13 August 2015

34 Years and Still Counting ❤

Assalamualaikum. Hai semua! Alhamdulillah. 34 years and still counting 


love quotes, anniversary quotes, true love
Terima kasih, cinta! Kau buat aku bahagia, tanpa jemu dan lelah. :)


Pada 9 Ogos yang lalu, Mak dan Ayah aku telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-34. Sudah 34 tahun mereka bahagia menyulam cinta tetapi sweetnya tue kadang-kadang macam pasangan baru 3 bulan kahwin. Hihihi. Teringin nak tahu macam mana pasangan tentera darat dan guru tadika nie boleh bertemu dan bercinta. Mak dan Ayah tak nak cerita pulak.

Dulu masa bujang Ayah aku merokok tetapi dengan begitu gigihnya Ayah cuba berhenti merokok dan berjaya!  Sampai sekarang Ayah tak merokok. Sebab sebelum kahwin Mak ada pesan, kalau nak kahwin dengan Mak, Ayah kena berhenti merokok dulu. Rasanya bukan senang nak berhenti merokok tetapi cinta punya pasal lautan api pun sanggup diredah. Hahaha! Mak pulak selepas kahwin terus jadi suri rumah sepenuh masa. Memang betul, cinta memerlukan pengorbanan.

Alhamdulillah. Ulang tahun perkahwinan Mak dan Ayah pada tahun nie lebih bahagia dan ceria kerana disambut bersama cucu sulung kesayangan mereka. Ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama sebagai Atuk dan Nyai. Sempat jugak wefie sekeluarga depan rumah hari tue.

Pada 9 Ogos yang lalu juga telah genap empat tahun Tragedi Hitam di Bulan Ramadan pada Hari Ulang Tahun Perkahwinan. Walaupun kesannya menjadi kekal dan trauma tidak hilang lagi sehingga kini, tetapi alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur. Ujian tanda Allah sayang.


anniversary, parents, love

Cinta seorang ibu itu menenangkan, cinta seorang ayah itu menguatkan.
Tidak akan terputus rezeki seseorang itu selagi mana dia tidak meninggalkan doa kepada kedua-dua ibu bapanya dalam kehidupan seharian. :)

17 comments:

  1. Semoga usia perkahwinan mereka akan bertambah tambah lagi .. in Sha Allah.

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah.moga diberi kesihatan yg baik

    ReplyDelete
  3. 34 tahun bukan sekejap.. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. Happy anniversary pakcik & makcik

    ReplyDelete
  5. selamat hari ulang tahun maka dan ayah :)

    GiveAway Sketch Picture By Eintan Nurfuzie
    Nak Sketch Pic free?
    Jom test luck korang kot kot terpilih
    dan berita baiknya, terbuka untuk blogger, faceboker dan instager..
    http://www.nurfuzie.com/2015/08/giveaway-sketch-picture-by-eintan.html

    ReplyDelete
  6. selamat ulang tahun perkahwinan untuk mak ayah arol.. =) semoga bahagia hingga ke syurga. =)

    ReplyDelete
  7. happy blated annversary buat parent arol...34 tahun its a long journey..hope bhgia til jannah

    kalau tak keberatan meh join GA sha..
    syarat simple ja..
    http://www.opzzpinky.my/2015/08/giveaway-wallet-by-opzzpinky.html
    tq :)

    ReplyDelete
  8. so sweet..mcm muda lgi je parents dik arol ni..ehem3..

    ReplyDelete
  9. Hi, nice blog. I like your last post. Keep updating your blog *10

    ReplyDelete
  10. Hi, nice blog. I like your last post. Keep updating your blog *10

    ReplyDelete
  11. tahniah ^_^
    moga kekal bahagian dunia akhirat

    *jemput singgah blog zianaeunos.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. semoga kekal bahagia sampia bila bila.

    ReplyDelete
  13. slmt mnyambut ulangtahun mak ayah arol ^^

    ReplyDelete
  14. Selamat Ulang tahun Perkahwinan buat mak dan ayah kamu ;) hebatnye mereka ye...

    ReplyDelete
  15. hahaha.. tu bukan lautan api sanggup ku redah.. tu lautan api sanggupku padam.. hehe..

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah semoga kekal gembira disamping keluarga :)

    ReplyDelete