Assalamualaikum. Hai semua! Setiap hari bila online Facebook, aku memang suka baca post daripada Irfan Khairi. Dulu pun aku selalu berangan nak jadi jutawan internet macam dia. Buat masa nie belum nampak lagi bayang-bayang aku nie bakal jadi jutawan internet, tapi kalau lagi beberapa tahun tue tak tahu lah pulak. Mana tahu kan? Hehehe.
Jangan suka cari alasan, lebih baik cari jalan.
Jangan jadi sama sahaja, cari jalan untuk tingkatkan pencapaian.
- Irfan Khairi -
Kata-kata motivasi yang bila kita (atau mungkin aku sorang jek) baca fuh rasa bersemangat gila. Rasa bersemangat waktu baca jelah tapi tak aplikasikan pun dalam kehidupan. Teruk haih!
Bab cari alasan tue memang kegemaran aku. Berpuluh alasan aku boleh bagi untuk sebab-sebab tak update blog selain daripada malas. Selepas tue tak pernah berusaha bersungguh-sungguh nak selesaikannya. Biarkan jelah. Kalau aku update blog pun bukannya boleh bantu dapat pointer 3.50 ke atas dalam final exam. Haha! Ehhh, nervous pulak bila teringat result.
Contoh lain, bila bersemangat gila nak memasak tapi terpaksa batalkan niat murni tue sebab satu bahan jew tak cukup. Maka buat lain kali jelah ye. Cerita sebenarnya aku nak buat buah melaka (atau dikenali juga sebagai kuih onde-onde) tapi kelapa parut pulak takde. Tapi takpe sebab aku dah gantikan dengan cekodok sosej terlebih air eh tapi boleh tahan sedaplah jugak. Kottt.
Oleh sebab itu, pada tahun 2015 nie aku berazam... Tak payah nak berazam sangat lah weh, Arol. Hahahahahahahaha! Sekian, terima kasih. *sambung scroll Instagram*
Today is not just another day. It's a new opportunity, another chance
and a new beginning. Embrace it! :)
ye betul
ReplyDeleteprint quote ni besar-besar, pastu tampal kat bilik.barulah bersemangat..hihihi.tak semangat nak update blog takpe, janji semangat nak study..gitulah..
ReplyDeleteSemangat nak study ikut musim jugak tapi semangat nak balik rumah memang tak pernah padam. Hehe! :D
Deletemmg rajin la nk update blog..dh balik umah kowt..kan3..
ReplyDeleteHahahahaha! Dah balik rumah lagi malas nak update blog. :D
DeleteBanyak kata-kata motivasi dari fb irfan tu kan. saya pun suka baca kata-kata motivasi dia.
ReplyDeleteAnyway, salam singgah dari follower #2295
Yup, betul! Terima kasih sudi singgah dan follow. :)
Deleteorg yang byk alasan adalah orang yang gagal ;)
ReplyDeleteJom meriahkan Segmen Bloglist Mac-April CN ;)
http://www.cekgunorazimah.com/2015/01/segmen-bloglist-mac-april-2015-by-cn.html
Sentap baca komen CN! Hahaha. :D
DeleteHahaha abang arol abang arol. lawak la. Yeahhh suka ayat abang arol. "Aku update blog bukan dapat boleh bantu dapat pointer 3.50 ke atas" :D
ReplyDeleteUpdate bila ada masa lapang. Kita biarkan pasti ada yang sudi baca. Tak comment pun tak apa. Janji dia dapat mesej yang kita sampaikan.
Lagi indah kerana penulisan kita hatinya terketuk oleh Ilahi dengan izinNya ^_^
Abang arol dah final ? Wahhh cepatnyaaaaaaaaaa.
Ayat nak cover malas belajar. Haha! Kadang-kadang malas nak update blog sebab takde perkara yang menarik nak kongsi. So, daripada publish entri merapu lebih baik tak payah update. K, alasan lagi. Dah masuk semester baru dahhh! :D
DeleteArol ! haritu irfan khairi ada datang unisza and i was got the chance to met him face to face . Was a adorable and inspire person. InsyAllah, sentiasa motivasi diri kita untuk sentiasa berjaya . Goodluck arol ! ^_^
ReplyDeleteSeronoknya! Harap sebelum aku grad Irfan Khairi akan datang USM. Insyallah. Terima kasih, Aliff! :D
Deletesalam saudara. saya nak tahu secara mendalam tentang kos saudara. saya ada pm page fb saudara. harap saudara boleh reply. terima kasih.
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbt. Harap saudari dapat buat pilihan yang terbaik. :)
Delete