08 July 2013

Cerita Santai #1 : Ke Mana Menghilang?

Assalamualaikum. Hai semua! Beberapa hari nie aku sibuk sikit. Nak online pun rasa malas sebab penat. Kali nie aku bukan buat-buat sibuk macam selalu tapi memang betul-betul sibuk. Tapi takde lah sibuk mana pun sebenarnya. Hehehe! Ayat putar belit.

Universiti Malaya, pembekal bateri, Nilai, sibuk

4 Julai 2013. Teman Along pergi UM, bayar yuran pengajian. Mengikut perancangan, pergi awal pagi dan insyallah petang dah sampai rumah semula. Kita merancang, Allah juga merancang, dan perancangan Allah adalah yang terbaik. Singgah isi minyak di Petronas Seremban, lepas tue tetiba enjin kereta tak boleh hidup. Rupanya bateri habis! Hahaha! Sampai UM dah Zohor, jadi sampai rumah pun dah malam. Takpe, ada hikmah tue.

5 Julai 2013. Pergi hospital melawat datuk saudara di ICU. Lepas tue pergi Jakel, beli kain ela untuk buat baju rayaaaaa! Dari kecil sampai besar, tak pernah beli baju Melayu yang dah siap. Sebab Mak tukang jahit. Jimat duit! Tema baju raya tahun nie ialah warna ..... lepas raya nanti aku bagitahu. Kahkah! Sebenarnya, warna nie sejak 3 tahun lepas lagi kot Mak nak.

6 Julai 2013. Hari yang tak berapa best. Sebab aku sambung tidur lepas Subuh, lepas tue terlajak sampai pukul 12 tengahari. Hahahaha! Pening kepala tidur lama-lama. Blur jek otak!

7 Julai 2013. Pagi, hantar 3 ekor kucing ke klinik haiwan. Dah buat appointment dengan doktor untuk mandulkan dorang. Haaa, ini yang akan buat aku sibuk! Aku kena jaga dorang. Kucing jantan tak susah sangat nak jaga, tapi kucing betina kena jaga elok-elok. Sebab doktor bedah perut belah kiri dia. Nanti kalau rajin, aku cerita pengalaman mandulkan kucing dalam entri lain. Petang, pergi butik pengantin. Buat apa? Jeng jeng jeng! Kahkah kbai. :D

Senyum dan ucapkan alhamdulillah kerana Allah masih izinkan kita
bersama mereka yang kita sayang.
Alhamdulillah. :)

29 comments:

  1. Amboi busy nya dia...ayat yg last skali tu ada unsur suspens sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah malas nak menaip, sebab tue saje kasi suspens. :D

      Delete
  2. semoga dipermudahkan segala urusan....

    ReplyDelete
  3. Tak lah sibuk mana pung.. saje menyibukkan diri kan . hehehehe


    Selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Ha'ah, sibuk nak tengok tv lagi. Selamat berpuasa jugak! :D

      Delete
  4. Alhamdulillah ..hihi

    Em,tak salah eh mandulkan kucing ? Huhu..In kesian nak mandulkan kucing In dulu... ape pun ce story nnti tau pengalaman mandulkan kucing. Hehe
    -fanatik kucing- hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak salah. Dalam Islam, hukumnya harus mandulkan kalau boleh memberi kemudaratan. Insyallah, kalau Arol tetiba rajin. Hehehe! :D

      Delete
  5. wah..pegi butik pngantin??jeng..jeng...hehe

    **btw thnks utk kata2 tu..yah..feeling better ^_^

    ReplyDelete
  6. wah2... uhh,, boleh ke kalau nak mandulkan kucing? xrasa bersalah ke? ngeee! hehe.. btw.. siapa nak khwin tu? kekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Tak rasa bersalah sebab itu untuk kebaikan dorang. Siapa nak kahwin? Jeng jeng jeng! Hahaha! :D

      Delete
  7. ushhh, ini sangat sibuk niee, hohoo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sibuk sampai tak sempat nak update blog. *alasan* :D

      Delete
  8. tudia jadual perjalanan hidup..hehe..
    bz ye..akk dah biasa dah hntar kucing jntan or betina mndulkan dia.. ehehe

    *akk isikan duit tabung sini sekali.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadual perjalanan hidup seorang penganggur. Hehehe! Arol pun dah 2 kali hantar, 5 ekor kucing. Terima kasih, kak! :D

      Delete
  9. aku pun pernah mandolkan kucing, mmg susah jugak jaga kucing betina..kesian pun ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kesian bila tengok kesan bedah kat badan dia. Tapi demi kebaikan diri dia di kemudian hari, takpe. :)

      Delete
  10. busy betul.. untung la mak pandai menjahit baju sendiri ya.. akak selalu beli yang dah siap je.. kucing tu memang elok mandulkan, niat kita bukan nak sekat naluri semulajadinya, tetapi demi untuk memastikan dia membesar dengan sihat dan tiada la anak2 kucing terbiar di jalanan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tue, kak! Tapi ramai orang salah faham. Dorang ingat kita nak sekat naluri semulajadi kucing-kucing dan takde sifat belas kasihan. Sebenarnya, banyak manfaat yang kucing dapat lepas dimandulkan. :)

      Delete
  11. Assalamualaikum,

    salam ramadhan dari bunda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. Selamat menjalani ibadat puasa, bunda! :)

      Delete
  12. mcam mana kau link kan blog dengan iklan add nunang

    ReplyDelete