04 November 2013

Entri Pengubat Rindu

oh my god

Assalamualaikum. Hai semua! OMG! Cuba tengok gambar kat atas, dah berapa lama aku tak update blog? Rindu jugak lah nak menaip entri dan baca entri kawan-kawan. Ini pun tak tahu nak cerita apa sebenarnya, tapi nak update jugak entri baru. Mana tahu ada orang yang rindu nak baca blog aku ke. Kesian dorang derita merindu. Kahkahkah! :D

Pada 1 November 2013 yang lalu genap 2 bulan aku bergelar mahasiswa di sebuah universiti tempatan. Dalam masa 2 bulan tue macam-macam situasi aku dah lalui. Setiap saat aku homesick. Eh? Hahaha. Secara jujurnya, aku masih homesick tahap kronik walaupun dah 2 bulan kat situ. Yelah, aku dah duduk rumah 20 tahun. Mana tak homesick. Hikhik. Aku tak kisah sangat kena berdikari, itu okay jek. Paling tak boleh tahan bila rindu bertandang. Rindu mak, ayah, kakak-kakak dan kucing-kucing. Pheww, 'banjir' weh bilik aku! Hahaha.

Sekarang nie tengah cuti midsem seminggu. Tapi assignment berlambak, nak study untuk test. Lagi satu, sekarang tengah sibuk nak buat persiapan untuk majlis perkahwinan kakak aku. Tinggal lagi beberapa hari jek. The feeling bila family tengah sibuk buat persiapan kat rumah, aku berada di universiti. Sobs sobs! Tapi family selalu update persiapan melalui call, whatsapp atau email. Lepas cuti midsem nie, aku akan balik rumah lagi time hari langsung. So sad. Tak dapat jadi full time wedding planner untuk wedding Along.

Inilah lumrah belajar jauh. Takde lah jauh sangat, masih dalam Malaysia tapi jauh jugak bagi aku sebab susah nak balik. Hahaha. Mula-mula dulu ada jugak pertikaikan, "Kenapa aku dapat jauh? Kan best kalau dapat U yang dekat." Tapi perancangan Allah adalah yang terbaik kerana Dia merancang dengan penuh cinta. Bersyukur dapat sambung belajar. :)

Eh? Aku belum bagitahu lagi aku belajar kat mana sekarang. Nanti kalau ada masa terluang, aku post entri khas pasal universiti aku. Cewah! Kemain! Tapi korang boleh tengok jugak kat Facebook dan Twitter aku. Sebab nak tunggu aku post entri tue tak tahu lah zaman bila.

K lah. Nak tengok tv. *Kesian assignment terperap dalam beg. :p

28 comments:

  1. sama macam adik sis oshin...walaupun tak la jauh mana melaka ngan johor tapi tahap rindu dia nak balik uma macam utara dan selatan...hihihi biasalah tak pernah berpisah ngan keluarga :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah dengan Arol tak pernah berpisah dengan keluarga. Bila berpisah, jauh pulak. Haaa, apa lagi homesick lah! :D

      Delete
  2. kesian dia homesick.. hihi
    lama2 ok la tu..
    kitorang pun cuti midsem sekarang..
    selamat bercuti ye.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah okay sikit tapi masih homesick. Hahaha! :D

      Delete
  3. hahahahaha bese la tu...bz bebenor awl2 sem nih..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul! Tambah pulak tak biasa lagi dengan suasana baru. :)

      Delete
  4. jgn lupa siapkan assignment tu ye hehe

    ReplyDelete
  5. sapa saja yg bergelar student pastti lalui...:) apa pun good luck dan salam maal hijrah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, betul! Memang lumrah kehidupan pelajar U. Terima kasih! :)

      Delete
  6. Belajar jauh2 la best, nanti kalau family datang kat univ kita, boleh bawak diorang jalan2 kat tmpat kita. Tapi kalau ada event family macam majlis kahwin tu, sedih jugaklah sebab tak dapat jd wedding planner.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best jugak belajar jauh nie. Bila time cuti, rasa excited sangat nak balik rumah dan dapat rasa 'feel' dia tue. Memang sedih pun bila tak dapat join event family. :'(

      Delete
  7. Assalamualaikum.. Homesick tu kadang-kadang perkara biasa bagi sesiapa yang tidak biasa tinggal di asrama atau berjauhan dari ibu bapa.. Eraz pun pernah alami.. Hehe..

    http://www.erazfadli.com/2013/11/siapa-yang-sudi-beri-link-blog.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. Itulah pasal, first time duduk asrama nie. :D

      Delete
  8. wah..ade yg rindu kat arol ke? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kucing-kucing kat rumah jek yang rindu. Hehehe! :D

      Delete
  9. alah bisa tegal biasa*betultak?* insyaAllah.
    tak sabaq nak tengok entri khas pasal U tu hihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tue! Tak tahu lah bila nak publish entri tue. Hehehe! :D

      Delete
  10. Hahahaa,In pun lama tak update,baru habis SPM je ..huhu ..In syaa Allah next year kalau ada rezeki In pula mungkin rasa homesick tu..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah habis SPM lepas nie boleh update blog selalu. Insyallah. :)

      Delete
  11. cepat siapkan assignment tu.... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa nak termuntah asyik buat assignment jek. Hari nie nak online pulak! Hehehe. :D

      Delete
  12. Boring giler kan nak mengadap assignment yg melambak. Pastu kalau dapat partner yg x boleh harap lagi boring.

    All the best ye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih suka buat assignment individu daripada berkumpulan atau partner. Senang sikit nak buat. Hehehe! Thanks, Teena! :D

      Delete
  13. hihihi susah nak jumpa boy homesick ekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya ramai jek kawan-kawan lelaki yang homesick, cuma dorang tak bagitahu. Bila dah lama-lama kenal, baru tahu. Sebab setiap minggu balik rumah. :D

      Delete