28 March 2013

Masalah Timbul Ketika Semangat Mula Membara

don't give up, inspiration quotes

Assalamualaikum. Hai semua! Aku baru jek mulakan hidup baru bersama blog baru. Pening kepala bila fikirkan pasal blog hingusan aku nie. *garu kepala* Macam mintak penampor jek! Hahaha. Memang aku tak sangka semua nie akan terjadi. Aku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya tengahari dah hujan lebat. Okay, cukup Arol. Straight to the point k.

Sejak aku tukar URL baru iaitu http://arolmubin.blogspot.com, timbul sedikit masalah. Atau mungkin banyak masalah. Ini masalahnya! Lepas aku tukar URL baru, aku mintak tolong kawan-kawan yang letak blog aku kat bloglist dorang supaya tukar URL blog aku. Selepas 3 hari, aku tengok masih sama, tak berubah. Aku pun cuba letak blog aku kat bloglist sendiri. 

Patutlah. Dia masih paparkan feed URL lama (http://arolpunyeblog.blogspot.com). Masa tue aku gunakan URL lama untuk blog kedua. Sesaje nak simpan buat kenangan kononnya. Akhirnya, aku delete URL lama tue, sebab aku ingatkan itulah punca segala-galanya.

Tapi keadaan masih sama. Dia masih paparkan feed URL lama. Kusut kepala! Kahkah. Masa tue memang rasa menyesal saaaaangat-sangattt sebab gatal sangat pergi tukar URL blog. Argh! Nak menyesal pun dah tak guna, benda dah jadi kan? Cool k. *kesat air mata*

Akhirnya, aku mintak pendapat kat kak blogger femes nie. Patut ke tak aku tukar semula URL lama? Dia suruh aku cuba tukar URL lama dulu, kalau takde masalah, dia suruh kekalkan jek URL lama. Sebab tue lah terhasilnya entri nie pada tengah malam. Aku nak cuba publish, nak tengok feed kat bloglist ada masalah lagi atau tidak. Harap semuanya okay! ^^

Sekiranya esok yang kita harapkan tidak menjadi, sekurang-kurangnya kita tidak
akan menyesal jika kita melakukan apa yang kita inginkan hari ini,
kerana esok pasti ada tetapi esok belum tentu untuk kita.

18 comments:

  1. Uit. Baru terfikir nak tukar url. Err.. Kirim slm je la kot :S Good luck anyway!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah tukar. Kalau nak tukar jugak, tukar ke domain terus. Hehehe! Thanks! :D

      Delete
  2. tadik nk bukak tak boleh :(

    Jgn kecewa sgtlah . Hidup kena happy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik jumpa jugak blog nie akhirnya. Mestilah, happy selalu! :DDD

      Delete
  3. arol mmg susah lah...akak nak masuk guna url baru mmg tak dapat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf di atas kesulitan yang berlaku. Arol dah guna URL lama semula, kak MV. :)

      Delete
  4. wasalam.. ala2 pening kepala arol eh? ehehe.. tak dinafikan tukar url blog memang susah banyak kesannya.. antaranya feed, follower susah nak kesan kita, tapi nasib baik ayie dan tulis sesiap kat blog lama yang arol dah tukar url. Tak pe lepas nie stay je guna url yang nie sampai bebila.. kalau tukar domain dia tak jadi lagu nie nanti tukar domain pulak. hiks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tak pening lagi, kak Aida. Memang banyak kesan buruk, menyesal pulak tukar hari tue. Ha'ah, memang nak terus guna URL nie jek. Domain? Insyallah, suatu hari nanti bila dah serius blogging. :D

      Delete
  5. arol nk bt perubahan tp ad problem yer....dulu pernah gak tukar url ni..mmg bloglist akan hilang lah..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah. Bloglist sendiri hilang takpe. Tapi yang problemnya, blog kita kat bloglist orang lain. Dah rugi trafik. Kahkahkah! :DD

      Delete
  6. susah nk tukar url ni erk
    sy keje2 gini lg la x paham

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tukar URL senang jek tapi menukarkannya akan menyusahkan. Hahaha! :D

      Delete
  7. waah... smp macam tu kesannya..
    AmiRini singgah sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. Takpe, sekurang-kurangnya dah tahu. Jadikan pengajaran. Hehehe! Terima kasih yeah sudi singgah sini! :D

      Delete
  8. so jangan nak mengada2 tukar URL lagi ye !!! :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah insaf, tak nak tukar lagi. Hahaha! :D

      Delete
  9. ala, pakai je dulu dgn url ni..kalau ok, knapa msti tukar..nak tukar pakai domain terus nti..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Konon nak serba baru, kak Mimie. Hehehe! Domain tue kena tunggu serius dalam blogging dulu. :D

      Delete