16 June 2014

Aktiviti Popular Masa Baru Mula Blogging

memories, quotes, memories remain

Assalamualaikum. Hai semua! Ketika zaman baru mula blogging dulu, aktiviti nie popular jugak. Kot. Tak pasti nak kategorikan sebagai aktiviti ke atau apa yang lebih sesuai. Aku selalu jugak terbabit dalam aktiviti nie dan aku rasa seronok sekiranya dibabitkan dalam aktiviti nie. Saje untuk suka-suka! Di samping tue, dapat jugak buat modal untuk update blog sewaktu takde idea. Apa benda sebenarnya nie? Aku pun tak pasti apa motif buat ayat pendahuluan panjang lebar sedangkan boleh jek kalau aku straight to the point. Okay, next paragraph.

Tadaaa! TAG. Itu jek sebenarnya. Hahaha! Dulu masa mula blogging, memang selalu main tag tag nie atau pun bagi award kat rakan-rakan blogger. Masa tue seronok jugak kalau kena tag! Macam-macam soalan dorang beri dan suruh kita jawab. Tidak lama selepas tue, aku tengok dah semakin kurang aktiviti tag nie. Tiba-tiba sekarang nie aku selalu nampak blogger post entri pasal Liebster Award pulak. Sebenarnya, tujuan utama entri nie ialah aku nak jawab soalan-soalan daripada Nik. Terima kasih ya Nik kerana tag Arol! :)


liebster, award, liebster award
Apa itu Liebster Award? Boleh rujuk kat sini.


Berikut merupakan soalan-soalan daripada Nik.

• Satu perkataan yang menggambarkan diri anda. [explain]
Fikir sekejap. Mungkin... Ceria. Maksudnya suka senyum dan ketawa. Kadang-kadang bila ada masalah pun, aku masih mampu senyum dan ketawa. Rasanya aku pernah cerita pasal tue dalam entri nie. Tetapi kalau dalam situasi macam nie, haa yang itu memang aku tak mampu. Memang takkan nampak aku senyum apatah lagi ketawa.

• Satu perkataan yang menggambarkan blog anda. [explain]
Pada pendapat aku, blog suam-suam kuku Arol Mubin nie... Kemas! Mungkin bagi orang lain nampak serabut. Ikut pandangan mata masing-masing. Mengimbau kembali kenangan tahun 2011, blog aku pernah terpilih sebagai Top 10 Contest Blog Terkemas daripada 1000 blog yang join. Setakat tue jelah aku mampu sebab pemilihan Top 3 berdasarkan undian blogger. Masa tue aku tak famous. Takde siapa nak undi. Eh? Sekarang pun tak famous jugak.

• 5 benda yang wajib anda bawa bila keluar dari rumah.
Telefon bimbit, jam tangan, kad pengenalan, lesen memandu dan duit.

• 5 orang sahabat yang paling anda sayang. [kalau lebih pun tak ada masalah]
Mak, Ayah, Along, Angah dan kucing-kucing. Merekalah sahabat sejati sentiasa di hati.

• 5 masalah tentang diri anda yang tak akan pernah selesai.
Suka bertangguh kerja, suka buat assignment pada saat-saat akhir, nak dapat Anugerah Dekan tetapi kurang rajin belajar, sentiasa kelam-kabut tak tentu pasal dan sangat malas nak update blog. Tetapi insyallah, masalah-masalah tersebut akan selesai. Sedang berusaha!

• Sudah berapa lama menjadi blogger?
Blogging sejak bulan Januari tahun 2010. Jadi, sudah hampir 5 tahun.

• Apa yang best bila jadi salah seorang blogger?
Banyak kelebihan yang kita dapat bila jadi seorang blogger. Antaranya ialah dapat mengasah kemahiran menulis, dapat mempelajari pelbagai ilmu baru dan tak rasa bosan asyik mengadap Facebook jek. Jadi blogger memang best! :D

• Apa pendapat anda tentang blog Nik?
Blog Nik simple dan kemas. Guna blogskin ke? Cuma tulisan kecil sangat. Boleh besarkan sikit tak saiz font? Hehehe! Just my two cents.

• Boleh kasi idea lagu yang sesuai untuk blog Nik?
Kalau takde lagu kat blog rasanya lebih baik. Tetapi takpe lah. Saje nak cadangkan lagu nie, mungkin sesuai untuk blog Nik atau nak dengar bila-bila masa. Klik sini untuk dengar.

• Boleh senyum tak masa jawab soalan Nik?
Memang tersenyum pun masa jawab soalan-soalan di atas sambil teringat kenangan masa baru mula blogging. Betapa pantasnya masa berlalu. :)

• Boleh tak singgah blog kawan-kawan yang tersenarai dan juga blog Encik Ket?
Insyallah, ada masa terluang nanti Arol singgah ya. Hashtag final exam week. :p

Life brings tears, smiles and memories. The tears dry, the smiles fade
but the memories last forever. (^.^)y

26 comments:

  1. salam singgah dan isi tabung

    ReplyDelete
  2. anis pon dh byk kali kena tag..hihi.. semua dh lepas jwb.. soalan kalah exaqm nk jwbnye..huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Itulah pasal. Macam nak jawab exam jek bila buat tag nie. :D

      Delete
  3. tak pernah try lagi tag ni..hrmmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti akak boleh try buat tag macam nie. :)

      Delete
  4. selamat bersegmen. rasanya tiap2 tahun saya kena tag

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masa mula-mula blogging, Arol selalu jugak kena tag. :D

      Delete
  5. salam. 5 tahun berblog..kira otai jugak tu hehehe :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. Tak otai pun, masih suam-suam kuku lagi. :D

      Delete
  6. kena juga, skung dh selesai hutang tag..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selesaikan juga tag nie sebagai tanda penghargaan rakan blogger yang tag kita. :)

      Delete
  7. Tolong rajin sikit buat asssigment..hahaha.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan 9 nanti giliran Azwa pulak start buat assignment. :D

      Delete
  8. As salam. Abe kie pun pernah kena tag liebster ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. Memang tengah femes Liebster Award nie. :)

      Delete
  9. selamat ber liebster award ya. saya pernah di tag. tapi.......tak sempat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arol pun dah lama ditag tapi baru sempat buat semalam. :D

      Delete
  10. Assalamualaikum Arol . Terima kasih sudi jawab tau . Hehehe
    Nik pun rasa blog Arol memang kemas . Sangat kemas . Cool . hehehe . untunglah ada kucing , Nik takut kucing . hahaha terima kasih untuk komennya . Nanti Nik up kan font nya . Hehehe Wah best muzik instrument nie . terima kasih arol ! Salam perkenalan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. Sama-sama, Nik. Salam perkenalan juga daripada Arol. Tak perlu takut sebab kucing kan haiwan yang manja. :D

      Delete
  11. top 10 blog terkemas? wow. tapi seriously, blog neh memang kemas .. tenang je bila singgah, damai jek bila baca entry. eeh, *haha, ke terbalik, tenang damia, whatever .hoho

    haha ! betol2, jadi blogger best! takde lah 24jam ngadap facebook jek, bosan lah jugak, scroll newsfeed yang sama ja. =_= blogger bleh terjah entry lama2 blog lain.hehe

    btw hashtag final week ~ pehh. goodluck yaww arol :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya tak reti nak edit sangat, so edit sederhana supaya nampak kemas jelah. Betul tue, Leen! Bosan asyik baca status Facebook jek. Hehe! Terima kasih, Leen! :D

      Delete
  12. Replies
    1. Betul tue! Teringat zaman baru mula blogging dulu. Kenangan manis! :D

      Delete
  13. Salam Arol ..Kak Lya singgah menabung Mr Nuff ~ ASTRO & KIA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. Terima kasih, kak Lya! :)

      Delete