12 June 2014

Hidup Tidak Selalunya Indah

Assalamualaikum. Hai semua! ^^

mutiara kata, kata hikmah, kata semangat

Hidup tidak selalunya indah. Kita sangka panas sampai ke petang tetapi rupanya hujan di tengahari. Ketika kita sedang bergembira, tiba-tiba Allah beri ujian. Sekelip mata kegembiraan itu hilang dan diganti pula dengan air mata duka penuh penyesalan. Begitulah aturan Allah.

Saat-saat gementar nak hadapi peperiksaan akhir semester dua, datang pula ujian yang tidak pernah diundang. Sampai terganggu fokus nak belajar. Tambah pula aku seorang diri di Pulau Pinang tanpa keluarga yang selalu menjadi sumber kekuatan, semakin bertambah cabaran.

Jalan penyelesaiannya ialah aku kena kuat sebab aku dah tiada pilihan lain. You never know how strong you are until being strong is the only choice you have. Bibir tersenyum tapi hati menangis. Ececeh! By the way, wish me luck on final exams! :)

Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar untuk ketawa. Adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya nilai air mata.

30 comments:

  1. yup betul tu...be strong Arol! u can do it :)

    ReplyDelete
  2. gud luck 4 final exam..same la kita..kna la trus kuat..semua pun rsa brjauhan dgn fmili..timm lgi jauh kt srawak..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Timm! Mahu atau tidak, tetap kena kuat jugak! :D

      Delete
  3. Kekal tabah,ingat walau tiada sesiapa disisi kita tetapi jangan lupa ada Yang Satu...sentiasa :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tue, In! Dia sentiasa ada bersama kita walau dalam apa situasi. :)

      Delete
  4. ada ujian baru best hidup kita ni kan... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujian menjadikan diri kita lebih kuat untuk terus melangkah. :)

      Delete
  5. betol2 ! be strong ya arol ! kuatkan semangat.. ~ btw goodluck final exam neh ! (^,^)v

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah, tengah kumpul semangat nie. Terima kasih, Leen! :D

      Delete
    2. *thumbs up ! sama-sama arol .. ~ (^^,)v

      Delete
  6. pergh ayat~
    huhu.
    best of luck bro arol :D
    inshaallah ok lah final nanti ok!!! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang sastera kannn! Hahaha. Terima kasih, Qila! :D

      Delete
  7. Ilek bro..think +ve. Kalau duk telan je benda tak best sampai bila pun duk lekat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tue! Hidup perlu diteruskan jugak. Kena move on. :)

      Delete
  8. Stay strong k. Ingat satu je, ALLAH takkan bagi membebani kita dgn ujian melainkan Allah tahu kita mampu hadapinya. Kamu kuat, sebab tu Allah pilih kamu untuk ujian ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, memang selalu ingat kata-kata tue! Ujian hebat untuk orang yang hebat. :)

      Delete
  9. Salam Arol ..Kak Lya singgah balas kunjungan ke sini ...
    Walaupon hidup tidak selalunya indah tapi hidup kita ni kita kena teruskan ...
    Akak nak ucapkan selamat berjaya dalam exam nanti ..Good Luck Arol ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. Yup, life must go on! Terima kasih, kak Lya! :D

      Delete
  10. Moga Arol sentiasa tabah dan redha dengan ujian daripada-Nya. Kuatkan semangat.. Moga beroleh kecemerlangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah. Masih mengumpul semangat lagi. Terima kasih! :D

      Delete
  11. Ujian dugaan halangan mengajar kita untuk terus dewasa di dunia ini.
    Arol study di Penang ka?
    DI mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, betul tue! Ujian mematangkan diri kita dan jadikan diri kita lebih kuat. Arol study di USM Penang. :)

      Delete
  12. Kena kuat walau apa pun terjadi. be strong enough :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup! Strong is the only choice I have. :)

      Delete
  13. Menangis tu bagus untuk melegakan perasaan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tue, CN! Memang rasa lega sikit selepas menangis. :)

      Delete