Hidup Indah Jika Tahu Menghargai
Assalamualaikum. Hai semua! :)
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-57!
Malaysia... Di sini lahirnya sebuah cinta. ❤
Selain daripada hari kemerdekaan negara pada 31 Ogos, ada juga beberapa kenangan yang pernah aku lalui pada tarikh tersebut. Kenangan manis pada 31 Ogos 2012 dan kenangan "perasaan bercampur baur" pada 31 Ogos 2013. Senyum sorang-sorang bila teringat semula kenangan-kenangan tersebut. Peristiwa-peristiwa yang memberikan aku pengalaman baru dan mengajar erti kehidupan. Cewah! Alhamdulillah. Antara kenangan terindah dalam hidup.
Hari nie, 31 Ogos 2014. Ahli keluarga baru yang pernah diceritakan dalam entri nie sudah pulang ke rumah kami. Alhamdulillah. Seronok dan excited baq hang! Hehe. :)
Bersyukur kerana dapat menikmati pelbagai keindahan dalam hidup.
Hidup itu indah jika kita tahu menghargainya. Seseorang yang melihat kebaikan dalam pelbagai hal bererti dia memiliki fikiran yang baik dan seseorang yang memiliki fikiran yang baik akan mendapat kenikmatan daripada hidupnya. #NoteToMyself
Tersenyumlah agar segalanya nampak indah,
walaupun hidup ini tidak begitu mudah. :)
Merdeka...
ReplyDeleteSelamat menyambut kemerdekaan Arol...
ReplyDeletesalam kenal dari Ros.. ros singgah sini dan follow.. dari segmen Mamaniza :)
ReplyDeleteSalam perkenalan jugak. Terima kasih! :D
Deletesalam kemerdekaan :)
ReplyDeleteSalam kemerdekaan! :D *walaupun sudah masuk bulan Oktober.
DeleteSalam Merdeka dan selamat menikmati hidup Arol!
ReplyDeleteFollow sini :)
http://nurulzayani.blogspot.com/
Terima kasih! :)
Delete