23 July 2013

Misteri Selipar Hilang Di Masjid

Assalamualaikum. Salam Ramadan penuh barakah. Hai semua! Kes selipar hilang di masjid atau tertukar bukanlah satu kes baru, tapi kes yang dah lama wujud kot. Boleh dikategorikan sebagai kes tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. *Siap peribahasa lagi tue! Kihkih.


misteri, selipar, curi, dosa
Idea yang menarik! Agak-agak ada orang nak ambil tak?


Misteri 1. Macam mana boleh tertukar? Takkan selipar sendiri pun tak kenal? Sebagai contoh, ada kes yang macam nie. Si Ali pakai selipar baru ke masjid. Kemudian ada orang tertukar selipar dengan dia. Maksudnya, orang tue terpakai selipar Ali. Lepas semua jemaah dah balik, selipar yang tinggal hanyalah selipar jepun buruk yang menanti hari nak putus. Nampak tak? Adakah betul-betul TERtukar? Kes tersebut terus menjadi misteri. Kahkah!

Misteri 2. Kalau betul lah ada orang yang tertukar selipar (terpakai selipar kita), tapi bila semua jemaah dah balik, kenapa tiada sepasang selipar pun yang tinggal? Sepatutnya mesti ada sepasang selipar yang tinggal. Betul tak? Nampak tak permainannya? Kes tersebut juga terus menjadi misteri sehingga ke hari ini. Hikhik. *Misteri laaaaa sangat! :p

Korang pernah tertukar atau hilang selipar di masjid tak? Aku pernah! Tak terkira. Ada sekali tue, aku pakai selipar jepun jenama Tat Sing jewww pun, itu pun boleh hilang! Misteri 1 dan 2, dua-dua aku pernah alami. Nasib baik aku balik rumah naik motor dengan Ayah, kalau tidak? Boleh buat rawatan refleksologi, berkaki ayam jalan atas tar.

Sebenarnya hari tue lepas solat terawih, ada sorang abang dan pakcik nie hilang selipar. Dorang dah cari keliling masjid tapi tak jumpa. Kesian. Tak tahu apa kesudahannya sebab aku dah balik dulu. Lepas nie pergi masjid kena pakai terompah. Kihkih. :D

Allah tidak pernah mengambil sesuatu daripada kita kecuali Dia menggantinya
dengan sesuatu yang lebih baik. Tetapi, kita perlu bersabar dan tetap redha
dengan segala ketetapanNya. :)

44 comments:

  1. pelik2..kadang selipar pun menjadi pujaan hati kan..nbelum lagi orang datang pakai kasut camel.. memang aim dulu laa..hehe
    adik akk pernah hilang kasut cantik kat msjid.kasut tu kebetulan dia pkai pergi belajar.last2 balik pnjam selipar masjid dulu..sian dia..
    kena curi masa pergi sembahyang jumaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selipar jepun pun orang boleh curi, apatah lagi kasut Camel. Silap-silap berebut yang nak! Hehehe! :D Kesian dia, lain kali pergi masjid pakai selipar jek.

      Delete
  2. Replies
    1. Tertukar pastue pulangkan balik, takpe lah. :D

      Delete
  3. Mmg penah alami hal mcm ni. Tapi masa sembahyang jumaat. Berkaki ayam la kiranya, menapak ker tmpt letak kereta. Panas plak tuh...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaki panas, hati pun panas jugak. Hahaha! :D

      Delete
  4. aku guna kasut tumit tinggi @ kasut baji yang tinggi...agak-agak ada orang nak cuti tak...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau itu lagi berebut orang nak curi kot. Hehehe! :D

      Delete
  5. apa salahnya buat rawatan refleksologi sekali sekala, hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut bila orang tengok, orang ingat Arol nie gila pulak. :D

      Delete
  6. salam Arol,kes hilang selipar kat masjid bknnya baru..mmg selalu trjadi.Bkn jer selipar..kasut kulit pon hilang gak!Pernah trjadi ngan HB k.atie..
    Bkn kat tpt kita jer...kat Mekah pon sama gak,selalu hilang selipar.Redho je lah...
    Slmt berbuka puasa Arol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. Janganlah pakai kasut mahal kalau pergi masjid, berisiko hilang. Hehehe! :D Kalau tak silap kat Mekah, kita kena anggap "ada orang pinjam". Tak boleh cakap kena curi. :)

      Delete
  7. kadang2x tensen pulakk selipar ilang lagi2x kalo ddk asrama..tula satunya selipar kita pakai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya selipar penting, kita nak guna waktu berjalan. So bila selipar hilang memang rasa geram jek. :D

      Delete
  8. saya pernah alami misteri 1 tu...stress!!huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah stress, pergi masjid pakai selipar baru tapi bila balik, selipar dah jadi buruk. Hehehe! :D

      Delete
  9. pernah ! Masa itu dekat masjid ada tazkirah. Menangis berkaki ayam cari selipar tu. dah lah selipar kesayangan. at last , redha je la. takde rezeki nk pkai slipar tu lagi :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah cari tapi tak jumpa, memang kena redha. Mungkin Allah nak ganti dengan sesuatu yang lebih baik. :)

      Delete
  10. aku slalu pakai slipar yang paling buruk...mesti orang x amik...kesian kot orang yang amik slipar tuh nampak ngam kat kaki dye trusss pakai...heheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak! Selipar buruk sebelah mata pun orang tak pandang. :D

      Delete
  11. tadi baru hilang selipar, balik terawih kaki ayam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian acik. Nasib baik solat terawih, kalau solat Jumaat? Panas lah kaki. :D

      Delete
  12. pergi pakai selipar sebelah lain-lain. mmg tak ada org nak ambik sebab bukan sepasang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha! Idea yang menarik tapi belum berani nak buat lagi. :DD

      Delete
    2. hahaha terbaiklah sius momoy..nanti kak lea surh hubby buat macam tu.kalau tak dicop mereng,dicop rabun warna hahahahaha....

      Delete
    3. Entah-entah hubby kak Lea lebih sanggup berkaki ayam daripada pakai selipar sebelah lain-lain. Hehehe! :DD

      Delete
  13. haha..fizi pernah hilang selipo dlu la..silap jg pakai selipo mahal..habis je solat jumaat..terus hilang..lepas pd peristiwa tu pakai selipo buruk je p masjid...hempeh tol penyangak..kat masjid pon jadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai selipar mahal atau baru memang berisiko untuk hilang. Dah nama pun penyangak, mana-mana pun boleh mencuri. :D

      Delete
  14. Replies
    1. Kena pandai pilih tempat strategik untuk letak selipar. :D

      Delete
  15. hahaha..boleh tahan ek entry ni.iman sllu hilang kasut time g kenduri mana2 bila part kena msuk umah nk salam dgn tuan umah.bila kuaq amek kaw kesan pon xd.last2 rembat ksut org lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah betul! Ini pun selalu terjadi jugak. Mak Arol selalu kena, jenuh lah mencari siapa yang terpakai kasut mak. Hehehe! :D

      Delete
  16. betul tu.. bersabar dan redha sahaja.. insya-Allah akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah. Lepas dah berusaha cari tapi tak jumpa, kena fikir positif. :)

      Delete
  17. hahaha..cerita pasal selipar kena curi bnyk ragamnya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul! Femes jugak kes curi selipar nie. Hehehe! :D

      Delete
  18. selalu sgt kes hilang selipar kat masjid kan..kena pakai selipar buruklah.kalau pakai yg baru mmg kebarangkalian hilang tu tinggi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun! Sekarang Arol pakai selipar buruk jek, asalkan selesa pakai. :)

      Delete
  19. hehe, kenapa x kasi je selipar kamu dekat makcik tu? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab makcik tue tak hilang selipar. Yang hilang selipar ialah pakcik dan abang. Hehehe! :DD

      Delete
  20. owh kalau orang pompuan jarang terkena macam ni...selalu lelaki menjadi mangsa he3...

    hubby kak lea pun pernah jugak hilang selipar.baru je beli.pelik jugak takda pulak selipar lain yang tertinggal.tapi hubby gelak2..dia kata takpelah dah rezeki orang tu,redha jelah..Allah nak uji.kalau sabar dapatlah pahala :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah, lelaki yang selalu hilang selipar. Hubby kak Lea kena Misteri 2 tue. Arol pun pelik, kalau tertukar mesti ada selipar yang tinggal tapi takde. Betul tue! Insyallah, Allah akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik. :)

      Delete
  21. Wasalam.. salam Ramadhan juga buat arol.. haha.. gelak akak baca entry arol nie, lama tak kesini bila kesini je terus gelak. :) misteri seliper hilang nie memang selalu jadi kan? akak pun pernah kena baru2 nie.. nasib naik kereta. Lepas tu akak pakai seliper yang comot dengan kesan cat tak ada pulak nak hilang. ciss.. haha. suka mutiara kata last tu ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tueee diaaa, kak Aida dah muncul! Yup, memang selalu jadi. Selipar comot tue sebelah mata pun orang tak pandang kot. Hahaha! :D

      Delete