06 January 2016

2016 Mesti Lebih Bahagia!

happiness quotes, life quotes, happy quotes, quotes

Assalamualaikum. Hai semua! Yeayyy, Arol update blog! Maknanya aku berjaya lawan sifat malas update blog yang telah membelenggu diri sejak empat bulan lepas. Tahniah untuk diri sendiri.

Jadi, ini merupakan entri pertama untuk tahun 2016 dan harap bukan entri yang terakhir lah ye. Sebelum tue, Selamat Tahun Baharu 2016! *letupan bunga api* Belum terlambat lagi rasanya sebab baru hari keenam kan, bukannya bulan keenam. Tetapi aku rasa macam eh cepatnya masa berlalu dah 6 hari rupanya. Rasa macam baru malam tadi tengok bunga api tahun baharu.

Dah lah aku sambut malam tahun baharu kat tempat yang tidak disangka. Tahun 2015 memang banyak perkara yang tidak dijangka berlaku. Rasa pahit ketika melaluinya tetapi jadi manis pulak bila dikenang sekarang nie. Well, itulah indahnya perancangan Allah. Alhamdulillah.

Azam tahun baharu 2016 aku simple jek. Tak tahu nak kata azam ke apa, tetapi macam kata-kata yang akan aku genggam dan sentiasa sematkan di hati dalam meneruskan hidup. Amboi! Hihi.


"Learn to make yourself happy,
because no one is in charge of your happiness except you.
So, do more of what makes you happy!"


Sebenarnya dari hujung tahun lepas lagi aku dah cuba aplikasikan kata-kata di atas dalam hidup aku. Ada beberapa perkara yang aku buat dan dapat kutukan daripada orang. Aku tak ambil kisah sangat sebab yang penting perkara tue buat aku gembira dan aku bukannya buat perkara yang salah pun. Mulut orang faham-faham jelah kan. Mereka tak buat kita gembira lepas tue sibuk nak kritik apa yang kita buat. Biasalah tue, aku pun kadang-kadang macam tue jugak. Kahkah!

Rasanya cukup setakat di sini saja kot. Kalau cerita panjang lebar dalam entri pertama takut nanti entri yang seterusnya muncul pada tahun 2017 pulak. Sekian, terima kasih. Jumpa lagi!

Our mind is a powerful thing. When we start fill it with positive thoughts,
our life will start to change
. :)

1 comment:

  1. In Shaa Allah, Aminnn...moga-moga 2016 ini lebih membahagiakan...

    ReplyDelete