Assalamualaikum. Semoga teman-teman blogger yang disayangi berada dalam keadaan sihat sejahtera. Tujuan saya menaip entri ini ialah untuk menceritakan apa yang telah berlaku pada 24 Julai 2013. Eh? Macam tulis karangan surat tidak rasmi pulak. Kihkih. Rindu sekolah. Eh?
Insyallah, tak lama lagi aku akan sambung belajar. Boleh baca entri ini. Jadi, macam-macam urusan yang aku kena setelkan. Semalam dari 9 pagi sampai 2.30 petang, aku setelkan mana yang termampu dulu. Alhamdulillah. Selesai beberapa perkara penting.
Mula-mula pergi Bank Islam, tunaikan cek Nuffnang. Lepas tue buat kad ATM. Pakcik pegawai bank tue peramah sangat, macam-macam dia tanya. Rasa macam interview pulak. Teringat interview UUM hari tue. Soalan cepu mas daripada pakcik tue, "Nak belajar jauh nie, tak nangis ke?". Aku jawab, "Nanti dulu. Belum lagi." Semua orang dok bahan macam aku nak belajar kat oversea jek. Kahkah! Lepas tue, aku pergi UTC sebab nak buat akaun SSPN. Lepas tue, pergi BSN beli nombor pin PTPTN. Lepas tue pergi pejabat pos, kemaskini buku bank. Saje nak tengok duit pidato aku dah masuk ke belum. Lepas tue, three! K tak lawak.
Boring pulak cerita pasal tue semua. Tukar topik. Semalam buka puasa, Mak dan Along masak laksa. Sedappp! Salah satu makanan kegemaran aku. Aku suruh Along buat karipap sardin, tapi dia beli karipap frozen kat Mydin. Tak kisah lah, janji karipap sardin. Nasib baik sedap! Korang buka puasa makan apa semalam? :)
Life is like a roller coaster. It has its ups and downs.
But it's your choice to scream or enjoy the ride. ^^
wahhh semangat padu nak sambung belajar ni hehe tak leh tahan tengok segala buku ada...
ReplyDeletesemoga arol berjaya nanti ye :)
Mestilah semangat supaya dapat buang segala nervous. Insyallah, aamiin. :)
Deletestudy dgn gigih ye..byk nau bku bank tu ha .. ahahahaha
ReplyDeleteInsyallah. Itulah pasal, bajet macam banyak sangat jek duit. Hahaha! :D
Deletetahniah dapat sambung belajar.. semalam berbuka makan bihun sup..
ReplyDeleteTerima kasih, kak! :) Sedapnya! Nak request kat mak lah.
Deleteohh suka makan laksa jugak? wahh geng! :DD
ReplyDeleteSuka suka! Yeah, kita boleh geng! :D
Deletethaniah dapat sambung belajar..:)dpt bljr kat ner tuh..
ReplyDeleteTerima kasih! :D
Deletefuther kat mana arol?
ReplyDeleteAkan diberitahu kelak. :D
Deletehai...nak sambung degree ke dik?
ReplyDeleteHai! Yup, insyallah bulan 9 nie. :)
Deletemacam karangan jer...tapi tak per...akak buka bubur lambuk jer...org masjid bagi....ko tinggal mana dik...?
ReplyDeleteRindu nak buat karangan BM. Hehehe! Sedap jugak bubur lambuk tapi tak minat sangat. Melaka mariii! :D
Deleteselamat menempuh alam baru. skrg ini pun kita tgh sibuk buat permohonan matriks.
ReplyDeleteBuat pilihan betul-betul. Semoga berjaya! :)
Deletehah menipu jelah words kat atas tu hah...blog suam2 kuku?meh cubit sikit telinga tu he3..blog ni femes tuuuuu ^^
ReplyDeleteMemang suam-suam kuku pun, kak Lea. Jarang update! :D
DeleteAgak r, mmmg busy nak uruskan sume benda nie. Tp dulu Teena slalu kena marah sbb amik remeh benda nie. Yelah org tak nak masuk U tu, tp....
ReplyDeleteTakpelah, skang dah nak habis pun. Gud luck ye!
Betul tue! Nak uruskan hal masuk U, nak raya lagi. Hehehe! Takpe, dah rezeki Teena kat situ. Ada hikmahnya. Terima kasih! :D
DeleteALHAMDULILLAH, dapat sambung belajar..ALL THE BEST, .bukan senang nak sambung belajar. Ada masalah boleh berkongsi sama..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih, bro Bahrain! :) Insyallah.
Deletetahniah:)
ReplyDeleteTerima kasih! :)
DeleteAlhamdulilah da setel ye bab ptptn..smuge bjaya dlm study nnti k :)
ReplyDeleteYup, lega sikit bila dah setel! Terima kasih, kak! :D
Deletegood luck...done follow...follow blk k.TQVM
ReplyDeleteTerima kasih! :)
DeleteFuyoo.. ingatkan Arol buat persiapan raya, rupanya persiapan sambung blajar.... Syokkk gila. Good Luck yaw!! :)
ReplyDeleteHahaha! Mana ada syok, pening kepala ada lah. Terima kasih, Azwa! :D
Deleteinterview kt uum ke ?tmpt akk blaja tuh ..hee ..medsi eh ?
ReplyDeleteUUM Kuala Lumpur bukan Sintok, kak. Tak lah, bukan medsi. :)
DeleteHai, terima kasih sudi datang sini! :)
ReplyDeleteNak masuk 'dunia baru', sure banyak benda kena uruskan.. Good Luck k..
ReplyDeletePening kepala nak uruskan macam2. Alhamdulillah, semua dah selesai. :)
Delete