28 August 2013

Warkah Buat Teman Blogger

Assalamualaikum. Hai semua! Syukur kerana masih ada sisa-sisa sifat rajin dalam diriku, maka terhasil lah entri ini. Kalau tidak, baca jelah cerita raya 2013 aku sampai bulan depan.

Straight to the point. Insyallah, tanggal 1 September 2013 aku akan sambung belajar di U**. Cuba teka U apa? Luls. Lepas nie mesti aku jarang update blog sebab sibuk dengan minggu orientasi dan kena setelkan pelbagai urusan. Tapi sepanjang cuti 9 bulan nie pun, aku jarang update blog jugak. Hahaha! Tagline "suam-suam kuku jek", so jarang update pun takpe.

Nanti bila semua urusan dah setel, aku akan kembali. Itu pun kalau homesick aku tak teruk. Kahkah! First time nak duduk asrama! Jauh pulak tue. Nak balik selalu, tiket kemain mahal! Takpe, belajar berdikari. *kesat air mata* Aku tahu, Allah merancang dengan penuh cinta.

quotes, homesick

Lagi satu, terima kasih kepada korang yang sudi datang ke blog nie dan tinggalkan komen! Maaf sebab aku tak sempat nak balas kunjungan apatah lagi komen entri korang.

Akhir kata, doakan kejayaan aku! Semoga segala urusan dipermudahkan dan semoga aku kuat semangat untuk mengharungi kehidupan baru sebagai seorang pelajar universiti. Yang paling penting sekali, semoga homesick aku tak teruk sangat. Hahaha! :D

Beginnings are usually scary and endings are usually sad,
but it's everything in between that makes it all worth living.

22 August 2013

Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 Ogos 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com.
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.com.
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

19 August 2013

Cerita Raya 2013 Arol Mubin!

aidilfitri, kad raya, syawal


Assalamualaikum. Selamat Hari Raya Aidilfitri! Minta maaf kalau aku ada post entri yang buat korang terasa, atau mengguris hati korang, terkasar bahasa semasa komen entri-entri korang atau aku ada bergurau kasar atau atau ahhh klise betul ucapan hari raya macam nie! Hahaha! Maaf zahir dan batin. Duit raya untuk aku ada tak? Hikhik. ;)

Aidilfitri tahun nie biasa-biasa jek. Tak meriah sangat pun! Rasanya aidilfitri tahun-tahun lepas lebih meriah. Tapi part yang paling aku suka ialah baju raya!!! Dalam entri ini aku dah janji nak bagitahu warna tema baju raya keluarga aku lepas raya, so warnanya ialah BIRU! Biarlah orang nak kata kami macam kumpulan boria ke apa, kami memang suka pakai sedondon. Senang bila pergi beraya, orang tahu kita nie anak siapa sebab baju sama. Hehehe!

Aidilfitri tahun nie aku minta pereka fesyen aku jahitkan baju Melayu moden. Bukan Hatta Dolmat atau Radzwan Radziwill, tetapi pereka fesyen kesayangan aku sejak kecil sampailah sekarang ialah Mak aku sendiri. Sebenarnya, aku berkenan dengan rekaan baju Melayu seorang pereka fesyen terkenal. So, aku suruh Mak aku duplicate rekaan tue. Gembira tak terkata aku bila tengok hasilnya! Bila tengok tv, ada seorang artis pun pakai baju Melayu design macam aku. "Tengok tue! Baju ***** (nama artis) macam baju Arol!". *feeling retis*

Aku malas nak upload gambar sebenarnya. Dapat menaip entri nie pun dah kira bersyukur. Kihkih! Nanti kalau tetiba aku kena sawan rajin, aku upload gambar. Gambar tak banyak sangat sebab aku nie bila dah jumpa ketupat, rendang, kuih raya, terus lupa kamera. Tangan nie asyik nak suap makanan ke dalam mulut jek. Tak dapat duit raya pun takpe, janji perut kenyang. Tapi tahun nie memang kurang dapat duit raya. Mungkin aku dah besar. Mungkin!

Panjang jugak aku taip! *ternganga mulut* Mesti korang baca tak habis, main skip skip. Kan? Kalau betul korang baca dari awal sampai akhir, sila beri komen untuk setiap perenggan. Kahkahkah! Selamat Hari Raya Aidilfitri! Sekian. :) *sambung makan kuih raya*


P/S: Menghitung hari menjelang detik ini. Nervous baq hang! Persiapan baru 25%. =.='

Ada mata pandanglah keindahan. Ada mulut berbudilah pertuturan.
Ada hati berilah kesayangan. Ada salah dan silap silalah maafkan.