18 August 2015

Pengalaman Berpuasa Ramadan di Perantauan

Assalamualaikum. Hai semua! Pengalaman berpuasa Ramadan di perantauan. Sepanjang aku hidup selama 20+ tahun, pada bulan Ramadan tahun 2015 merupakan kali pertama aku merasai pengalaman berpuasa di perantauan. Berbuka puasa dan bersahur tanpa ahli keluarga di sisi, hanya ditemani oleh kawan-kawan sahaja. Sangkaan aku pada mulanya, mesti tak best berpuasa di tempat orang. Tetapi setelah merasainya sendiri dari 24 hingga 27 Jun 2015, rupa-rupanya seronok jugak berpuasa di perantauan bersama kawan-kawan. Walaupun tak sama seronoknya berpuasa di rumah bersama keluarga. Takpelah, dapat jugak pengalaman baru.


puasa di perantauan, pengalaman puasa di perantauan, USM, Ramadan


Dalam entri nie aku nak cerita pengalaman kali pertama aku berpuasa Ramadan di Pennsylvania, Amerika Syarikat. Puas aku kena ingat semula apa yang berlaku sebab aku dah ingat-ingat lupa! Sebelum tue, boleh baca entri nie dulu kalau nak tahu sebab aku kena berpuasa di perantauan.

Okay, bukan di Pennsylvania sebenarnya. Itu pengalaman dalam mimpi aku. Keliru pulak.

Entri ini sekadar perkongsian mengenai salah satu kenangan manis dalam hidup penulis blog iaitu Arol Mubin yang diabadikan dalam blog kesayangannya. Itu sahaja. 


Pengalaman berpuasa Ramadan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Kawan-kawan lain sudah seminggu berpuasa kat USM tetapi aku baru nak merasa hari pertama. Dorang tak balik rumah sebab gap setiap paper cuma sehari dua jek (tak sama kos dengan aku). Aku ada gap dua minggu memang wajiblah balik. Takkan nak mereput kat USM pulak.

Sepanjang berpuasa kat USM, makan memang ala kadar jek untuk buka puasa dan sahur. Bagi aku yang penting ada nasi putih, lauk dan air dah cukup. Kalau kat rumah pun memang makan nasi jugak untuk buka puasa dan sahur. Bezanya lauk kat rumah berlipat kali ganda lebih sedap. Lagi satu, aku memang tak suka pergi bazar Ramadan. Jadi, aku beli makanan kat kafe-kafe desasiswa (asrama) USM jelah. Tak banyak pilihan lagi senang nak pilih.


24 Jun 2015 (7 Ramadan 1436H), Rabu

Aku selamat sampai di Terminal Bas Sungai Nibong pada pukul 4.30 pagi. Memang aku terkejut sebab awal gila sampai. Selalunya sampai dalam pukul 5.30 hingga 6.00 pagi. Sebelum balik Penang aku risau kalau tak terjaga dalam bas untuk sahur. Angah siap bekalkan aku roti sosej dan nugget untuk sahur. Tak sangka sampai awal. Aku pulak dah tempah student cab untuk jemput aku dan hantar ke asrama pada pukul 6.00 pagi. So, aku cuba call student cab dan tanya boleh tak dia ambil aku awal. Dia cakap boleh tetapi kena tunggu 20 minit sebab dia nak mandi dan bersiap. Rasa bersalah pulak kacau orang tidur dan tukar waktu pada saat-saat akhir.

Lebih kurang pukul 5.00 pagi, student cab pun sampai. Sepatutnya student cab akan jemput aku selepas dia sahur tetapi sebab aku sampai awal so dia tak sahur lagi. Dia pun ajaklah aku sahur sekali di Restoran Subaidah. Aku pun ikut jelah sebab kesian pulak nanti dia kena ulang alik. Maka, itulah kali pertama aku bersahur di perantauan. Kali pertama dan bersama orang yang tidak dijangka. Terima kasih, abang Madir! Sanggup (atau terpaksa) jemput saya pada awal pagi. Semoga abang Madir dapat menamatkan PhD dengan cemerlang! Nasib baik sebelum tue aku pernah naik student cab dia, so dah kenal sikit-sikit. Takdelah rasa awkward sangat.

Dipendekkan cerita, inilah juadah buka puasa aku pada hari pertama berpuasa di perantauan. Yeay, kali pertama aku buka puasa di perantauan! Hahahahaha. Gila excitednya!


pengalaman puasa di perantauan, puasa di perantauan, USM, Ramadan

Nasi putih, ayam goreng, gulai daging dan air mangga. Air mangga tue aku bancuh sendiri. Dalam bilik aku memang sentiasa ada stok kordial sebab aku pergi kelas bawa bekal air manis.


25 Jun 2015 (8 Ramadan 1436H), Khamis

puasa di perantauan, pengalaman puasa di perantauan, USM, Ramadan

Sahur makan pecal ayam Restu. Pecal ayam Restu nie memang popular jugak kat USM. Boleh tahan sedap! Tetapi bila makan pecal ayam nie ketika sahur, terus aku takde selera nak makan. Beli pecal ayam pukul 1.00 pagi sebab kafe tutup pukul 3.00 pagi, lepas tue makannya waktu sahur pukul 5.00 pagi. Nasi dah sejuk jadi keras dan ayam pun dah sejuk rasa lain sikit. Dua kali pulak tue sahur makan pecal ayam. Kali pertama nie aku telan jugak sampai habis. Kali kedua aku tak boleh telan lagi dah. Habiskan ayam jek. Nasib baik tak lapar masa puasa.


USM, pengalaman puasa di perantauan, puasa di perantauan, Ramadan

Buka puasa di Plaza Ivory! Plaza Ivory nie sebelah asrama aku jek. Itulah tempat makan aku dan kawan-kawan pada setiap malam (kalau bukan bulan puasa). Aku makan nasi putih, 'ayam masak minyak', telur dadar dan air apa entah aku tak ingat. Ayam masak minyak tue sebenarnya paprik ayam. Aku panggil ayam masak minyak sebab kuahnya minyak. Redha jelah dah nasib perantau. Nak makan sedap sila balik rumah! Kena belajar #syukurselalu. Hehehe.


26 Jun 2015 (9 Ramadan 1436H), Jumaat

Hari ketiga berpuasa di USM, sahur makan pecal ayam Restu jugak. Tak ambil gambar sebab aku tengah nervous hari tue. 26 Jun kan aku ada exam last paper. Kesian aku kena study seorang diri sebab kawan-kawan lain sudah habis exam. Tengah gigih study dalam bilik, kawan bilik sebelah buka lagu raya kuat-kuat. Takpe, aku dah maafkan kau.


USM, puasa di perantauan, pengalaman puasa di perantauan, Ramadan

Buka puasa makan KFC! Aku yang beri cadangan untuk makan KFC sebagai tanda meraikan semua orang sudah tamat final exam semester empat. Lagi pun, itu hari terakhir kami buka puasa bersama untuk bulan Ramadan tahun 2015. Makanlah sedap sikit kan! Seronok dapat buka puasa ramai-ramai dalam bilik Nizam (baju hijau) dan Asyraf (baju putih). Terasa macam kat perantauan sangat waktu nie! Hahaha. Ada lagi kawan-kawan kat tepi tue sebenarnya tetapi tak muat nak masuk dalam gambar. Selepas buka puasa, ada beberapa orang kawan telah berangkat pulang ke kampung. Tinggallah kami yang balik hari Sabtu. Suasana asrama pun menjadi semakin sunyi.


27 Jun 2015 (10 Ramadan 1436H), Sabtu

Hari terakhir berpuasa Ramadan pada tahun 2015 di perantauan. Sahur makan ayam KFC. Ada seketul lagi tak makan masa buka puasa. Ayam dah sejuk (rasa kurang sedap) tapi aku paksa jugak telan setengah ketul dan lepas tue minum air mangga. Tekak dan perut rasa lain macam jek. Kebetulan kawan ada beli durian dan baunya sangat kuat. Apa lagi, aku muntah teruk pagi tue! Hahaha. Habis kosong perut. Nasib baik selepas tue sempat makan roti dan minum air suam.

Maka dengan itu, berakhirlah pengalaman aku berpuasa pada bulan Ramadan untuk tahun 2015 di perantauan (USM Penang). Seronok dapat pengalaman baru! Kalau dipanjangkan umur, tahun depan mungkin aku dapat merasai pengalaman berpuasa Ramadan di USM lagi. Insyallah.

Pada pukul 9.30 pagi, bas bergerak dari Terminal Bas Sungai Nibong dan aku selamat sampai di Melaka Sentral pada pukul 6.30 petang. Kemudian, bermulalah detik yang paling aku nantikan

Bukan bahagia yang menjadikan kita bersyukur tetapi dengan bersyukur akan menjadikan hidup kita bahagia. :) #SyukurSelalu

13 August 2015

34 Years and Still Counting ❤

Assalamualaikum. Hai semua! Alhamdulillah. 34 years and still counting 


love quotes, anniversary quotes, true love
Terima kasih, cinta! Kau buat aku bahagia, tanpa jemu dan lelah. :)


Pada 9 Ogos yang lalu, Mak dan Ayah aku telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-34. Sudah 34 tahun mereka bahagia menyulam cinta tetapi sweetnya tue kadang-kadang macam pasangan baru 3 bulan kahwin. Hihihi. Teringin nak tahu macam mana pasangan tentera darat dan guru tadika nie boleh bertemu dan bercinta. Mak dan Ayah tak nak cerita pulak.

Dulu masa bujang Ayah aku merokok tetapi dengan begitu gigihnya Ayah cuba berhenti merokok dan berjaya!  Sampai sekarang Ayah tak merokok. Sebab sebelum kahwin Mak ada pesan, kalau nak kahwin dengan Mak, Ayah kena berhenti merokok dulu. Rasanya bukan senang nak berhenti merokok tetapi cinta punya pasal lautan api pun sanggup diredah. Hahaha! Mak pulak selepas kahwin terus jadi suri rumah sepenuh masa. Memang betul, cinta memerlukan pengorbanan.

Alhamdulillah. Ulang tahun perkahwinan Mak dan Ayah pada tahun nie lebih bahagia dan ceria kerana disambut bersama cucu sulung kesayangan mereka. Ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama sebagai Atuk dan Nyai. Sempat jugak wefie sekeluarga depan rumah hari tue.

Pada 9 Ogos yang lalu juga telah genap empat tahun Tragedi Hitam di Bulan Ramadan pada Hari Ulang Tahun Perkahwinan. Walaupun kesannya menjadi kekal dan trauma tidak hilang lagi sehingga kini, tetapi alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur. Ujian tanda Allah sayang.


anniversary, parents, love

Cinta seorang ibu itu menenangkan, cinta seorang ayah itu menguatkan.
Tidak akan terputus rezeki seseorang itu selagi mana dia tidak meninggalkan doa kepada kedua-dua ibu bapanya dalam kehidupan seharian. :)

10 August 2015

Raya Pertama Sebagai Paksu!

cerita raya 2015, aidilfitri, cerita raya


Assalamualaikum. Hai semua! First of all, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. :)

Alhamdulillah. Raya tahun nie meriah! Meriah sebab tahun nie dapat sambut hari raya dengan ahli keluarga baharu. Semua orang bukan main excited lagi nak sambut raya dengan dia buat kali pertama. Rasanya itu jelah kelainan hari raya pada tahun nie. Yang lain-lain macam persiapan raya semuanya sederhana saja sama seperti tahun-tahun yang lalu. Okay, nak mula cerita.


Ahli keluarga baharu

Raya tahun lepas pun sambut dengan ahli keluarga baharu iaitu abang ipar. Dalam entri hari raya tahun lepas aku ada beritahu jugak pasal bakal ahli keluarga baharu. Masa tue dia dalam perut kakak aku lagi. Ya, anak buah! Kali pertama sambut hari raya dengan anak buah yang comel dan sangat aktif. Semua orang sangat excited! Maklumlah, kali pertama sambut hari raya sebagai mama, abah, atuk, nyai (nenek dalam bahasa Jawa), makngah dan paksu. Hehehe! Anak buah pulak memang tengah aktif sekarang nie, itu yang membuatkan raya kami menjadi meriah.

Harap raya tahun depan dapat sambut dengan ahli keluarga baharu lagi supaya bertambah meriah keluarga kecil kami. Mungkin anak buah yang kedua atau pakngah ke? Hihi.


Warna tema baju raya

Setiap tahun keluarga aku memang pakai baju raya sedondon pada 1 Syawal. Sama warna dan sama corak. Senang bila pergi beraya, orang tahu yang kami satu keluarga. So, warna tema baju raya kami pada tahun nie ialah oren/jingga! Aku tak tahu siapa yang pilih warna oren sebab keluarga aku pergi beli kain ela masa aku berada di USM. Selepas beli baru mak beritahu aku. Aku nak warna merah sebenarnya! Hahaha. Tetapi warna oren pun cantik! Terang benderang bila sekeluarga jalan bawah sinaran matahari. Dari jauh orang dah nampak.

Gambar kat atas tue baju raya lah tue. Sebenarnya warna oren dia lagi pekat dan terang. Tetapi tue aku selfie terletak filter sekali lepas tue dah malas nak selfie lagi sebab dah penat beraya.

Anak buah aku yang berusia 11 bulan pun pakai baju Melayu jugak sedondon dengan kami. Nyai dia (mak aku) kan tukang jahit, so mak aku memang excited nak jahit baju Melayu raya pertama untuk cucu sulung kesayangan. Hihi. Alhamdulillah, nasib baik mak sempat siap jahit. Sebab bulan Ramadan yang lepas, nenek aku yang sakit (strok sebelah badan) tinggal dengan kami. Mak aku tak dapat fokus menjahit sangat sebab kena bahagi masa untuk jaga nenek.


Gambar raya

Ini yang aku kecewa sikit sebenarnya. Hahaha! Raya tahun nie takde gambar raya sekeluarga di pagi 1 Syawal. Aku dah siap setting tempat semuanya tetapi entah macam mana kelam kabut sampai terlupa nak ambil gambar sekeluarga. Pagi tue hujan dan kami pun kelam kabut nak balik kampung. Tetapi masa bersalaman dan bermaaf-maafan tue ada jugak gambar yang aku sempat ambil. Cuma gambar aku sorang jelah yang takde. Sedihnya jadi jurugambar. Selalu gambar diri sendiri takde dalam kamera. Kahkah! It's okay. Yang penting ada gambar penuh anak buah lengkap berbaju Melayu siap bersamping, bersongkok dan memakai kasut raya. Comel sangat dan handsome macam paksu Arol dia masa kecik. Betul, aku tak tipu. Hahaha!

Penat aku usung kamera pergi beraya dari rumah ke rumah tetapi takde ambil gambar pun. Sebab kami mengamalkan konsep beraya tanpa gadget. Bawa jek gadget tetapi tak guna pun. Tambah pulak raya tahun nie ada anak buah yang aktif. Anak buah asyik merangkak ke sana sini, lepas tue nanti dia sibuk nak capai balang kuih raya dan gelas. Tak sempat nak ambil gambar.


Rasanya itu jelah kot yang aku nak cerita. Mood raya dah takde, so nak menaip pun takde mood. Semoga kita semua bertemu lagi dengan Ramadan dan Syawal pada tahun hadapan. Insyallah.


Kesimpulannya, raya tahun nie lebih seronok dan meriah dengan kehadiran anak buah. *\(^__^)/*

Bahagia bukan bererti memiliki semua yang kita cintai tetapi bahagia ialah mencintai semua yang kita miliki. :) #SyukurSelalu

Cerita Raya 2013 | Cerita Raya 2014

03 July 2015

Detik yang dinanti sudah tiba!

Assalamualaikum. Hai semua! Alhamdulillah. Peperiksaan akhir untuk semester 4 sudah berakhir. Last paper subjek yang susah aku study ala kadar jek. Siapa suruh buat pada hari terakhir dan ada gap 2 minggu pulak tue? Selepas pracuti semester, aku balik USM enjoy berpuasa dengan kawan-kawan. Asyik sibuk fikir buka puasa dan sahur nak makan apa, sampai terlupa nak study. Hihi. Maklumlah kali pertama berpuasa di asrama kannn. Kawan-kawan pulak majoriti dah habis exam. So, mood study pun dah tak meriah. Banyak betul alasan bila malas study. K.

Yang penting dah habis exam dan tamat semester 4. Maka, pada 27 Jun 2015 bermulalah cuti semester selama 2 bulan. Yeahhhhh! *\(^_^)/* Dari awal semester aku tunggu detik nie. Haha!


BATI, USM, homesick

Bye Penang! Insyallah, bulan 9 nanti kita jumpa lagi okay.


Last paper pada 26 Jun pagi tapi aku balik rumah 27 Jun pagi. Memang aku nak balik waktu siang sebab nanti sampai Melaka dah nak dekat waktu berbuka puasa. Kiranya minggu lepas ialah kali kedua aku balik rumah waktu siang, kali pertama masa cuti semester yang lepas. Selalunya aku balik malam. Seronok jugak balik waktu siang, cuma perjalanan lebih lama. Gerak dari Terminal Bas Sungai Nibong pada pukul 10.00 pagi dan sampai Melaka Sentral pada pukul 7.00 malam.

Itu jelah nak cerita. Nanti kalau tiba-tiba rajin, aku cerita pasal pengalaman kali pertama berpuasa Ramadan di perantauan (lah sangat). Tetapi rasanya aku tak cerita kot sebab aku malas kbai.

Sekarang tengah cuti semester, maknanya aku dah tak homesick. Hashtag homesick tegar.

Goodbyes are not forever. Goodbyes are not the end.
They simply mean I will miss you, until we meet again!

18 June 2015

New Moon with a New Heart ❤

Assalamualaikum. Hai semua! Hari ini 1 Ramadan 1436H. Alhamdulillah. Kita dapat berjumpa dengan bulan Ramadan lagi. Selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat berpuasa! Nasib baik ada gap dua minggu, dapatlah aku berpuasa 1 Ramadan kat rumah. 

Nak tunjuk satu gambar. Suka baca ayat dalam gambar kat bawah nie. Ringkas jek tetapi mesej yang hendak disampaikan jelas. Cuba baca, rasa bersemangat tak?


Ramadan, quote, ramadan quotes

New moon with a new heart. Insyallah. Jom cuba buat yang terbaik! :)


Seperti biasa harapan Ramadan pada setiap tahun, semoga Ramadan pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu sebab mungkin ini Ramadan yang terakhir untuk kita. Kita cuba sehabis baik okay! Kalau tak banyak pun, sekurang-kurangnya biarlah ada sedikit perubahan dalam diri kita. Peringatan untuk diri sendiri sebenarnya (yang liat betul nak berubah). Sama-sama kita muhasabah diri. Akhir kata, selamat beramal dan selamat mengecas iman!


"Moga dapat ku lenturkan nafsu yang selalu membelenggu diri, tiada henti-henti."

Ramadan has been the turning point for a lot of Muslims. So, don't mock those who start practicing in Ramadan. This may be their turning point.

17 June 2015

Menikmati Pracuti Semester

Assalamualaikum. Hai semua! Hari Jumaat, 5 Jun, aku sampai USM selepas cuti study week di rumah dan pada hari Jumaat, 12 Jun, aku dah berada di rumah semula untuk menikmati pracuti semester. Bak kata Ayah, "Kau nie buat Penang-Melaka macam Kuala Lumpur-Melaka jek." Hahaha! Pracuti semester tue aku buat sendiri, sebabnya sila tengok jadual kat bawah nie.


BATI, terjemahan, interpretasi, USM

Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Semester 4 BATI USM


Last paper pada 26 Jun. Ada gap 2 minggu takkan aku nak mereput kat USM kot? Anak manja wajib balik rumah. *tutup muka dengan bantal busuk* Lagi pun aku tak nak berpuasa 1 Ramadan di perantauan (lah sangat). Mungkin sebab tue impian zaman sekolah dulu nak sambung belajar kat luar negara tak tercapai. Baru belajar kat Penang dah gelabah nak balik rumah.

Pelajar BATI yang ambil minor Komunikasi memang kena tabah lebih sikit. Waktu awal semester, kusut kepala fikir pasal pendaftaran subjek sebab jadual major dan minor clash. Waktu final exam pulak, exam subjek minor mesti lambat. Semester lepas pun sama. Tetapi bagus jugak ada gap 2 minggu. Hikmahnya dapatlah aku berpuasa 1 Ramadan kat rumah bersama keluarga.

Sekarang nie aku sedang pracuti semester lah kononnya. Minggu depan aku akan balik ke USM semata-mata nak jawab last paper, selepas tue balik rumah dan bermulalah cuti semester selama 2 bulan! Selain daripada kedai makan, kedai runcit dan koperasi, aku juga suka menyumbang duit PTPTN aku kepada syarikat bas. Okay lah tue daripada aku berjoli sana sini kan?

Seronoknya duduk rumah! Sampai lupa nak study untuk last paper. T.T

Always find time for the things that make you feel happy to be alive.

23 May 2015

Bila dah lama tak update blog...

blogging, blog quotes, funny, sarcasm

Assalamualaikum. Hai semua! Bila dah lama tak update blog, aku rasa kekok pulak menaip entri. Sudah sebulan lebih blog terbiar. Entri yang terakhir pun cerita pasal apa-apa entah mengarut jek. Apalah nak jadi dengan aku nie. Blog malas nak update, assignment pun malas nak buat. 

Ini pun tiba-tiba teringat kat blog sebab beberapa hari lepas kawan baik aku beritahu, kawan dia suka baca blog aku. Malunya kite! Haha! Kadang-kadang aku rasa bersalah sebab jarang update blog. Aku dah mengecewakan hati orang yang suka baca blog aku. Kahkahkah! Tapi bila hantar assignment cincai buat last minit kat pensyarah, tak rasa bersalah pulak erk?

*hentak kepala dua kali kat bantal*

Kadang-kadang aku rasa macam nak aktif blogging semula macam dulu, tapi kadang-kadang juga aku rasa macam zaman blogging aku dah berakhir. Keghairahan aku terhadap blog dah tak macam dulu lagi. Adakah ini kerana aku semakin matang dalam menilai erti sebuah kehidupan? Wehhh, macam takde kena mengena lah pulak! :B

Okay lah. Sebenarnya aku memang ada banyak cerita nak kongsi dalam blog nie tapi aku tak tahu nak mula dari yang mana satu dulu. Bila aku dah tak tahu nak mula dari yang mana, jadi aku rasa tak payah kongsi lagi senang kot. Lepas tue terus peluk bantal busuk dan scroll Instagram.

By the way, minggu nie memang aku rasa penat gila sebab aku ada 4 pembentangan dalam masa 3 hari berturut-turut dan kena hantar satu assignment subjek major. Alhamdulillah. Rasa lega sikit sebab dah selesai. Minggu depan kena hantar satu laporan terjemahan, slide pembentangan yang dah diperbaiki, ujian berterusan subjek major dan yang paling nervous sekali ialah ujian akhir untuk subjek English Pronunciation Skills (100% coursework). Wish me luck! ;)

Hari Sabtu minggu depan dah start study week. Jyeah! Tak sabar nak balik rumah tapi tiket bas belum beli lagi! Risau pulak. Sebab cuti 1 Mei hari tue tiket bas habisssss! Dah 2 tahun belajar kat USM dan itulah kali pertama tiket bas ke Melaka habis. Dulu masa first year senior pernah cakap, tiket bas ke Melaka memang tak pernah habis sebab tak ramai budak Melaka kot kat sini.

Bila dah lama tak update blog... Macam-macam aku sumbat dalam entri nie. 

Everyone has their own story. There's a reason why they are the way they are. Think about that before you judge someone. :)

21 April 2015

Pulangkan Semula 32 Jam Aku!

kata motivasi, motivasi, irfan khairi, kata semangat


Assalamualaikum. Hai semuaaa! Impian yang hebat perlu serta dengan usaha yang hebat. Tak pernah rasa tak bersemangat bila baca post daripada Irfan Khairi di Facebook. Namun begitu, tak ke mana pun semangat tue kalau impian jek yang hebat tapi usaha bagai melepaskan batok di tangga. Hmmmmm. *termenung tepi tingkap*

Aku rasa macam, "Eh! Dulu sehari aku ada 32 jam. Tapi kenapa sekarang dah tinggal 24 jam?". Patutlah aku asyik rasa tak cukup masa jek nak buat itu ini. 24 jam aku cuma sempat tidur, scroll Instagram dan berangan atas katil jek. Tak sempat nak buat assignment dan update blog. T.T

Korang sehari ada 40 jam ke atau 24 jam jugak eh?

K. Aku dah start merapu.


Yang benar,
Spesis manusia gagal mengurus masa sejak sekolah menengah.

Setiap masalah pasti ada peluang. Setiap peluang jangan pula ada alasan.

14 April 2015

Mungkin Ini Langkah Pertama?

quotes, life quotes, inspirational quotes

Assalamualaikum. Hai semua! Bila lagi kalau bukan sekarang? Sebab perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah (the journey of a thousand miles begins with one step). Kalau kita tidak berani atau tidak mahu memulakan langkah yang pertama, maka selama-lamanya kita tidak akan ke mana-mana. Mereputlah kau kat situ jek bersama impian dan harapan yang tinggi melangit tapi sayangnya tidak akan menjadi kenyataan.

Cerita pasal apa nie, Arol?
.
.
.
.
.
.
.
Update blog.


Hahahahaha! Tiba-tiba rasa macam kelakar. Faham ke tak apa yang aku nak sampaikan?

P/S: Rindunya kat blog! Sibuk betul aku tahun 2015 nie. T.T

Don't worry about failures, but worry about the chances you miss
when you don't even try.

14 February 2015

Tragedi Hitam di Bulan Ramadan pada Hari Ulang Tahun Perkahwinan

RE-PUBLISH. Entri ini pernah disiarkan pada 05 September 2011.


Assalamualaikum. Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur oleh Allah SWT. :)


ujian Allah, mutiara kata, ujian hidup

Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya,
nescaya Allah akan mengujinya dengan kesusahan." - Riwayat Al-Bukhari.


Allah menguji hambaNya dengan musibah pada satu waktu dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa yang sabar dan siapa yang berputus harap. (Baca lagi: Ujian & Dugaan Tanda Allah Sayang)

Dipendekkan cerita... Biar Arol jelaskan seringkas yang mampu apa sebenarnya yang berlaku.

  • Tarikh: 9 Ogos 2011 (Selasa) / 9 Ramadan 1432H
  • Peristiwa: Ulang tahun perkahwinan Ayah ❤ Mak Arol yang ke-30.
  • Tragedi hitam: Ayah & Mak kemalangan jalan raya. :'( 


Akibat kecuaian orang lain, Ayah dan Mak turut menjadi mangsa. Memang benarlah kata orang, "Bila kita sudah berhati-hati, orang lain pulak yang leka dan cuai." T.T


Kecederaan yang dialami oleh Ayah dan Mak:
Ayah luka-luka di bahagian badan dan minyak petrol masuk ke dalam mata. Mak pulak patah dua batang tulang rusuk, tulang tangan kanan retak dan tangan kanan bersimen. Tapi walau apa pun... Terima kasih, ya Allah kerana panjangkan umur Ayah dan Mak aku. :)


Terima kasih kepada kak Safra dan kawan-kawan yang selalu bagi semangat!

Allah SWT tidak akan memberikan kesusahan kepada seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.

28 January 2015

Jangan Suka Cari Alasan!

Assalamualaikum. Hai semua! Setiap hari bila online Facebook, aku memang suka baca post daripada Irfan Khairi. Dulu pun aku selalu berangan nak jadi jutawan internet macam dia. Buat masa nie belum nampak lagi bayang-bayang aku nie bakal jadi jutawan internet, tapi kalau lagi beberapa tahun tue tak tahu lah pulak. Mana tahu kan? Hehehe.


irfan khairi, kata motivasi, kata semangat

Jangan suka cari alasan, lebih baik cari jalan.
Jangan jadi sama sahaja, cari jalan untuk tingkatkan pencapaian.
- Irfan Khairi -


Kata-kata motivasi yang bila kita (atau mungkin aku sorang jek) baca fuh rasa bersemangat gila. Rasa bersemangat waktu baca jelah tapi tak aplikasikan pun dalam kehidupan. Teruk haih!

Bab cari alasan tue memang kegemaran aku. Berpuluh alasan aku boleh bagi untuk sebab-sebab tak update blog selain daripada malas. Selepas tue tak pernah berusaha bersungguh-sungguh nak selesaikannya. Biarkan jelah. Kalau aku update blog pun bukannya boleh bantu dapat pointer 3.50 ke atas dalam final exam. Haha! Ehhh, nervous pulak bila teringat result.

Contoh lain, bila bersemangat gila nak memasak tapi terpaksa batalkan niat murni tue sebab satu bahan jew tak cukup. Maka buat lain kali jelah ye. Cerita sebenarnya aku nak buat buah melaka (atau dikenali juga sebagai kuih onde-onde) tapi kelapa parut pulak takde. Tapi takpe sebab aku dah gantikan dengan cekodok sosej terlebih air eh tapi boleh tahan sedaplah jugak. Kottt.

Oleh sebab itu, pada tahun 2015 nie aku berazam... Tak payah nak berazam sangat lah weh, Arol. Hahahahahahahaha! Sekian, terima kasih. *sambung scroll Instagram*

Today is not just another day. It's a new opportunity, another chance
and a new beginning. Embrace it!
:)

21 January 2015

Arol Dah Tak Homesick!

Assalamualaikum. Hai semua! Aku dah ada kat rumah. Arol dah tak homesick sebab sekarang nie tengah cuti semester. Bestnyaaa weh duduk kat rumah! Home is where the heart is.

Alhamdulillah. Aku dah selamat sampai Melaka pada hari Rabu minggu lepas pukul 6.50 petang. Kali pertama aku balik waktu siang. Boleh tahan best jugak balik waktu siang. Sesekali nak tukar angin sebab asyik balik malam jek kan. Saje nak cari pengalaman baru.


home, love, home quote, life, quotes

What I love most about my home is who I share it with. 


Sejak sampai rumah hari tue tak sempat nak update blog sebab sibuk qada' tidur (qada' bila punya entah sebab kat USM pun aku asyik tidur jek) dan melayan Pak Aji Comel. Cuti semester kali nie aku kena jadi assistant babysitter. Pak Aji Comel asyik mintak dukung jek sampai lenguh tangan. Tetapi aku rasa nak gigit-gigit jek bila tengok dia senyum, ketawa atau tidur. Omey angat!

Sekejap jek dah seminggu aku kat rumah. Nie kalau kat USM nak tunggu habis seminggu rasa macam sebulan kau tahu tak kecuali kalau nak kena hantar assignment. Itu dua hari rasa macam dua jam jek. Well, suka buat kerja saat-saat akhir. Huh.

Baiklah. Aku nak sambung nikmati kebahagiaan di rumah sepuas-puasnya.

Where we love is home; home that our feet may leave, but not our hearts. :)

14 January 2015

Janji Dah Habis Exam!

Assalamualaikum. Hai semua! Sehari selepas update entri nie, aku terus demam, sakit tekak dan selsema selama hampir seminggu. Selalunya selepas makan ubat, esok mesti dah sihat tapi kali nie demam melarat pulak. Nasib baik takde exam waktu tue. Alhamdulillah, sekarang dah semakin sihat cuma masih sakit tekak dan selsema. Habis musnah misi murni aku. 

Apa pun, horayyyyy peperiksaan akhir semester ketiga aku di USM sudah tamat semalam! Aku dah cuba buat yang terbaik (walaupun tak dapat fokus study untuk last payyyper) dan sekarang nie tinggal berdoa jelah. Harap aku dapat merasa Anugerah Dekan semester nie. Eh?


quotes, final exam, BATI, USM

"Janji dah habis exam!". Ayat kegemaran aku setiap kali kecewa tak dapat jawab.


Sewaktu entri nie disiarkan, insyallah aku sudah berada dalam bas untuk perjalanan pulang ke rumahku syurgaku. Ini kali pertama aku balik Melaka waktu siang sebab selalunya memang balik waktu malam jek. Entah kenapa dari dulu lagi teringin nak cuba balik siang, tapi lepas beli tiket bas waktu siang tiba-tiba aku menyesal pulak. Takpe, saje cuba. Harap balik siang best!

Insyallah, sepanjang cuti semester nie aku nak cuba rajinkan diri update blog. Nak 'cuba' jek. Tetapi takut aku asyik sibuk melayan Pak Aji Comel. Semakin membesar, semakin banyak ragam, semakin comel dan semakin geram pulak aku dengan dia! Hehe! :D

Sometimes our plans don't work out because Allah has better ones! :)

05 January 2015

Tinggal Satu Lagi!

Assalamualaikum. Hai semua! Peperiksaan akhir semester ketiga bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi. Cuba tengok jadual waktu bawah nie, tinggal satu subjek lagi. Last payyyyyper!


BATI, USM, final exam, terjemahan, interpretasi
Subjek minor, kenapa lambat sangat? T.T


Alhamdulillah. Petang tadi aku sudah selesai berperang dengan killer subject iaitu Peristilahan. Tipulah kalau aku cakap aku dapat jawab. Nak goreng jawapan pun aku tak tahu nak goreng apa! Dalam hati dah tak sabar nak tunggu masa menjawab habis. Haha! Legaaaaa dah tamat!

Selepas keluar dari bilik peperiksaan, beberapa orang kawan ajak pergi makan kat Queensbay. Celebrate kononnya! Masing-masing bahagia sebab Peristilahan sudah tamat. Seronok dapat luangkan masa dengan mereka semua. Insyallah, jumpa lagi semester depan! Selepas nie dah tak jumpa lagi sebab masing-masing lain minor. Siapa yang minor sama dengan aku jek dapat jumpa lagi minggu depan. I will miss you guys, awesome BATIans! (^.^)y

Rasanya aku dah boleh start kemas barang-barang sebab cuti semester bakal tiba! Walaupun tiket bas nak balik Melaka belum beli lagi. *sigh* Aku tak decide lagi nak balik hari apa.

Sangat penat. Esok atau lusa jelah ye start study subjek minor. Hehe! :p

I'm thankful for today's little moments because
they are tomorrow's precious memories.
:)

04 January 2015

Langit Mendung Dalam Hati

Assalamualaikum. Hai semua! Memang betul. Hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah. Tetapi alhamdulillah sejak peperiksaan akhir semester bermula, langit sentiasa cerah. Cuma langit dalam hati aku nie jek sedikit mendung hari nie. Dalam hati pun ada langit jugak k.


positive quote, life quote, bad day quote, quotes,

Take a deep breath. It's just a bad day, not a bad life. Yeahhh! :)


Kali pertama aku jawab periksa hari Ahad, macam-macam pulak yang terjadi. Tetapi nak buat macam mana kan? Perkara dah jadi dah pun. Make mistakes, learn from them and move on! Masalahnya aku nie jenis yang susah nak move on. Haha! Perjuangan perlu diteruskan!


"Just because today is a terrible day, doesn't mean tomorrow won't be the best day of your life. You just have to get there!"

"You have to fight some of the bad days to earn some of the best days of your life."


Kata-kata semangat untuk diri sendiri. Yang penting peperiksaan akhir semester ketiga tinggal lagi dua payyyyyper. Esok subjek major dan minggu depan subjek minor (gap seminggu weh kalau tidak boleh balik rumah awal haish) selepas tue cuti semester sebulan yeayyy balik rumah!

Baiklah, aku nak study Peristilahan. Semoga hari esok lebih indah dan aku dapat jawab semua soalan Peristilahan dengan terbaik. Insyallah. Wish me luck! :)

You will never be brave if you don't get hurt.
You will never learn if you don't make mistakes.
You will never be successful if you don't encounter failure.

01 January 2015

Perjuangan Perlu Diteruskan!

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Hai semua! Selamat tahun baharu, 2015! :)


"Today is the first page of a 365 page book. Write a good one!"


2014 sudah pun pergi meninggalkan kita dengan 1001 kenangan dan pengajaran. Perjuangan tetap perlu diteruskan! Perjuangan dalam hidup, perjuangan konsisten update blog (eh?) dan perjuangan yang lebih penting sedang berlangsung sekarang nie ialah peperiksaan akhir semester ketiga aku di USM Kampus Induk, Pulau Pinang. Wish me luck!


BATI, USM, final exam, terjemahan, interpretasi
Jadual waktu peperiksaan akhir semester ketiga BATI. T.T


Memang seronok sangat tau peperiksaan akhir semester ketiga bermula dengan subjek Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS) dan Gaya & Tatabahasa Perbandingan pada hari yang sama. *nada perli* Well, aku memang kurang minat subjek Sejarah sejak sekolah lagi. Grammar pulak hmmmmm susah nak cakap. Yang penting sudah selesai jawab!

Tinggal 5 subjek lagi dan selepas itu ooo balik rumah ooo balik rumahhh cuti sebulan! Hoorayyy!

Berjaya jugak aku update blog pada 1 Januari 2015. Semoga usaha kecil dan murni aku ini akan menjadi langkah pertama untuk aku berjaya dalam dunia blogging. Kejayaan terbesar ialah dapat update blog secara konsisten. Doakan semoga penyakit malasupdateblog aku cepat sembuh.

Minta diri dulu. Aku nak sambung study subjek Teori dan Kaedah Penterjemahan 1.

A dream doesn't become reality through magic; it takes sweat,
determination and hard work.
- Colin Powell