Assalamualaikum. Hai semua! Hari Jumaat, 5 Jun, aku sampai USM selepas cuti study week di rumah dan pada hari Jumaat, 12 Jun, aku dah berada di rumah semula untuk menikmati pracuti semester. Bak kata Ayah, "Kau nie buat Penang-Melaka macam Kuala Lumpur-Melaka jek." Hahaha! Pracuti semester tue aku buat sendiri, sebabnya sila tengok jadual kat bawah nie.
Last paper pada 26 Jun. Ada gap 2 minggu takkan aku nak mereput kat USM kot? Anak manja wajib balik rumah. *tutup muka dengan bantal busuk* Lagi pun aku tak nak berpuasa 1 Ramadan di perantauan (lah sangat). Mungkin sebab tue impian zaman sekolah dulu nak sambung belajar kat luar negara tak tercapai. Baru belajar kat Penang dah gelabah nak balik rumah.
Pelajar BATI yang ambil minor Komunikasi memang kena tabah lebih sikit. Waktu awal semester, kusut kepala fikir pasal pendaftaran subjek sebab jadual major dan minor clash. Waktu final exam pulak, exam subjek minor mesti lambat. Semester lepas pun sama. Tetapi bagus jugak ada gap 2 minggu. Hikmahnya dapatlah aku berpuasa 1 Ramadan kat rumah bersama keluarga.
Sekarang nie aku sedang pracuti semester lah kononnya. Minggu depan aku akan balik ke USM semata-mata nak jawab last paper, selepas tue balik rumah dan bermulalah cuti semester selama 2 bulan! Selain daripada kedai makan, kedai runcit dan koperasi, aku juga suka menyumbang duit PTPTN aku kepada syarikat bas. Okay lah tue daripada aku berjoli sana sini kan?
Seronoknya duduk rumah! Sampai lupa nak study untuk last paper. T.T
Seronoknya duduk rumah! Sampai lupa nak study untuk last paper. T.T
Always find time for the things that make you feel happy to be alive. ❤
subjek minor komunikasi senang nk skor x?
ReplyDeleteMaaf lambat reply sebab dah jarang online blog.
DeleteSebenarnya bergantung kepada individu jugak. Ada yang cakap senang nak skor dan sangat membantu naikkan pointer, tetapi bagi saya tidak. Hahaha! Minor (dan major) Komunikasi kena rajin dan banyak membaca. Pensyarah akan beri banyak jurnal untuk dibaca. Kalau rajin, insyallah senang nak skor. :)
Kalau ada apa-apa soalan, boleh tanya di Facebook. :D