17 June 2014

Menghargai Sebuah Persahabatan

Assalamualaikum. Hai semua! Persahabatan ibarat sekotak pensel warna kerana setiap batang pensel tersebut mempunyai warna yang berbeza. Ada warna hijau, biru, kuning, merah dan lain-lain. Walaupun warna mereka berbeza tetapi apabila disatukan, sebuah pelangi yang indah akan terhasil. Faham tak apa yang aku nak sampaikan?

Sebenarnya nak tunjuk yang nie jek. Pesanan untuk diri sendiri dan renungan bersama. :)


mutiara kata, hafiz hamidun, sahabat

Menghargai persahabatan tidak perlu dengan wang ringgit.
Ingatan di saat kesusahan dan kesenangan, itulah yang diinginkan.


Setuju tak? Aku setuju. Aku tak mengharap pun wang ringgit daripada kawan-kawan sebab duit PTPTN aku pun sudah cukup untuk menampung hidup aku di universiti. Hikhik. Aku cuma nak korang ada bersama sewaktu aku susah dan senang. Aku jugak sentiasa berusaha untuk lakukan begitu. Tetapi kadang-kadang kita kena hargai persahabatan dengan wang ringgit jugak. Sebagai contoh, belanja kawan makan sebab dia dah bantu kita buat assignment. :p

Suka yang nie haaa! "Bila kita senang atau berjaya, kawan-kawan kenal siapa kita. Bila kita susah atau terjatuh, kita kenal siapa kawan kita." Kan?

A true friend is someone who never gets tired of listening to your
pointless dramas over and over again. Hahaha! :D

P/S: Kepercayaan Ibarat Kertas, Pemadam, Cermin & Coklat! Sudah baca ke belum?


16 comments:

  1. jln sini arol...susah nak jumpa kawan sejati sekarang ni. siapa yg ada sungguh bertuah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tue, kak! Beruntung kalau ada kawan sejati. :)

      Delete
  2. hehe .. suka perumpamaan atas tuh.. persahabatan ibarat pensel warna. ~ betul2~ :) kita cuma mengharapkan sahabat yang sentiasa ada bersama waktu suka, mahupun duka. kekadang, waktu gelak tawa, bersama orang lain, tapi, bila susah, sedih, orang lain yang menghampiri kita.

    # time tuh lah, baru kita kenal erti persahabatan yang sebenar :') #

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan Leen! Waktu senang dan susah selalu bersama dengan orang yang lain. Dari situ kita kenal siapa kawan kita. :)

      Delete
  3. Yup, don't take anyone for granted. Hargai kawan-kawan sementara ada. bukan kawan-kawan je, keluarga jua. hikss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keluarga memang sentiasa hargai sebab mereka sahabat sejati sejak kecil sampai sekarang. :)

      Delete
  4. bukan mudah nak cari sahabat sejati dikala susah dan senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, betul! Kalau dah jumpa, kena jaga baik-baik. :)

      Delete
  5. Salam Arol...Terima kasih singgah ke blog suam kuku kak atie tu yer.Sgt menghargainya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. Sama-sama, kak Atie! Hehe. :D

      Delete
  6. ;) susah nak cari sahabat yg brsma2 sush dgn kita..klau yg brsenang2 rmai..uhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tue, Timm! Ada tapi tak seramai yang bersama waktu senang. :D

      Delete
  7. True Indeed :) barulah namanya persahabatan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah! Susah dan senang diharungi bersama. :)

      Delete
  8. Persahabatan yang sempurna tak mengharapkan wang ringgit semata2 ..Persahabatan yg sempurna adalah pabila dua insan menghargai kehadiran masing2 dalam saat susah juga senang .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tue, kak Lya! Kehadiran antara satu sama lain waktu jatuh dan bangun lebih berharga daripada segala-galanya. :)

      Delete