25 July 2013

Cerita Santai #2 : 24 Julai 2013

Assalamualaikum. Semoga teman-teman blogger yang disayangi berada dalam keadaan sihat sejahtera. Tujuan saya menaip entri ini ialah untuk menceritakan apa yang telah berlaku pada 24 Julai 2013. Eh? Macam tulis karangan surat tidak rasmi pulak. Kihkih. Rindu sekolah. Eh?

Insyallah, tak lama lagi aku akan sambung belajar. Boleh baca entri ini. Jadi, macam-macam urusan yang aku kena setelkan. Semalam dari 9 pagi sampai 2.30 petang, aku setelkan mana yang termampu dulu. Alhamdulillah. Selesai beberapa perkara penting.


SSPN, PTPTN


Mula-mula pergi Bank Islam, tunaikan cek Nuffnang. Lepas tue buat kad ATM. Pakcik pegawai bank tue peramah sangat, macam-macam dia tanya. Rasa macam interview pulak. Teringat interview UUM hari tue. Soalan cepu mas daripada pakcik tue, "Nak belajar jauh nie, tak nangis ke?". Aku jawab, "Nanti dulu. Belum lagi." Semua orang dok bahan macam aku nak belajar kat oversea jek. Kahkah! Lepas tue, aku pergi UTC sebab nak buat akaun SSPN. Lepas tue, pergi BSN beli nombor pin PTPTN. Lepas tue pergi pejabat pos, kemaskini buku bank. Saje nak tengok duit pidato aku dah masuk ke belum. Lepas tue, three! K tak lawak.

Boring pulak cerita pasal tue semua. Tukar topik. Semalam buka puasa, Mak dan Along masak laksa. Sedappp! Salah satu makanan kegemaran aku. Aku suruh Along buat karipap sardin, tapi dia beli karipap frozen kat Mydin. Tak kisah lah, janji karipap sardin. Nasib baik sedap! Korang buka puasa makan apa semalam? :)

Life is like a roller coaster. It has its ups and downs.
But it's your choice to scream or enjoy the ride. ^^

23 July 2013

Misteri Selipar Hilang Di Masjid

Assalamualaikum. Salam Ramadan penuh barakah. Hai semua! Kes selipar hilang di masjid atau tertukar bukanlah satu kes baru, tapi kes yang dah lama wujud kot. Boleh dikategorikan sebagai kes tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. *Siap peribahasa lagi tue! Kihkih.


misteri, selipar, curi, dosa
Idea yang menarik! Agak-agak ada orang nak ambil tak?


Misteri 1. Macam mana boleh tertukar? Takkan selipar sendiri pun tak kenal? Sebagai contoh, ada kes yang macam nie. Si Ali pakai selipar baru ke masjid. Kemudian ada orang tertukar selipar dengan dia. Maksudnya, orang tue terpakai selipar Ali. Lepas semua jemaah dah balik, selipar yang tinggal hanyalah selipar jepun buruk yang menanti hari nak putus. Nampak tak? Adakah betul-betul TERtukar? Kes tersebut terus menjadi misteri. Kahkah!

Misteri 2. Kalau betul lah ada orang yang tertukar selipar (terpakai selipar kita), tapi bila semua jemaah dah balik, kenapa tiada sepasang selipar pun yang tinggal? Sepatutnya mesti ada sepasang selipar yang tinggal. Betul tak? Nampak tak permainannya? Kes tersebut juga terus menjadi misteri sehingga ke hari ini. Hikhik. *Misteri laaaaa sangat! :p

Korang pernah tertukar atau hilang selipar di masjid tak? Aku pernah! Tak terkira. Ada sekali tue, aku pakai selipar jepun jenama Tat Sing jewww pun, itu pun boleh hilang! Misteri 1 dan 2, dua-dua aku pernah alami. Nasib baik aku balik rumah naik motor dengan Ayah, kalau tidak? Boleh buat rawatan refleksologi, berkaki ayam jalan atas tar.

Sebenarnya hari tue lepas solat terawih, ada sorang abang dan pakcik nie hilang selipar. Dorang dah cari keliling masjid tapi tak jumpa. Kesian. Tak tahu apa kesudahannya sebab aku dah balik dulu. Lepas nie pergi masjid kena pakai terompah. Kihkih. :D

Allah tidak pernah mengambil sesuatu daripada kita kecuali Dia menggantinya
dengan sesuatu yang lebih baik. Tetapi, kita perlu bersabar dan tetap redha
dengan segala ketetapanNya. :)

19 July 2013

Hadiah & Cenderahati Daripada Blogger

Assalamualaikum. Hai semua! Hari nie aku nak cerita pasal something yang mungkin dah basi, sebab dah berbulan-bulan lamanya aku peram entri nie dalam draft. Tak kira, aku nak cerita jugak! Harap korang dapat paksa diri untuk baca entri nie sampai habis. Kihkih!

Sebenarnya aku nak ucapkan ribuan TERIMA KASIH kepada 4 orang kakak blogger iaitu kak Mia, kak Eca, kak Shida dan kak Dedeq De Wishes. Sebab apa? Teruskan membaca! :p


mia liana, giveaway, sony

Aku menang Giveaway Mialiana.com! Pemenang dipilih berdasarkan entri penyertaan yang kreatif. Jemput baca entri penyertaan aku, klik sini. Dah baca? Kreatif tak? Hahaha! Rezeki join saat-saat akhir, dapat pendrive Sony 4GB. Terima kasih, kak Mia! :)


pin blogger, cerita dari hati, segmen

Top referrer Segmen Bloglist EcaDwinkyAsha 2013! Tak sangka jadi top referrer sebab aku join segmen tue setengah jam sebelum tarikh tutup. Mungkin dah memang rezeki aku menang topup RM5 dan pin Blogger yang terbang jauh dari Sabah. Terima kasih, kak Eca! :)


button badge, bookmark, calendar

Hadiah-hadiah daripada kak Shida! Bookmark calendar tue aku dapat sebab komen kat status Facebook page Dunia Sebenar Shida. Button badge dan bookmark atas tue pulak, kak Shida bagi sebagai cenderahati. Terima kasih, kak Shida! :)


keychain, terengganu,

Keychain penyu dari Terengganu daripada kak Dedeq! Sepatutnya kena komen kat entri nie, tapi aku cuma tinggalkan pesanan "tak sempat nak join, dah tutup" kat shoutbox. Tiba-tiba kak Dedeq minta alamat aku. Rezeki. Hehehe! Terima kasih, kak Dedeq! :)


Alhamdulillah. Terima kasih sekali lagi! Sejak 2 tahun lepas kalau tak silap, aku dah berhenti join giveaway/segmen sebab busy study kononnya. Kihkih! Sesekali jek join kalau ada masa dan syarat-syarat mudah. Tapi sekarang rasa macam nak aktif join semula. Rindu nak dengar bunyi hon van Poslaju yang hantar hadiah. Kahkahkah kbai.

"Aku tahu bahawa Allah telah menetapkan rezeki untukku dan tidak mungkin ada orang lain mampu merampasnya. Dengan itu, hatiku menjadi tenang."

15 July 2013

Allah Merancang Dengan Penuh Cinta

Assalamualaikum. Salam Ramadan penuh barakah! :)

semakan keputusan permohonan, ipta, stpm


Alhamdulillah. Walaupun Allah tak beri apa yang aku nak, tapi aku tetap bersyukur. Sebab aku tahu, perancangan Allah adalah yang terbaik! Aku merancang dengan cita-cita tapi Allah merancang dengan penuh cintaNya. Banyakkan bersyukur, nikmat akan bertambah.

Tak pernah menyesal tolak tawaran diploma bidang yang aku minat, dan ambil risiko sambung Tingkatan 6. Walaupun ramai yang pandang rendah kat pelajar Tingkatan 6, tapi peduli apa aku? Bukan dorang yang bayar yuran sekolah aku. Hahaha! Tingkatan 6 memang best!

Wish me luck! Merantau lah aku tak lama lagi. Sobs sobs.

P/S: Jangan tanya aku dapat universiti mana dan kos apa! Kahkahkah! :D

You don't know your future, but you know Allah. So, trust Allah!
Because Allah has control over our future.
Sometimes what you want isn't always what you get,
but in the end what you get is so much better than what you wanted.

08 July 2013

Cerita Santai #1 : Ke Mana Menghilang?

Assalamualaikum. Hai semua! Beberapa hari nie aku sibuk sikit. Nak online pun rasa malas sebab penat. Kali nie aku bukan buat-buat sibuk macam selalu tapi memang betul-betul sibuk. Tapi takde lah sibuk mana pun sebenarnya. Hehehe! Ayat putar belit.

Universiti Malaya, pembekal bateri, Nilai, sibuk

4 Julai 2013. Teman Along pergi UM, bayar yuran pengajian. Mengikut perancangan, pergi awal pagi dan insyallah petang dah sampai rumah semula. Kita merancang, Allah juga merancang, dan perancangan Allah adalah yang terbaik. Singgah isi minyak di Petronas Seremban, lepas tue tetiba enjin kereta tak boleh hidup. Rupanya bateri habis! Hahaha! Sampai UM dah Zohor, jadi sampai rumah pun dah malam. Takpe, ada hikmah tue.

5 Julai 2013. Pergi hospital melawat datuk saudara di ICU. Lepas tue pergi Jakel, beli kain ela untuk buat baju rayaaaaa! Dari kecil sampai besar, tak pernah beli baju Melayu yang dah siap. Sebab Mak tukang jahit. Jimat duit! Tema baju raya tahun nie ialah warna ..... lepas raya nanti aku bagitahu. Kahkah! Sebenarnya, warna nie sejak 3 tahun lepas lagi kot Mak nak.

6 Julai 2013. Hari yang tak berapa best. Sebab aku sambung tidur lepas Subuh, lepas tue terlajak sampai pukul 12 tengahari. Hahahaha! Pening kepala tidur lama-lama. Blur jek otak!

7 Julai 2013. Pagi, hantar 3 ekor kucing ke klinik haiwan. Dah buat appointment dengan doktor untuk mandulkan dorang. Haaa, ini yang akan buat aku sibuk! Aku kena jaga dorang. Kucing jantan tak susah sangat nak jaga, tapi kucing betina kena jaga elok-elok. Sebab doktor bedah perut belah kiri dia. Nanti kalau rajin, aku cerita pengalaman mandulkan kucing dalam entri lain. Petang, pergi butik pengantin. Buat apa? Jeng jeng jeng! Kahkah kbai. :D

Senyum dan ucapkan alhamdulillah kerana Allah masih izinkan kita
bersama mereka yang kita sayang.
Alhamdulillah. :)

03 July 2013

Kasut Idaman 2013

Assalamualaikum. Salam sejahtera! Salam 1 Malaysia. Cewah! :)

kasut 2013, sandal, design 2 in 1
Design 2 in 1: Kasut dan Sandal. :O


Smart tak kasut tue? Bagi aku, fuyohhh smart gila weh! *mulut ternganga* Hahaha! Boleh jadi kasut dan boleh jadi sandal jugak. Kalau rasa tak nak pakai kasut, boleh buka zip tue dan taraaa dah jadi sandal! Kat mana ada jual design macam tue? Aku nak mintak kakak-kakak aku belikan untuk kasut raya tahun nie. Kahkahkah!

Korang rasa berminat tak, nak beli kasut design macam tue? Atau korang memang dah ada kasut design macam tue? Hmm. Nampak sangat aku ketinggalan zaman.

Aku baru jumpa gambar tue. So, aku namakannya sebagai Kasut Idaman 2013. Kbai.

Jangan mengeluh hanya kerana anda tidak mempunyai kasut,
sebelum anda melihat orang yang tidak mempunyai kaki.