13 February 2014

Malaysia Sale Telah Tiba!

Assalamualaikum. Hai semua! Malaysia Sale telah tiba! Apa lagi? Masa untuk shoppinggg!

sale, Malaysia sale, mega sale

Sesuatu yang dinantikan telah tibaaaaa iaitu Malaysia Sale! Siapa yang tak suka SALE kan? Tidak kira sama ada perempuan atau lelaki, setiap orang terutamanya kaki shopping mesti sentiasa menunggu karnival jualan murah. Pada tahun ini, mega sale kembali lagi dengan tawaran yang lebih gempak dan yang paling penting ialah harga yang jauh lebih rendah!


zalora, sale, mega sale, Malaysia sale

Kasut, baju, beg tangan, tudung, pakaian tradisional (baju melayu/baju kurung/jubah) dan banyak lagi! Baju kurung peplum pun ada! Senang cerita, macam-macam ada! :D


Kepada semua shopaholic! Bersiap sedia untuk merebut peluang bagi mendapatkan yang terbaik daripada apa yang ditawarkan. Tetapi ada sedikit pembaharuan istimewa pada tahun ini iaitu anda boleh membuat pembelian secara online! Hal ini bermakna anda tidak perlu lagi keluar ke butik atau pusat beli-belah semata-mata untuk shopping mega sale. Sebab apa? Duduk di rumah pun boleh shopping jugak! Seronok kan? ;)

Ya! Sekarang nie dah banyak blogshop dan laman web 'online shopping' di Malaysia.


Kelebihan Pembelian Secara Online (Online Shopping)

1) Lebih banyak pilihan daripada segi tawaran dan produk juga boleh didapati.
2) Lebih mudah kerana anda boleh membuat transaksi pembelian anda di tempat yang
    paling selesa sekali iaitu rumah anda sendiri.
3) Menjimatkan duit anda (tidak perlu bayar duit tol, parking atau tambang pengangkutan
    awam, tidak perlu mengisi minyak kenderaan - dapat mengurangkan kos sara hidup).
4) Paling best, anda tidak perlu menghadapi kesesakan lalu lintas!


Laman web fesyen online terkemuka dan terbesar di Malaysia iaitu Zalora.my sedang mengadakan Malaysia Sale! Rasanya semua orang tahu pasal Zalora! Zalora menawarkan diskaun yang cukup menarik dan promosi yang sudah pastinya tidak mampu untuk anda abaikan! Yeahhh! Zalora menyediakan ribuan produk daripada ratusan jenama terkenal antarabangsa dan tempatan. Selain itu, produk-produk Zalora juga bermutu tinggi


Kenapa perlu online shopping di Zalora?

Diskaun yang ditawarkan oleh Zalora boleh mencecah setinggi 70% dan anda boleh mendapatkan harga hebat tersebut pada setiap hari! Harga hebat pada setiap hari?! Wow! Bukankah ini retail therapy terbaik yang pastinya anda dapat alami?

Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Layari www.zalora.com.my sekarang juga dan dapatkan segala informasi terkini tentang koleksi serta berita fesyen terbaru! (^.^)y

ZALORA : SALE! UP TO 70% OFF

11 February 2014

It's Time To Be Myself!

Assalamualaikum. Hai semua! Macam tak percaya pulak cuti semester tinggal beberapa hari jek lagi. Rasa macam malas jek nak balik Penang. Tapi perjuangan belum selesai lagi. Hehe!

Yeah! Blog Arol Mubin kembali menghijau setelah hampir setahun blog nie didominasi oleh warna putih. Tukar warna background jek pun sebenarnya. Hehehe! :D


simple template, white template
Template sebelum nie, background putih. Header tue 2014 punya.


Ouh! Tahun lepas aku ada minta pendapat dalam entri Apa Pendapat Anda?. Majoriti komen template putih nampak lebih cantik tapi ada jugak yang memilih template hijau.

Bila dah lama guna template putih, aku rasa bosan pulak. Macam tak kena dengan jiwa aku. Cewah! Warna putih macam tak ceria. Aku pilih template putih tue pun sebab terpengaruh dengan blogger lain. Haha! Akhirnya, aku rasa sudah tiba masa untuk aku jadi diri sendiri. So, aku edit semula blog nie jadi macam design yang dulu. Tadaaa! I'm happy now. Kahkah.

Nak design blog pun kena jadi diri sendiri jugak. Kemain! Kihkih. :p

Be yourself because an original is worth more than a copy.
Be yourself, everyone else is already taken!

05 February 2014

Kepercayaan Ibarat Kertas, Pemadam, Cermin & Coklat!

trust, trust quote
Assalamualaikum. Hai semua! Kepercayaan ibarat kertas, pemadam, cermin dan coklat.


Kepercayaan ibarat kertas.

"Trust is like a paper. Once it's crumpled, it can't be perfect again."

Betul! Kalau kertas dah renyuk, memang tak boleh nak buat apa-apa lagi untuk jadikan kertas tue licin semula. Kalau aku buat nota atau buku skrap, kertas dah renyuk memang aku tak nak guna lagi. Aku sanggup guna kertas baru dan salin semula. Hihi. 


Kepercayaan ibarat pemadam.

"Trust is like an eraser. It gets smaller and smaller after every mistake."

Kali pertama dikhianati oleh orang yang kita percaya, kepercayaan kita pada dia pasti akan berkurangan. Kali kedua? Ketiga? Kepercayaan akan terhakis sedikit demi sedikit. Apabila "pemadam" sudah terlampau kecil, tak boleh guna lagi. Buat apa simpan? Buang jelah.


Kepercayaan ibarat cermin.

"Trust is like a mirror. You can fix it if broken but still see the cracks in that reflection."

Yeah! Lebih kurang macam istilah "forgive but never forget". Mungkin kita dah maafkan orang yang khianat kepercayaan kita tetapi perbuatan dia tetap meninggalkan kesan dalam diri kita dan tidak boleh dilupakan. So, kena beli cermin baru. *lawak hambar*


Kepercayaan ibarat coklat.

"Trust is like a chocolate. Once it melts, you can't easily bring it back to shape."

Coklat memang sedap! Sama jugak kalau kita ada kawan yang boleh dipercayai. Tetapi bila dia terlupa nak masukkan coklat dalam peti sejuk, coklat cair dan semut pun datang hurung. Masuk tong sampah lah jawabnya. K. Apa aku mengarut nie? (-_____-)"

Kepercayaan ibarat apa lagi eh?


Sekadar peringatan untuk diri sendiri agar sentiasa menghargai kepercayaan yang diberikan oleh seseorang terhadap diri kita. Itu sahaja. Sekian, terima kasih. :)

Be careful with who you trust and tell your problems too.
Not everyone that smiles at you is your friend.