Don't judge me by my past, I don't live there anymore. Accept me for who I am because this is me today. :)

18 May 2013

Ramai Orang Sakit Mental Rupanya!

Assalamualaikum. Hai semua! Salah satu tanda orang sakit mental ialah ...

tanda sakit mental, sakit mental
Petanda Orang Sakit Mental


Ada orang kata, artikel tersebut disalah ertikan atau salah translate. Sebab sebenarnya artikel tersebut dalam bahasa Inggeris. Orang yang kata ye, bukan aku yang kata. Aku baca kat Facebook. Hehehe. Tapi tak kisah lah artikel tue salah translate ke apa.

Bagi aku, memuat naik (upload) gambar makanan ke dalam laman sosial lebih baik daripada upload gambar yang boleh menimbulkan fitnah atau menambahkan dosa. Betul tak?

Sebenarnya, aku pun suka upload gambar makanan kat Facebook jugak. Best weh! Hehehe. Korang suka upload gambar makanan ke dalam laman sosial tak? :)


Nah! Beberapa gambar makanan (minuman pun ada) yang aku pernah upload kat Facebook. Tak banyak pun, sikit jek. Banyak lagi gambar dalam folder yang aku tak sempat upload.

food porn, makanan sedap

Aku nie dikira sakit mental jugak ke? Hahahahahahahaha.

Makanan yang terpuji ialah yang makanan yang halal. Minuman yang terpuji ialah minuman yang tidak memabukkan. Kita adalah apa yang kita makan.

30 April 2013

Bobo, Gwiyomi & MasterChef Selebriti Malaysia

idea update blog, bobo, gwiyomi, masterchef

Assalamualaikum. Hai semua! Aku ada banyak idea nak update blog sebenarnya, tapi idea utama jelah. Lepas taip pendahuluan, aku terus blur. Tak tahu apa yang nak dihuraikan dalam perenggan seterusnya. Maklumlah, dah hampir 5 bulan tinggalkan sekolah. Sampai terlupa segala ilmu mengarang yang cikgu ajar. Hehehe. *Rindu sekolah!

Jadi hari ini aku kumpulkan semua idea yang tak kesampaian untuk dibuat satu entri lengkap, untuk diceritakan dalam satu entri sahaja. 3 cerita dalam 1 entri. Macam tue lah.


1) Bobo
Aku yakin, majoriti mesti kenal si Bobo nie. Dah jadi retisss dia sekarang. Aku ingat lagi masa video parodi (lagu Sayang - Shae) dia baru muncul kat Facebook, ramai orang yang kutuk dia. Tapi sekarang? Ramai peminat weh, dan aku bukan salah seorang daripadanya. Hahaha. Siapa peminat Bobo? Sila flip hair. Btw, dah tengok video Gwiyomi Bobo?


2) Gwiyomi
Ini satu lagi yang tengah femesss sekarang. Merata laman sosial boleh jumpa video Gwiyomi, di Facebook, blog, Keek. Semua orang berusaha nak buat video Gwiyomi yang paling cute. Masing-masing tak nak kalah. Hahaha. Korang ada buat video Gwiyomi jugak ke? 


3) MasterChef Selebriti Malaysia Musim Kedua
Siapa tengok MCSM2? Aku memang penonton setia MasterChef. Tapi untuk MCSM2 nie aku tak layan sangat. Tak tahu apa sebabnya. Eh. Korang tengok tak hari tue Zain Saidin errr takde pape lah. Tak jadi nak gosip. Hahahahaha! Btw, aku sokong Syura kot.


K lah. Itu jek yang aku nak cerita. *menguap* Rasa macam nak gwiyomi tidur jek.

Hargai orang yang membenci diri kita kerana dia sebenarnya adalah
peminat setia kita. Sanggup menghabiskan masanya hanya untuk
mencari kesalahan diri kita. :)