19 August 2013

Cerita Raya 2013 Arol Mubin!

aidilfitri, kad raya, syawal


Assalamualaikum. Selamat Hari Raya Aidilfitri! Minta maaf kalau aku ada post entri yang buat korang terasa, atau mengguris hati korang, terkasar bahasa semasa komen entri-entri korang atau aku ada bergurau kasar atau atau ahhh klise betul ucapan hari raya macam nie! Hahaha! Maaf zahir dan batin. Duit raya untuk aku ada tak? Hikhik. ;)

Aidilfitri tahun nie biasa-biasa jek. Tak meriah sangat pun! Rasanya aidilfitri tahun-tahun lepas lebih meriah. Tapi part yang paling aku suka ialah baju raya!!! Dalam entri ini aku dah janji nak bagitahu warna tema baju raya keluarga aku lepas raya, so warnanya ialah BIRU! Biarlah orang nak kata kami macam kumpulan boria ke apa, kami memang suka pakai sedondon. Senang bila pergi beraya, orang tahu kita nie anak siapa sebab baju sama. Hehehe!

Aidilfitri tahun nie aku minta pereka fesyen aku jahitkan baju Melayu moden. Bukan Hatta Dolmat atau Radzwan Radziwill, tetapi pereka fesyen kesayangan aku sejak kecil sampailah sekarang ialah Mak aku sendiri. Sebenarnya, aku berkenan dengan rekaan baju Melayu seorang pereka fesyen terkenal. So, aku suruh Mak aku duplicate rekaan tue. Gembira tak terkata aku bila tengok hasilnya! Bila tengok tv, ada seorang artis pun pakai baju Melayu design macam aku. "Tengok tue! Baju ***** (nama artis) macam baju Arol!". *feeling retis*

Aku malas nak upload gambar sebenarnya. Dapat menaip entri nie pun dah kira bersyukur. Kihkih! Nanti kalau tetiba aku kena sawan rajin, aku upload gambar. Gambar tak banyak sangat sebab aku nie bila dah jumpa ketupat, rendang, kuih raya, terus lupa kamera. Tangan nie asyik nak suap makanan ke dalam mulut jek. Tak dapat duit raya pun takpe, janji perut kenyang. Tapi tahun nie memang kurang dapat duit raya. Mungkin aku dah besar. Mungkin!

Panjang jugak aku taip! *ternganga mulut* Mesti korang baca tak habis, main skip skip. Kan? Kalau betul korang baca dari awal sampai akhir, sila beri komen untuk setiap perenggan. Kahkahkah! Selamat Hari Raya Aidilfitri! Sekian. :) *sambung makan kuih raya*


P/S: Menghitung hari menjelang detik ini. Nervous baq hang! Persiapan baru 25%. =.='

Ada mata pandanglah keindahan. Ada mulut berbudilah pertuturan.
Ada hati berilah kesayangan. Ada salah dan silap silalah maafkan.

40 comments:

  1. Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri, cik Nor. :)

      Delete
  2. apa2 pun selamat hari raya bro..menghitung hari?..apakah itu?..jeng--jengenggg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri, bro Fizi. Jeng jeng jeng, biarlah rahsia. :D

      Delete
  3. salam lebaran Arol.....tunjuk ler gambar baju raya tu nak jugak tengok......huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri, kak. Nanti kalau terlebih rajin, saya upload. :D

      Delete
  4. untungla mak pandai jahit baju..senang skit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah. Jimat sikit duit, cuma beli kain ela jek. :D

      Delete
  5. ape nie main skip-skip cerita ? tak best ahh.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada skip, dah habis cerita lah tue. Hehehe! :D

      Delete
  6. Replies
    1. Bagi alamat rumah opah, nanti Arol pos. Hahaha! :D

      Delete
  7. Replies
    1. Segan lah nak tunjuk gambar aku kat Ratu Instagram. Hahaha! :D

      Delete
    2. LOLOLOLOLOL GEDIK HOKAY! ♥♡

      Delete
    3. Kau lagi gedik siap love bagai. Heh! Hahahaha.

      Delete
  8. Salam Arol,Selamat hari raya juga k.atie ucapkn utk Arol.Wah!mesti glamour baju raya Arol sbb dah mcm retis!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. Selamat Hari Raya Aidilfitri, kak Atie. Hahaha! Tak glamor mana pun, kak Atie. Biasa-biasa jek. :D

      Delete
  9. Aq x ada pun baju melayu baru tahun ni.. pakai jubah yg aq beli kat madinah je la.. Meraya rumah org aq pakai tshirt dan jeans.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jubah Madinah pun okay jugak. Bukan senang nak beli. :)

      Delete
  10. Selamat hari raya...
    Dan selamat menghitung hari..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Teena! Sedih pulak menghitung hari. :D

      Delete
  11. hey happy eid day even dah berminggu2 raya haha ! btw i dah follow u :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Takpe, raya kan sebulan! :D

      Delete
  12. Bila dah seronok beraya, memang tak sempat nak ambil gambar. :D

    ReplyDelete
  13. Orang kat sini dah lama habis beraya, cik akak. Hehehe! :D

    ReplyDelete
  14. Selamat hari raya.
    Saya bertemakan coklat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Cantik jugak coklat! Tak pernah pilih tema tue lagi. :)

      Delete
  15. alhamdulillah..yumida dpt duit raya banyak tahun ni..yey!
    baju raya yumida kaler peach n hijau..santek! bling2 gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya dapat duit raya banyak! Jeles. Siap bling2, confirm meriah! :D

      Delete
  16. selamat hari raya arol.. bagusnya ada mak jahitkan sendiri baju raya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri, kak. Boleh pilih design apa yang kita nak. :D

      Delete
  17. Hari raya sy penuh dgn tragedi huhu... tak sangka rumah paklong ada penghuni lain... yg kena kacau mak abah adik... mujur ler kami suami isteri tak di kaco nye hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uiks? Penghuni lain tue macam menyeramkan jek. :D

      Delete
  18. baju melayu moden??
    rupa mana..tunjuklah sikit arol..
    first time akk dgr..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau terlebih rajin, Arol tunjuk. Kalau tidak, akak search kat Google. :D

      Delete