20 June 2014

Cerita Santai #3 : Jangan Berputus Asa!

Assalamualaikum. Hai semua! Semalam memang aku rasa down sangat bila tengok markah kerja kursus untuk salah satu subjek major. Teruk tahap melampau! Rasa macam nak hantuk kepala sendiri ke dinding, kenapa bodoh belum pandai lagi nie? Kawan-kawan lain semua dapat markah yang tinggi. Kerja kursus nie 70% pulak tue! Tak nak salahkan sesiapa kecuali diri sendiri. Sangat kecewa dengan diri sendiri. Sobs sobs! *kesat air mata*


kata semangat, mutiara kata, ujian Allah

Mungkin Allah tengah uji sama ada aku layak atau tidak dapat pointer tinggi. :)


Biarkan perkara yang sudah lepas. Apa boleh buat selain daripada redha kan? Petang nie aku ada exam subjek major yang kerja kursus dapat markah teruk tue. Insyallah, aku akan cuba buat yang terbaik untuk baki markah 30%. Ramai yang dah tarik beg balik rumah tetapi aku baru nak jawab kertas yang ketiga petang nie dan ada tiga kertas lagi sedang menanti minggu hadapan! Berderet pulak tue. Esok dan lusa kena pulun study tiga subjek! T___T


Takpe, yang penting tiket bas dah beli. Yeay, malam nie boleh kemas barang! Hahaha!

Apabila kita redha dengan sesuatu yang mengecewakan hati kita,
maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan
sesuatu yang tidak dijangka. Insyallah. :)


39 comments:

  1. Salam Jumaat Arol!!! Dalam hidup ni kita jangan pernah berputus asa!!! Apa pun kita perlu teruskan berusaha dan teruskan kehidupan... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ahad, kak Farah! Terima kasih beri kata-kata semangat! :D

      Delete
  2. alala, sabar je..gud luck utk final exam yer..

    ReplyDelete
  3. sob.sob.nk nangis jugak la..nice sharing..kata2 tu..i likeee...salam jumaat.. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Nah! *hulur tisu* Salam Ahad. :D

      Delete
  4. betul..jangan stress2..hikmah disebalik ujian tu y penting..

    All the best for the exam..~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah, ada hikmah yang menggembirakan di sebaliknya. Thanks, Ai Syah! :D

      Delete
  5. Salam Jumaat Arol... Betul Arol, jangan putus asa yer :)

    ReplyDelete
  6. sabar Arol...dugaan belajar memang macam tu.chaiyok!
    p/s: awal beli ? tiket raya ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, kak! Tiket nak balik cuti semester. :D

      Delete
  7. Rilek sudey.. hehe. Jalan je apa yang ada di depan.. redha buatkan hati bahagia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Selagi tak redha, selagi tue lah hati tak tenang. :)

      Delete
  8. Replies
    1. Insyallah, untuk paper yang tinggal dan semester seterusnya. :)

      Delete
  9. Good Luck Arol . Jangan putus asa tau . Do your best . Jangan lupa doa dulu ye . And welcome home nanti .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Nik! Insyallah. Tak sabar nak balik rumah! :D

      Delete
  10. salam.. jgn mdah ptus asa... inshaa Allah ada sbb knpa Allah bgi ujian mcm tu... :)
    btw ni la kan kawan safiah aka norsa.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. Betul! Insyallah, ada hikmah yang manis Allah nak bagi. Ha'ah, kawan tingkatan 6! :D

      Delete
  11. Go for itttt ! Jangan putus harapan ya Allah sedang menguji :) Doa doa doa ^^, Allah yuftah alaikum! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah usaha, hanya tinggal berdoa dan tawakal. Terima kasih, In! :D Yeay! Belajar ayat baru hari nie, Allah yuftah alaikum. :)

      Delete
  12. good luck!
    salam singgah :)
    www,irrayyan.com

    ReplyDelete
  13. doakan yang terbaik sahaja. Semoga dipermudahkan urusan menjawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, hanya mampu berdoa jek sekarang. Insyallah, aamiin. :)

      Delete
  14. Semoga dipermudahkan ..Doakan yang baik2 ..InsyaAllah yg datang nnt pasti yg baik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harapnya begitulah, kak Lya. Insyallah, aamiin. :)

      Delete
  15. subjek apa?

    HBT 106 Asas Pengajian Penterjemahan
    HBT 111 Mendengar dan Bertutur
    HBT 113 Bahasa dan Berbahasa

    ReplyDelete
  16. Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. Terima kasih sudi singgah sini! :)

      Delete