29 March 2013

Bibir Tersenyum Tapi Hati Menangis

Assalamualaikum. Selamat sejahtera! ^^

mutiara kata, kata hikmah, kata semangat
Jumpa kata-kata di atas kat Facebook Pakar Diari Hati. Rajinnya aku edit. :p


Lepas baca kata-kata tue sampai habis, aku rasa macam "seseorang" itu ialah aku. Hahaha. Kalau nak tahu, aku memang sebijik macam dalam kata-kata di atas. Selalu bajet kuat semangat depan semua orang, tapi sebelum tidur, menangis tepi katil. Wakakaka!

Dulu dekat sekolah, aku suka ketawa dan buat lawak. Paling kurang pun, aku senyum dan asyik tersengih jek 24 jam. Rasanya susah kot nak tengok aku muram atau sedih. Sampai ada kawan-kawan yang tanya aku, "Kau nie happy jek setiap hari. Kau takde masalah ke?". Aku diam dan hanya mampu senyum lebar jek. Hehehe.

Bagi aku, pertama sekali, life is too short to be unhappy. Kedua, bukan semua masalah kita boleh cerita dengan orang lain. Kadangkala, masalah tue lebih sesuai diceritakan pada Sang Pencipta. Luahkan segala masalah dan berdoa kepadaNya agar diberi petunjuk. Allah Maha Mendengar dan Dia tak pernah jemu mendengar luahan hati kita.

Itu pendapat aku. Cara aku. Masing-masing ada cara tersendiri. Aku memang suka sorokkan perasaan sedih, kecewa dll. Hadapi setiap ujian dengan senyuman. Ada sesiapa yang sama (perangai) macam aku tak? Bibir tersenyum tapi hati menangis. Kihkih.

When life gives you a thousand reasons to cry,
show that you have a million reasons to smile.

28 March 2013

Masalah Timbul Ketika Semangat Mula Membara

don't give up, inspiration quotes

Assalamualaikum. Hai semua! Aku baru jek mulakan hidup baru bersama blog baru. Pening kepala bila fikirkan pasal blog hingusan aku nie. *garu kepala* Macam mintak penampor jek! Hahaha. Memang aku tak sangka semua nie akan terjadi. Aku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya tengahari dah hujan lebat. Okay, cukup Arol. Straight to the point k.

Sejak aku tukar URL baru iaitu http://arolmubin.blogspot.com, timbul sedikit masalah. Atau mungkin banyak masalah. Ini masalahnya! Lepas aku tukar URL baru, aku mintak tolong kawan-kawan yang letak blog aku kat bloglist dorang supaya tukar URL blog aku. Selepas 3 hari, aku tengok masih sama, tak berubah. Aku pun cuba letak blog aku kat bloglist sendiri. 

Patutlah. Dia masih paparkan feed URL lama (http://arolpunyeblog.blogspot.com). Masa tue aku gunakan URL lama untuk blog kedua. Sesaje nak simpan buat kenangan kononnya. Akhirnya, aku delete URL lama tue, sebab aku ingatkan itulah punca segala-galanya.

Tapi keadaan masih sama. Dia masih paparkan feed URL lama. Kusut kepala! Kahkah. Masa tue memang rasa menyesal saaaaangat-sangattt sebab gatal sangat pergi tukar URL blog. Argh! Nak menyesal pun dah tak guna, benda dah jadi kan? Cool k. *kesat air mata*

Akhirnya, aku mintak pendapat kat kak blogger femes nie. Patut ke tak aku tukar semula URL lama? Dia suruh aku cuba tukar URL lama dulu, kalau takde masalah, dia suruh kekalkan jek URL lama. Sebab tue lah terhasilnya entri nie pada tengah malam. Aku nak cuba publish, nak tengok feed kat bloglist ada masalah lagi atau tidak. Harap semuanya okay! ^^

Sekiranya esok yang kita harapkan tidak menjadi, sekurang-kurangnya kita tidak
akan menyesal jika kita melakukan apa yang kita inginkan hari ini,
kerana esok pasti ada tetapi esok belum tentu untuk kita.

27 March 2013

Apa Pendapat Anda?

Assalamualaikum. Selamat sejahtera! First of all, terima kasih kepada semua rakan blogger yang sudi memberikan kata-kata semangat kepada aku kat entri pertama blog nie! Sila beri tepukan yang gemuruh untuk diri sendiri. K. Actually, aku nak mintak pendapat korang sikit.

Sesiapa yang pernah datang ke blog Arol Mubin sebelum nie, rasanya korang ingat sikit-sikit kot cmne rupa blog nie dulu. Nevermind, aku dah sediakan gambar untuk tatapan korang.


simple template, green template, edit blog, design blog, blog kemas
Template lama Blog Arol Mubin. ^^


Nampak tak perbezaan template lama dengan template sekarang? Template yang baru nie aku saje design lebih simple dan guna background warna putih. Tapi warna hijau wajib ada! Itu memang warna rasmi blog Arol Mubin. Hehehe.

So, apa pendapat korang tentang template baru nie? Korang lebih suka template lama atau template baru? Mohon jasa baik anda semua untuk tinggalkan undian (template lama atau baru?) atau sebarang pendapat di ruangan komen. Sekian, terima kasih! :D

Belajar daripada kesalahan membuatkan dirimu menjadi dewasa, dan belajar
daripada pengalaman orang lain pula membuatkan dirimu menjadi bijaksana.

Cuba Teka Di Mana Pendrive Aku?

RE-PUBLISH. Entri ini pernah disiarkan pada 19 Disember 2011.


Assalamualaikum. Alhamdulillah. Tiba-tiba datang pulak sifat rajin nak menaip entri hari nie. Mari baca kisah tauladan yang aku dah penat-penat taip nie. Hehehe. Kisah ini berlaku pada 7 Disember 2011 (Rabu).

Dipendekkan cerita, masa tue aku online sambil test printer baru dengan Along. Bersepah barang-barang keliling laptop. Pukul 6.45 petang, keluarga makcik dari Perak datang rumah dengan nenek aku. Kelam-kabut lah apa lagi, rumah macam tongkang pecah! T.T Sepantas kilat zupp, kemas barang-barang keliling laptop.


KEESOKAN HARINYA ...


Aku tanya semua orang dalam rumah. Aku tanya Mak, tanya Along dan tanya Angah. Ayah jek yang aku tak tanya. Sebab aku takut telinga aku tak mampu bertahan mendengar jawapan Ayah. Hahaha. Semua orang tak tahu di mana pendrive aku.



Inilah pendrive aku. Baru beli. :'(
 

Aduhaii. PENDRIVE AKU HILANG! Puas cari. Tiba-tiba aku teringat, semalam ada buang plastik dan kotak ink printer dalam tong sampah. Selongkar tong sampah. YEAY DAH JUMPA PENDRIVE AKU DALAM TONG SAMPAH!!! Huhhhhhhhh. T_______T


Pada mulanya, aku nak beli pendrive seperti gambar di bawah. Sebab kecil dan nipis, nampak comel jek. Aku nak beli warna putih, Along warna pink. Tapi Angah bising - "Korang berdua dah lah tak reti jaga barang, nak beli yang kecik-kecik!!".


Nasib baik tak jadi beli design macam nie. =.='

Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh.
Dan sering kali melupakan nikmat yang telah tersedia. :)

26 March 2013

Segmen Bloglist EcaDwinkyAsha 2013

RE-PUBLISH. Entri ini pernah disiarkan pada 31 Januari 2013.


Assalamualaikum. Haiii semuaaa! *lambai tangan* ;)

Sementara aku nak siapkan entri ala-ala catatan hidup (aku memang amek masa lama sikit nak siapkan satu entri), aku nak join segmen dulu. Segmen bloglist kak Eca, dia siap jemput aku join. Maka aku nak join! Aku nie tak gemar sangat join segmen bloglist. Kalau betul-betul berminat nak berada dalam bloglist blog tue, baru aku join. Ini bukan bodek ye, tapi fakta. *muka serius*



Segmen Bloglist EcaDwinkyAsha 2013
Tarikh Tutup : 31 Januari 2013


Blog kak Eca, "Cerita Dari Hati" memang dah lama ada dalam bloglist aku. Apa tandanya tue? Itu tandanya aku suka baca blog dia. Entri-entri kak Eca selalu buat aku ketawa, contoh entri ini. Baru baca pendahuluan, aku dah gelak guling-guling. Kahkah! Lagi satu, entri Wordless Wednesday kak Eca pun aku suka jugak.

Selain itu, kak Eca nie seorang yang peramah. Aku selalu tanya dia pasal blog kat Facebook. Macam-macam soalan aku tanya, dia sentiasa jawab dengan hati yang tabah. Kadang-kadang soalan yang annoying pun aku tanya jugak. Kihkih. Aku saje nak uji kak Eca, dia kan bakal guru. Mana tahu nanti dia dapat student macam aku (banyak tanya), at least dia dah tahu cmne nak handle. :p

Kejap! Aku nie nak join segmen ke atau nak review blog kak Eca? *garu kepala* Dah tertaip, publish jelah. Kesian aku dah taip panjang-panjang. Hahaha. Sebelum kak Eca pitam, lebih baik aku undur diri dahulu. Kbaiii. :)


[Segmen Bloglist EcaDwinkyAsha 2013 kelolaan ecadwinkyasha.com.]

Follow GFC sudah, like Fanpage sudah, follow Google+ pun sudah. Setel!

Giveaway Mialiana.com

RE-PUBLISH. Entri ini pernah disiarkan pada 10 Januari 2013.


Assalamualaikum. Hai semuaaa! *lambai tangan* Kihkih. :p

















P/S : Gigih aku melukis walaupun comot pada saat-saat akhir. Nampak tak kesungguhan aku nak menang giveaway nie? Nampak ke tidakkk? Kihkih. :p


Best tak cerita tue? Sedih kan? Ehh. Korang menangis ke? Nah! *hulur tisu* Kahkahkah. Nak tahu ke mana hilangnya pendrive Merah? Jeng jeng jeng... Tunggu di akhir entri yee! Nanti aku bagitahu. *background music suspens*

Disebabkan si Merah tue rabun IT, maka aku tolong dia taipkan entri penyertaan Giveaway Mialiana.com. Baik kan aku? Hewhew. Okay, cukup. Di bawah ini ialah entri penyertaan daripada Merahmubarasemangatwaja (nama penuh Merah). 


Yeah! Aku nak join Giveaway Mialiana.com!


Tag : Aliff Haikal | Maisarah Azmi | Kak Eca


Sebelum meneruskan entri ini, bagi aku tarik dan hembus nafas dulu. Huhhhhh. Inilah balasan kalau suka sangat bertangguh kerja. Aku dah lama bookmark giveaway nie tapi baru hari nie kelam-kabut nak join. *lap peluh di dahi* :D


Saya paling suka entri OUM Konvokesyen Ke 13 - Gambar Majlis Dan Anugerah Yang Diterima di Mialiana.com kerana entri tersebut memberikan inspirasi dan semangat kepada saya untuk terus belajar. Bila baca entri tue, rasa berkobar-kobar pulak nak sambung belajar. Mesti keluarga Kak Mia bangga dengan kejayaan Kak Mia. Dah lah lulus dengan cemerlang, lepas tue dapat anugerah lagi. Tahniah, Kak Mia! Rasanya entri itu bukan memberikan inspirasi kepada saya sorang jek, tapi kepada semua yang membacanya. Kan?


Sebelum aku mengakhiri entri ini, terimalah... Khas buatmu, Kak Mia. Cewah! 




Okay, dah siap! Tunggu dulu!!! Pendrive Merah dah jumpa! Korang nak tahu ke mana hilangnya pendrive Merah? Jumpa KAT SINI! Klik lah link tue kalau nak tahu. *Jangan risau, itu bukan ChurpChurp atau iklan. Percayalah...

Senyumlah walau kita diberi ujian seberat mana sekali pun, kerana ujian itu bukti sayang Allah kepada kita. Oleh itu, smile smile smile. Always. :)

25 March 2013

Mulakan Hidup Baru Bersama Blog Baru

quotes, trials, pain, inspiration, challenge, ujian, kata hikmah, kata semangat

Assalamualaikum. Hai semua! Terasa janggal pulak nak menaip entri. Maklumlah dah hampir sebulan aku menyepi dan private kan blog. Kihkih. Ingatkan dah tak nak layan blog lagi tapi rasa boring pulak. Macam takde aktiviti yang best nak buat bila online.

Baiklah. Ini merupakan entri pertama untuk http://arolmubin.blogspot.com. Aku dah tukar URL blog nie. So, babai http://arolpunyeblog.blogspot.com! Rest in peace! Sobs sobs. Bukan setakat tukar URL sahaja, tapi aku dah buang semua entri lama. Maksud aku, revert to draft. Hihik. Kononnya aku nak mulakan hidup baru bersama blog baru. Kahkahkah!

**UPDATE (28/03/2013) : Aku terpaksa gunakan URL lama semula. Jodoh dengan
URL baru tak panjang. Huhuhu. Sebabnya boleh baca di sini yeah. 

Setelah pelbagai perubahan dilakukan, aku berharap lepas nie aku akan lebih bersemangat untuk update blog. Aku tahu, ada yang rindu nak baca entri aku wakakaka kbai.

P/S: Mintak kata-kata semangat sikit boleh? Kehkeh. :p

Don't judge me by my past, I don't live there anymore.
Accept me for who I am because this is me today.
^^