25 August 2014

Raya Kan Sebulan Uols!

raya, aidilfitri, syawal


Assalamualaikum. Hai semua! Aku tertinggal kereta api, baru nak cerita pasal hari raya Aidilfitri 2014. Well, raya kan sebulan! Hari nie baru 29 Syawal, masih ada sehari lagi hari raya. Namun begitu, mood raya aku dah lama habis sejak minggu kedua Syawal lagi.

Raya tahun nie lebih kurang sama jek macam tahun-tahun lepas. Sederhana tetapi meriah! Cuma raya tahun nie ada beberapa perbezaan sikit. :)

Ahli keluarga baru (dan bakal ahli keluarga baru)
Raya tahun nie ada seorang ahli keluarga baru iaitu abang ipar. Hujung tahun lepas aku pernah cerita pasal majlis perkahwinan kakak aku. Seronok jugak ada abang ipar nie sebab banyak membantu. Sebagai contoh, tolong mop lantai, tolong isi kuih bila balang dah kosong, tolong kemas sama-sama bila tetamu dah balik dan lain-lain. Kepada abang ipar, semoga rajin sampai bila-bila ya! Insyallah, tak lama lagi akan bertambah seorang lagi ahli keluarga baru.

Warna tema baju raya
Setiap tahun keluarga aku memang suka pakai baju raya sedondon, sama warna dan corak. Tetapi tahun nie tak berapa nak sedondon sangat. Sepatutnya warna tema hijau firus iaitu warna tema majlis perkahwinan kakak aku (baju tue baru pakai sekali jek masa kakak aku kahwin), tetapi cancel sebab Mak aku tak sempat nak jahit baju Melayu abang ipar aku. Mak aku kan tukang jahit, baju pelanggan banyak. Maka, warna tema baju raya tahun nie ialah kuning cair iaitu warna tema untuk majlis pernikahan kakak dan abang ipar aku. Baju tue pun kitorang baru pakai sekali jek masa hari pernikahan. Why not berjimat kan? Tak sedondon sangat sebab abang ipar aku pakai baju nikah dia dan kakak aku pakai long dress kuning terang. Kakak aku terpaksa beli long dress baru sebab dia dah berbadan dua. Hihik.

Tahun nie tak dapat nak mintak Mak jahit baju Melayu moden fesyen retisss untuk aku macam baju raya tahun lepas. Insyallah, raya tahun depan aku request sepasang baju Melayu tetapi nak ada 3 warna berlainan. Harap tak nampak macam badut. Haha.

Satu keluarga diserang penyakit berjangkit
Dalam entri nie aku ada beritahu yang keluarga aku cuti bekerja hampir 2 minggu (sepatutnya seminggu jek). Sebabnya kami sekeluarga sakit mata pada hari raya keenam. Nasib baik hari raya kelima kami dah puas jalan raya dari pagi sampai ke malam. Mula-mula cuma aku, Ayah dan Along jek yang sakit mata tetapi sehari selepas tue, Mak, Angah dan abang ipar pulak sakit mata. Adil. Puncanya berjangkit daripada saudara sebelah abang ipar aku. Tetapi sakit mata aku tak teruk sangat dan cepat sembuh. Mungkin sebab mata aku serasi dengan ubat titis farmasi. Yang lain sakit mata teruk - mata merah, nampak bengkak dan rasa pedih. Dah titis ubat klinik dan farmasi pun masih tak sembuh lagi. Sampai kena pergi klinik beberapa kali dan jumpa pakar mata. Alhamdulillah, sekarang kami dah sembuh.

Duit raya (zaman kegemilangan yang sudah berlalu)
Sejak umur aku dah masuk 20an, jumlah pungutan duit raya aku pun dah tak sekencang dulu. Nak menipu cakap aku baru tingkatan 4 pun nanti orang takkan percaya sebab muka dah macam bapak orang. Belum kira lagi orang yang ingat Angah (kakak) aku tue adik aku. Orang dok tanya dia, sekolah lagi ke? Ceh! Dah lebih 10 tahun dia tinggalkan alam persekolahan, makcik. Saya nie haaa anak bongsu, bukan dia.

Kesimpulannya, raya tahun nie best tetapi kenapa rasa macam sekejap sangat jek raya?

Cuti semester pun tinggal beberapa hari jek lagi. Itu yang PAAALINGGG TAK BEST!!!

Bukan bahagia yang membuatkan kita rasa bersyukur,
tetapi dengan bersyukur akan menjadikan hidup kita bahagia.

10 comments:

  1. Replies
    1. Selamat Hari Raya, cik Asma! :D *walaupun dah 2 bulan berlalu.

      Delete
  2. hehe..cmtu yer..udah2 la braya tu,, sila balik ke USM skrang! hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengkinya orang yang dah grad nie. Hehe! :D

      Delete
  3. Ray tahun ni kureng sikit. Kawan2 pun ramai dah kawin jd tak dpt nak kumpul ramai2 macam selalu. Ada pun yg single mingle je yg berkumpul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. So, kena kahwin lah. Nanti boleh beraya rumah mertua. Hehe! :D

      Delete
  4. err err... selamat hari raya, Arol !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya! :D *walaupun dah 2 bulan berlalu.

      Delete