Tinggal Satu Lagi!
Assalamualaikum. Hai semua! Peperiksaan akhir semester ketiga bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi. Cuba tengok jadual waktu bawah nie, tinggal satu subjek lagi. Last payyyyyper!
Subjek minor, kenapa lambat sangat? T.T
Alhamdulillah. Petang tadi aku sudah selesai berperang dengan killer subject iaitu Peristilahan. Tipulah kalau aku cakap aku dapat jawab. Nak goreng jawapan pun aku tak tahu nak goreng apa! Dalam hati dah tak sabar nak tunggu masa menjawab habis. Haha! Legaaaaa dah tamat!
Selepas keluar dari bilik peperiksaan, beberapa orang kawan ajak pergi makan kat Queensbay. Celebrate kononnya! Masing-masing bahagia sebab Peristilahan sudah tamat. Seronok dapat luangkan masa dengan mereka semua. Insyallah, jumpa lagi semester depan! Selepas nie dah tak jumpa lagi sebab masing-masing lain minor. Siapa yang minor sama dengan aku jek dapat jumpa lagi minggu depan. I will miss you guys, awesome BATIans! (^.^)y
Rasanya aku dah boleh start kemas barang-barang sebab cuti semester bakal tiba! Walaupun tiket bas nak balik Melaka belum beli lagi. *sigh* Aku tak decide lagi nak balik hari apa.
Sangat penat. Esok atau lusa jelah ye start study subjek minor. Hehe! :p
I'm thankful for today's little moments because
they are tomorrow's precious memories. :)
good luck Arol!
ReplyDeleteTerima kasih, kak Sal! :D
Deletesemoga dipermudahkan menjawab peperiksaan ...
ReplyDeleteTerima kasih! :)
Deletewaaa..syira lg 3 paper ..doakan !
ReplyDeleteYeay, dah habis final exam! :D
DeleteGood Luck Arol . May Allah ease everything .
ReplyDeleteTerima kasih, Nik! :D
Deletesuka dia..hati2 balik melake...
ReplyDeleteMana pernah tak suka kalau balik Melaka. Hehe! :D
Deletesemoga berjya arol..... saya singgah sini. maaf lama tak singgah
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah sini! Arol dah lama tak balas kunjungan. :'(
Deletemacammana arol boleh buat dengan baik tak?
ReplyDeleteAlhamdulillah, dah cuba buat yang terbaik. Tunggu jelah result nanti. :D
Delete