padahal itulah tujuan asal aku buat blog nie. Aku dah start post entri copy paste berita dari surat khabar online, pastue semakin seronok gosip pasal artis. Ish ish! Hanyut.

Sebenarnya, aku rasa macam nak kembali semula pada tujuan asal aku buat blog nie. Ya! Aku nak cerita pasal kehidupan harian dan taip panjang lebar macam buat karangan bahasa Melayu SPM. Sebab dulu aku seronok cerita pasal nie semua dan aku rajin update blog.

Dah lah tue. Banyak assignment aku kena siapkan. Banyak teks yang aku kena terjemahkan. Oh, life as a translation and interpretation student! Homesick tak payah cerita. Kahkah!

I miss the old times, it shows how fast time really flies.