01 January 2015

Perjuangan Perlu Diteruskan!

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Hai semua! Selamat tahun baharu, 2015! :)


"Today is the first page of a 365 page book. Write a good one!"


2014 sudah pun pergi meninggalkan kita dengan 1001 kenangan dan pengajaran. Perjuangan tetap perlu diteruskan! Perjuangan dalam hidup, perjuangan konsisten update blog (eh?) dan perjuangan yang lebih penting sedang berlangsung sekarang nie ialah peperiksaan akhir semester ketiga aku di USM Kampus Induk, Pulau Pinang. Wish me luck!


BATI, USM, final exam, terjemahan, interpretasi
Jadual waktu peperiksaan akhir semester ketiga BATI. T.T


Memang seronok sangat tau peperiksaan akhir semester ketiga bermula dengan subjek Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS) dan Gaya & Tatabahasa Perbandingan pada hari yang sama. *nada perli* Well, aku memang kurang minat subjek Sejarah sejak sekolah lagi. Grammar pulak hmmmmm susah nak cakap. Yang penting sudah selesai jawab!

Tinggal 5 subjek lagi dan selepas itu ooo balik rumah ooo balik rumahhh cuti sebulan! Hoorayyy!

Berjaya jugak aku update blog pada 1 Januari 2015. Semoga usaha kecil dan murni aku ini akan menjadi langkah pertama untuk aku berjaya dalam dunia blogging. Kejayaan terbesar ialah dapat update blog secara konsisten. Doakan semoga penyakit malasupdateblog aku cepat sembuh.

Minta diri dulu. Aku nak sambung study subjek Teori dan Kaedah Penterjemahan 1.

A dream doesn't become reality through magic; it takes sweat,
determination and hard work.
- Colin Powell

10 comments:

  1. Eh. Sy cuti dulu. haaa...

    All the best exam!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. UIAM memang selalu cuti dulu. Terima kasih! :D

      Delete
  2. Memang susah nak sembuh sebenarnya kalau sekali kena. Hehe. Nanti mesti okay tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyakit tue cuma ada satu penawar jek iaitu diri sendiri. :D

      Delete
  3. Selamat tahun baru 2015 dan selamat menjawab peperiksaan dengan mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru (dah 14 hari)! Hehe. Terima kasih! :)

      Delete