14 January 2015

Janji Dah Habis Exam!

Assalamualaikum. Hai semua! Sehari selepas update entri nie, aku terus demam, sakit tekak dan selsema selama hampir seminggu. Selalunya selepas makan ubat, esok mesti dah sihat tapi kali nie demam melarat pulak. Nasib baik takde exam waktu tue. Alhamdulillah, sekarang dah semakin sihat cuma masih sakit tekak dan selsema. Habis musnah misi murni aku. 

Apa pun, horayyyyy peperiksaan akhir semester ketiga aku di USM sudah tamat semalam! Aku dah cuba buat yang terbaik (walaupun tak dapat fokus study untuk last payyyper) dan sekarang nie tinggal berdoa jelah. Harap aku dapat merasa Anugerah Dekan semester nie. Eh?


quotes, final exam, BATI, USM

"Janji dah habis exam!". Ayat kegemaran aku setiap kali kecewa tak dapat jawab.


Sewaktu entri nie disiarkan, insyallah aku sudah berada dalam bas untuk perjalanan pulang ke rumahku syurgaku. Ini kali pertama aku balik Melaka waktu siang sebab selalunya memang balik waktu malam jek. Entah kenapa dari dulu lagi teringin nak cuba balik siang, tapi lepas beli tiket bas waktu siang tiba-tiba aku menyesal pulak. Takpe, saje cuba. Harap balik siang best!

Insyallah, sepanjang cuti semester nie aku nak cuba rajinkan diri update blog. Nak 'cuba' jek. Tetapi takut aku asyik sibuk melayan Pak Aji Comel. Semakin membesar, semakin banyak ragam, semakin comel dan semakin geram pulak aku dengan dia! Hehe! :D

Sometimes our plans don't work out because Allah has better ones! :)

16 comments:

  1. Hi Arol! Lama tak singgah sini. Ingat fiqa tak? He he.

    Btw happy holidayyyyyyyyyyyyyyyy!! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Fiqa! Mestilah ingat. Kawan masa zaman mula blogging dulu. :D

      Delete
  2. rajin rajin update blog arol...kalau dapat cerita pasal coconut shake kelebang best juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak lagi best, datang Melaka dan rasa sendiri. :D

      Delete
  3. semangat semoga makin rajin ngblog nya :)

    ReplyDelete
  4. time cuti tu cuti jer la arolllllll.. hehehe :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah menikmati cuti lah nie. Dah lama tak nampak Opah Kentang! :D

      Delete
  5. hati2 balik melaka dik arol oi..hehe..n semoga cepat2 la sihat dr demam..nnti balik umah sihat la tu..homesick~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dah selamat sampai Melaka 14 hari lepas. Balik rumah memang ubat paling mujarab sekali. Hehe! :D

      Delete
  6. haha betul. Lepas abih exam rasa macam dah free segelanya, tapi untuk seketika ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lama lagi result exam nak keluar. Dah start nervous nie! T.T

      Delete
  7. ayat Arol sama macam akak...yang penting dah habis.yay!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saje nak sedapkan hati sendiri sebab tak dapat jawab soalan. :D

      Delete