18 August 2015

Pengalaman Berpuasa Ramadan di Perantauan

Assalamualaikum. Hai semua! Pengalaman berpuasa Ramadan di perantauan. Sepanjang aku hidup selama 20+ tahun, pada bulan Ramadan tahun 2015 merupakan kali pertama aku merasai pengalaman berpuasa di perantauan. Berbuka puasa dan bersahur tanpa ahli keluarga di sisi, hanya ditemani oleh kawan-kawan sahaja. Sangkaan aku pada mulanya, mesti tak best berpuasa di tempat orang. Tetapi setelah merasainya sendiri dari 24 hingga 27 Jun 2015, rupa-rupanya seronok jugak berpuasa di perantauan bersama kawan-kawan. Walaupun tak sama seronoknya berpuasa di rumah bersama keluarga. Takpelah, dapat jugak pengalaman baru.


puasa di perantauan, pengalaman puasa di perantauan, USM, Ramadan


Dalam entri nie aku nak cerita pengalaman kali pertama aku berpuasa Ramadan di Pennsylvania, Amerika Syarikat. Puas aku kena ingat semula apa yang berlaku sebab aku dah ingat-ingat lupa! Sebelum tue, boleh baca entri nie dulu kalau nak tahu sebab aku kena berpuasa di perantauan.

Okay, bukan di Pennsylvania sebenarnya. Itu pengalaman dalam mimpi aku. Keliru pulak.

Entri ini sekadar perkongsian mengenai salah satu kenangan manis dalam hidup penulis blog iaitu Arol Mubin yang diabadikan dalam blog kesayangannya. Itu sahaja. 


Pengalaman berpuasa Ramadan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Kawan-kawan lain sudah seminggu berpuasa kat USM tetapi aku baru nak merasa hari pertama. Dorang tak balik rumah sebab gap setiap paper cuma sehari dua jek (tak sama kos dengan aku). Aku ada gap dua minggu memang wajiblah balik. Takkan nak mereput kat USM pulak.

Sepanjang berpuasa kat USM, makan memang ala kadar jek untuk buka puasa dan sahur. Bagi aku yang penting ada nasi putih, lauk dan air dah cukup. Kalau kat rumah pun memang makan nasi jugak untuk buka puasa dan sahur. Bezanya lauk kat rumah berlipat kali ganda lebih sedap. Lagi satu, aku memang tak suka pergi bazar Ramadan. Jadi, aku beli makanan kat kafe-kafe desasiswa (asrama) USM jelah. Tak banyak pilihan lagi senang nak pilih.


24 Jun 2015 (7 Ramadan 1436H), Rabu

Aku selamat sampai di Terminal Bas Sungai Nibong pada pukul 4.30 pagi. Memang aku terkejut sebab awal gila sampai. Selalunya sampai dalam pukul 5.30 hingga 6.00 pagi. Sebelum balik Penang aku risau kalau tak terjaga dalam bas untuk sahur. Angah siap bekalkan aku roti sosej dan nugget untuk sahur. Tak sangka sampai awal. Aku pulak dah tempah student cab untuk jemput aku dan hantar ke asrama pada pukul 6.00 pagi. So, aku cuba call student cab dan tanya boleh tak dia ambil aku awal. Dia cakap boleh tetapi kena tunggu 20 minit sebab dia nak mandi dan bersiap. Rasa bersalah pulak kacau orang tidur dan tukar waktu pada saat-saat akhir.

Lebih kurang pukul 5.00 pagi, student cab pun sampai. Sepatutnya student cab akan jemput aku selepas dia sahur tetapi sebab aku sampai awal so dia tak sahur lagi. Dia pun ajaklah aku sahur sekali di Restoran Subaidah. Aku pun ikut jelah sebab kesian pulak nanti dia kena ulang alik. Maka, itulah kali pertama aku bersahur di perantauan. Kali pertama dan bersama orang yang tidak dijangka. Terima kasih, abang Madir! Sanggup (atau terpaksa) jemput saya pada awal pagi. Semoga abang Madir dapat menamatkan PhD dengan cemerlang! Nasib baik sebelum tue aku pernah naik student cab dia, so dah kenal sikit-sikit. Takdelah rasa awkward sangat.

Dipendekkan cerita, inilah juadah buka puasa aku pada hari pertama berpuasa di perantauan. Yeay, kali pertama aku buka puasa di perantauan! Hahahahaha. Gila excitednya!


pengalaman puasa di perantauan, puasa di perantauan, USM, Ramadan

Nasi putih, ayam goreng, gulai daging dan air mangga. Air mangga tue aku bancuh sendiri. Dalam bilik aku memang sentiasa ada stok kordial sebab aku pergi kelas bawa bekal air manis.


25 Jun 2015 (8 Ramadan 1436H), Khamis

puasa di perantauan, pengalaman puasa di perantauan, USM, Ramadan

Sahur makan pecal ayam Restu. Pecal ayam Restu nie memang popular jugak kat USM. Boleh tahan sedap! Tetapi bila makan pecal ayam nie ketika sahur, terus aku takde selera nak makan. Beli pecal ayam pukul 1.00 pagi sebab kafe tutup pukul 3.00 pagi, lepas tue makannya waktu sahur pukul 5.00 pagi. Nasi dah sejuk jadi keras dan ayam pun dah sejuk rasa lain sikit. Dua kali pulak tue sahur makan pecal ayam. Kali pertama nie aku telan jugak sampai habis. Kali kedua aku tak boleh telan lagi dah. Habiskan ayam jek. Nasib baik tak lapar masa puasa.


USM, pengalaman puasa di perantauan, puasa di perantauan, Ramadan

Buka puasa di Plaza Ivory! Plaza Ivory nie sebelah asrama aku jek. Itulah tempat makan aku dan kawan-kawan pada setiap malam (kalau bukan bulan puasa). Aku makan nasi putih, 'ayam masak minyak', telur dadar dan air apa entah aku tak ingat. Ayam masak minyak tue sebenarnya paprik ayam. Aku panggil ayam masak minyak sebab kuahnya minyak. Redha jelah dah nasib perantau. Nak makan sedap sila balik rumah! Kena belajar #syukurselalu. Hehehe.


26 Jun 2015 (9 Ramadan 1436H), Jumaat

Hari ketiga berpuasa di USM, sahur makan pecal ayam Restu jugak. Tak ambil gambar sebab aku tengah nervous hari tue. 26 Jun kan aku ada exam last paper. Kesian aku kena study seorang diri sebab kawan-kawan lain sudah habis exam. Tengah gigih study dalam bilik, kawan bilik sebelah buka lagu raya kuat-kuat. Takpe, aku dah maafkan kau.


USM, puasa di perantauan, pengalaman puasa di perantauan, Ramadan

Buka puasa makan KFC! Aku yang beri cadangan untuk makan KFC sebagai tanda meraikan semua orang sudah tamat final exam semester empat. Lagi pun, itu hari terakhir kami buka puasa bersama untuk bulan Ramadan tahun 2015. Makanlah sedap sikit kan! Seronok dapat buka puasa ramai-ramai dalam bilik Nizam (baju hijau) dan Asyraf (baju putih). Terasa macam kat perantauan sangat waktu nie! Hahaha. Ada lagi kawan-kawan kat tepi tue sebenarnya tetapi tak muat nak masuk dalam gambar. Selepas buka puasa, ada beberapa orang kawan telah berangkat pulang ke kampung. Tinggallah kami yang balik hari Sabtu. Suasana asrama pun menjadi semakin sunyi.


27 Jun 2015 (10 Ramadan 1436H), Sabtu

Hari terakhir berpuasa Ramadan pada tahun 2015 di perantauan. Sahur makan ayam KFC. Ada seketul lagi tak makan masa buka puasa. Ayam dah sejuk (rasa kurang sedap) tapi aku paksa jugak telan setengah ketul dan lepas tue minum air mangga. Tekak dan perut rasa lain macam jek. Kebetulan kawan ada beli durian dan baunya sangat kuat. Apa lagi, aku muntah teruk pagi tue! Hahaha. Habis kosong perut. Nasib baik selepas tue sempat makan roti dan minum air suam.

Maka dengan itu, berakhirlah pengalaman aku berpuasa pada bulan Ramadan untuk tahun 2015 di perantauan (USM Penang). Seronok dapat pengalaman baru! Kalau dipanjangkan umur, tahun depan mungkin aku dapat merasai pengalaman berpuasa Ramadan di USM lagi. Insyallah.

Pada pukul 9.30 pagi, bas bergerak dari Terminal Bas Sungai Nibong dan aku selamat sampai di Melaka Sentral pada pukul 6.30 petang. Kemudian, bermulalah detik yang paling aku nantikan

Bukan bahagia yang menjadikan kita bersyukur tetapi dengan bersyukur akan menjadikan hidup kita bahagia. :) #SyukurSelalu

13 August 2015

34 Years and Still Counting ❤

Assalamualaikum. Hai semua! Alhamdulillah. 34 years and still counting 


love quotes, anniversary quotes, true love
Terima kasih, cinta! Kau buat aku bahagia, tanpa jemu dan lelah. :)


Pada 9 Ogos yang lalu, Mak dan Ayah aku telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-34. Sudah 34 tahun mereka bahagia menyulam cinta tetapi sweetnya tue kadang-kadang macam pasangan baru 3 bulan kahwin. Hihihi. Teringin nak tahu macam mana pasangan tentera darat dan guru tadika nie boleh bertemu dan bercinta. Mak dan Ayah tak nak cerita pulak.

Dulu masa bujang Ayah aku merokok tetapi dengan begitu gigihnya Ayah cuba berhenti merokok dan berjaya!  Sampai sekarang Ayah tak merokok. Sebab sebelum kahwin Mak ada pesan, kalau nak kahwin dengan Mak, Ayah kena berhenti merokok dulu. Rasanya bukan senang nak berhenti merokok tetapi cinta punya pasal lautan api pun sanggup diredah. Hahaha! Mak pulak selepas kahwin terus jadi suri rumah sepenuh masa. Memang betul, cinta memerlukan pengorbanan.

Alhamdulillah. Ulang tahun perkahwinan Mak dan Ayah pada tahun nie lebih bahagia dan ceria kerana disambut bersama cucu sulung kesayangan mereka. Ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama sebagai Atuk dan Nyai. Sempat jugak wefie sekeluarga depan rumah hari tue.

Pada 9 Ogos yang lalu juga telah genap empat tahun Tragedi Hitam di Bulan Ramadan pada Hari Ulang Tahun Perkahwinan. Walaupun kesannya menjadi kekal dan trauma tidak hilang lagi sehingga kini, tetapi alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur. Ujian tanda Allah sayang.


anniversary, parents, love

Cinta seorang ibu itu menenangkan, cinta seorang ayah itu menguatkan.
Tidak akan terputus rezeki seseorang itu selagi mana dia tidak meninggalkan doa kepada kedua-dua ibu bapanya dalam kehidupan seharian. :)

10 August 2015

Raya Pertama Sebagai Paksu!

cerita raya 2015, aidilfitri, cerita raya


Assalamualaikum. Hai semua! First of all, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. :)

Alhamdulillah. Raya tahun nie meriah! Meriah sebab tahun nie dapat sambut hari raya dengan ahli keluarga baharu. Semua orang bukan main excited lagi nak sambut raya dengan dia buat kali pertama. Rasanya itu jelah kelainan hari raya pada tahun nie. Yang lain-lain macam persiapan raya semuanya sederhana saja sama seperti tahun-tahun yang lalu. Okay, nak mula cerita.


Ahli keluarga baharu

Raya tahun lepas pun sambut dengan ahli keluarga baharu iaitu abang ipar. Dalam entri hari raya tahun lepas aku ada beritahu jugak pasal bakal ahli keluarga baharu. Masa tue dia dalam perut kakak aku lagi. Ya, anak buah! Kali pertama sambut hari raya dengan anak buah yang comel dan sangat aktif. Semua orang sangat excited! Maklumlah, kali pertama sambut hari raya sebagai mama, abah, atuk, nyai (nenek dalam bahasa Jawa), makngah dan paksu. Hehehe! Anak buah pulak memang tengah aktif sekarang nie, itu yang membuatkan raya kami menjadi meriah.

Harap raya tahun depan dapat sambut dengan ahli keluarga baharu lagi supaya bertambah meriah keluarga kecil kami. Mungkin anak buah yang kedua atau pakngah ke? Hihi.


Warna tema baju raya

Setiap tahun keluarga aku memang pakai baju raya sedondon pada 1 Syawal. Sama warna dan sama corak. Senang bila pergi beraya, orang tahu yang kami satu keluarga. So, warna tema baju raya kami pada tahun nie ialah oren/jingga! Aku tak tahu siapa yang pilih warna oren sebab keluarga aku pergi beli kain ela masa aku berada di USM. Selepas beli baru mak beritahu aku. Aku nak warna merah sebenarnya! Hahaha. Tetapi warna oren pun cantik! Terang benderang bila sekeluarga jalan bawah sinaran matahari. Dari jauh orang dah nampak.

Gambar kat atas tue baju raya lah tue. Sebenarnya warna oren dia lagi pekat dan terang. Tetapi tue aku selfie terletak filter sekali lepas tue dah malas nak selfie lagi sebab dah penat beraya.

Anak buah aku yang berusia 11 bulan pun pakai baju Melayu jugak sedondon dengan kami. Nyai dia (mak aku) kan tukang jahit, so mak aku memang excited nak jahit baju Melayu raya pertama untuk cucu sulung kesayangan. Hihi. Alhamdulillah, nasib baik mak sempat siap jahit. Sebab bulan Ramadan yang lepas, nenek aku yang sakit (strok sebelah badan) tinggal dengan kami. Mak aku tak dapat fokus menjahit sangat sebab kena bahagi masa untuk jaga nenek.


Gambar raya

Ini yang aku kecewa sikit sebenarnya. Hahaha! Raya tahun nie takde gambar raya sekeluarga di pagi 1 Syawal. Aku dah siap setting tempat semuanya tetapi entah macam mana kelam kabut sampai terlupa nak ambil gambar sekeluarga. Pagi tue hujan dan kami pun kelam kabut nak balik kampung. Tetapi masa bersalaman dan bermaaf-maafan tue ada jugak gambar yang aku sempat ambil. Cuma gambar aku sorang jelah yang takde. Sedihnya jadi jurugambar. Selalu gambar diri sendiri takde dalam kamera. Kahkah! It's okay. Yang penting ada gambar penuh anak buah lengkap berbaju Melayu siap bersamping, bersongkok dan memakai kasut raya. Comel sangat dan handsome macam paksu Arol dia masa kecik. Betul, aku tak tipu. Hahaha!

Penat aku usung kamera pergi beraya dari rumah ke rumah tetapi takde ambil gambar pun. Sebab kami mengamalkan konsep beraya tanpa gadget. Bawa jek gadget tetapi tak guna pun. Tambah pulak raya tahun nie ada anak buah yang aktif. Anak buah asyik merangkak ke sana sini, lepas tue nanti dia sibuk nak capai balang kuih raya dan gelas. Tak sempat nak ambil gambar.


Rasanya itu jelah kot yang aku nak cerita. Mood raya dah takde, so nak menaip pun takde mood. Semoga kita semua bertemu lagi dengan Ramadan dan Syawal pada tahun hadapan. Insyallah.


Kesimpulannya, raya tahun nie lebih seronok dan meriah dengan kehadiran anak buah. *\(^__^)/*

Bahagia bukan bererti memiliki semua yang kita cintai tetapi bahagia ialah mencintai semua yang kita miliki. :) #SyukurSelalu

Cerita Raya 2013 | Cerita Raya 2014