Assalamualaikum. Hai semua! Tiba-tiba rajin pulak aku update blog hari Ahad. Mungkin sebab hari nie merupakan hari Ahad terakhir aku berada di Pulau Pinang sebelum pulang ke Selatan. Yeay, cuti semester selama 2 bulan! Puasa, raya pastue homesick (bila cuti dah habis).
Baru siap kemas 35%. Leka dengar lagu raya jek! :D
Hari nie jugak merupakan hari Ahad terakhir boleh makan tengahari sebab minggu depan dah 1 Ramadan. Erk? Perangai macam budak-budak. Hahaha! Apa pun, semoga kita semua masih berpeluang untuk bertemu dengan bulan Ramadan pada tahun nie. Insyallah. 6 hari lagi. :)
Bila dengar bunyi roda bagasi, bila nampak budak tarik beg sambil bawa banyak barang dan bila baca status "Yeay, cuti dah bermula!" kat Facebook, hilang mood study aku. Haha! Takpe, minggu depan aku tengah bergolek-golek kat rumah waktu macam nie.
Hidup penuh dengan pilihan. Apa yang kamu pilih pada hari ini
akan menentukan masa depanmu. (^.^)y
Hamboi . Heheheh selamat pulang ye Arol . Kirim salam pada kucing kat rumah . Hehehehe tak abis lagi isu kucing .
ReplyDeleteInsyallah. Bagus lah tue, Nik. Cerita pasal kucing kat blog nanti lama-lama mana tahu boleh suka kat kucing. :D
Deletehehe, esok timm nak g pos segala mak nenek brg..pasni xdtg sini lgi dah! yeay! hopefully..
ReplyDeleteWah, seronoknya dah grad! Tempuh alam pekerjaan pulak selepas nie. :D
Deletewaaa..seronok nmpk..selmt myambut pose ya..
ReplyDeleteSeronok nak cuti! Selamat berpuasa jugak. :)
Deletewaaa..seronok nmpk..selmt myambut pose ya..
ReplyDeleteSeronok nak cuti! Selamat berpuasa jugak. :)
DeleteRamadhan seminggu lg dah dengar lagu raya ... eksaitednya hehehe
ReplyDeleteSaje nak bagi mood kemas barang dan rajin study, kak Mia. Hehehe! :D
Deletebila time hari dah nak balik kg, time tulah nak study naik malas. hahaha
ReplyDeleteSetuju! Tambah pulak, tengok orang lain ramai dah balik. :D
DeleteTahu takpe, dulu masa kat kampus kemas beg nak balik raya sambil dengar lagu raya. Dalam bus pun dengar lagu raya.. Btw, dulu skola kt smkdhtk ke?
ReplyDeleteWaktu tue mesti lagi excited sebab dah dekat nak raya. Yup! Dulu sekolah kat SMKDHTK masa tingkatan 6. :D
DeleteOh, mase lower form sy skola kat situ gak. Pastu pindah dah. Same batch dgn asiyah & k.dayana ke?
DeleteYeah! Satu kelas dengan Asiyah dan kak Dayana. :D
DeleteTeringat zaman belajar dulu2. Org semua da balik kg, kita paper xhabis lagi...jom singgah www.irrayyan.com
ReplyDeleteMasa tue rasa cemburu dan hilang sikit mood study. Hahaha! :D
Deletegudluck & happy holiday!
ReplyDeleteTerima kasih, cik Asma! :D
DeleteSeronknyerr siap dgr lagu raya tu ..
ReplyDeleteBila dengar lagu raya baru rasa bersemangat sikit. :D
Deleteselamat berpuasa arol!!lama ke cuti?
ReplyDeleteSelamat berpuasa jugak, kak Salbiah! Cuti 2 bulan lebih. :)
Deletememang raya dan sambut merdeka sekalilah...perangai budak-budak tu ertinya Arol ni santai dan gila-gila.Petua awek muda tu...
ReplyDeleteYup! Gila-gila jugak lah sampai orang sekeliling pun boleh jadi gila kalau layan Arol. Hehehe! :D
DeleteMoga kita berkesempatan untuk menyambut Ramadhan yang bakal tiba...
ReplyDeleteInsyallah, harapnya begitulah. :)
Deletebersusah susah dulu arol. bersenang-senang kemudian
ReplyDeleteBetul tue! Tak sabar nak bersenang-senang. :D
Deleterindunya nk rasa suasana balik cuti..org pertama kemas brg mesti niesa..kihkih..
ReplyDeleteselamat bercuti arol..
Arol selalu kemas barang lambat sikit. Kalau awal sangat nanti dah malas nak study, asyik ingat nak balik jek. :D
Deletemak ai...dah dengar lagu raya??? ehehehe..selamat menyambut ramadhan Arol...jgn ponteng pose k..
ReplyDeleteSaje dengar dengan kawan-kawan. Konon nak bagi semangat study. Hehe! Selamat menyambut bulan Ramadan jugak, kak Noe. :D
Delete