18 June 2014

Sebaik-baik Menantu Ialah...

Assalamualaikum. Hai semua! Sejak beberapa hari nie aku online Facebook, selalu ternampak kawan-kawan post satu gambar. Bukan gambar selfie tetapi gambar tulisan. Quote picture tahu tak? Macam dalam entri nie haa. Rasanya semua orang tahu.

Gambar tue tertulis, Sebaik-baik menantu adalah orang *nama negeri*. Sebagai contoh, "Sebaik-baik menantu ialah orang negeri Melaka". Itu contoh. Masing-masing tak nak kalah. Semua orang rasa negeri mereka yang menghasilkan menantu terbaik. Kiranya untung mak mertua kalau dapat mereka sebagai menantu. Hehehe.

Tetapi walau macam mana pun, aku rasa ini yang terbaik! :)


USM, quote

Sebaik-baik menantu ialah mahasiswa/i USM. (^.^)y


Hahahaha! Harap maklum, itu bukan aku yang buat yeah. Credit to I don't know who is she tetapi yang pastinya dia budak USM. Tetapi kenapa muka teddy bear tue sedih? Macam tidak bersetuju dengan kenyataan di atas jek. Ouh terlupa! Sekarang tengah final exam week, muka penat study. Bagus mahasiswa/i USM nie rajin study! Boleh buat menantu! :D

Just for fun! Don't take it seriously. Semua orang boleh jadi menantu yang terbaik! ;)

In this world, there is always people who are better than you. Stop comparing yourself with others and just be the best you can be.

35 comments:

  1. ada jugak orang buat penilaian melalui negeri kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah. Ada sesetengah orang tak nak menantu dari negeri lain. :D

      Delete
  2. sebaik baik menantu adalah budak uitm...hahaha.. nak jugak..tak mau kalah...kehkehkeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak UiTM pun boleh! Masing-masing nak buktikan mereka yang terbaik. :D

      Delete
  3. siswa/siswi USM mesti setuju sangat2 :)

    ReplyDelete
  4. hehe..harap-harap la bakal mak mentua akak baca ni. ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Makcik-makcik nampak confirm berebut nak akak jadi menantu. :D

      Delete
  5. Good luck. yeay esok dah boleh balik :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Miela! :) Ada 3 paper lagiii. T.T

      Delete
  6. haha..aduhai.. rugi la x study kat USM!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sempat lagi kalau nak sambung study kat USM. Hahaha! :D

      Delete
  7. Assalamualaikum Pencinta Kucing . Hahaha kena cari siswa USM lah ni macam ni . Hahaha . Btw Arol pun exam ke ? Kalau ye , good luck . Nanti Nik bagi hadiah kucing tapi Arol bayarkan . :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. Hai penakut kucing! Hehe. Cari cepat sebab siswa USM tak ramai, limited edition. Hahaha! Yup, tengah exam. Terima kasih, Nik! :D

      Delete
  8. Study di USM rupanya arol. dekat dgn umah saya ja. Tapi takla dekat sangat. hehe
    Saya budak UiTM tak rajin study ka hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ajak pergi ronda-ronda Penang nanti! Budak UiTM pun rajin study jugak. Hehehe! :D

      Delete
  9. Good luck! :) hahaha..USM je ke??..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Azwa! Ha'ah, USM jek. Hahaha! :D

      Delete
  10. eh3m famous pulak meme ni..versi unimas pun ada..timm dah habes final exam! x sabaq nak balik semenanjung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Versi Unimas tak tengok lagi, UMS dah. Bestnya! Ada 3 paper lagi. T.T

      Delete
  11. Replies
    1. USM only! Hahaha! Mungkin Zumal boleh buat sendiri. :D

      Delete
  12. Hahahaha.. Sebaik2 menantu adalah yang tinggal di melaka dan yang mahasiswa/i UMS, Sabah. Hahaha..


    Siapa nak disayang dan bertambah sayang?? Jom tengok Sini.. Dunwurri, bukan spam. Hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melaka tue setujuuuuu! Arol orang Melaka jugak. Hahaha! :D

      Delete
  13. hehehe..mcm2 lah..sebaik2 menantu ialahh..........sila sambung..hee.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebaik-baik menantu ialah seorang blogger. Eh? :D

      Delete
  14. xleh jadi menantu laa aku aku mengaji xpandaii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah jodoh, bukan kira mengaji pandai atau tidak. :D

      Delete
  15. cewahhh nak jugak gitu ye..semuanya adalah sebaik baik ciptaan Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tue, kak Fiza! Setiap orang boleh jadi menantu yang terbaik. :D

      Delete
  16. Ya! Itulah ciri menantu yang terbaik sebenarnya. :)

    ReplyDelete
  17. Sebaik2 menantu adalah insan yang reti menghormati org lain dan sentiasa menjaga hati dan perasaan org lain ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tue, kak Lya! Macam tue baru keluarga mertua sayang. :)

      Delete
  18. Replies
    1. Sekadar untuk suka-suka, kak Mimie. Hehe! :D

      Delete