30 April 2013

Bobo, Gwiyomi & MasterChef Selebriti Malaysia

idea update blog, bobo, gwiyomi, masterchef

Assalamualaikum. Hai semua! Aku ada banyak idea nak update blog sebenarnya, tapi idea utama jelah. Lepas taip pendahuluan, aku terus blur. Tak tahu apa yang nak dihuraikan dalam perenggan seterusnya. Maklumlah, dah hampir 5 bulan tinggalkan sekolah. Sampai terlupa segala ilmu mengarang yang cikgu ajar. Hehehe. *Rindu sekolah!

Jadi hari ini aku kumpulkan semua idea yang tak kesampaian untuk dibuat satu entri lengkap, untuk diceritakan dalam satu entri sahaja. 3 cerita dalam 1 entri. Macam tue lah.


1) Bobo
Aku yakin, majoriti mesti kenal si Bobo nie. Dah jadi retisss dia sekarang. Aku ingat lagi masa video parodi (lagu Sayang - Shae) dia baru muncul kat Facebook, ramai orang yang kutuk dia. Tapi sekarang? Ramai peminat weh, dan aku bukan salah seorang daripadanya. Hahaha. Siapa peminat Bobo? Sila flip hair. Btw, dah tengok video Gwiyomi Bobo?


2) Gwiyomi
Ini satu lagi yang tengah femesss sekarang. Merata laman sosial boleh jumpa video Gwiyomi, di Facebook, blog, Keek. Semua orang berusaha nak buat video Gwiyomi yang paling cute. Masing-masing tak nak kalah. Hahaha. Korang ada buat video Gwiyomi jugak ke? 


3) MasterChef Selebriti Malaysia Musim Kedua
Siapa tengok MCSM2? Aku memang penonton setia MasterChef. Tapi untuk MCSM2 nie aku tak layan sangat. Tak tahu apa sebabnya. Eh. Korang tengok tak hari tue Zain Saidin errr takde pape lah. Tak jadi nak gosip. Hahahahaha! Btw, aku sokong Syura.


K lah. Itu jek yang aku nak cerita. *menguap* Rasa macam nak gwiyomi tidur jek.

Hargai orang yang membenci diri kita kerana dia sebenarnya adalah
peminat setia kita. Sanggup menghabiskan masanya hanya untuk
mencari kesalahan diri kita. :)

26 April 2013

10 Surah Al-Quran Yang Dapat Mencegah 10 Perkara

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Ya, kita semakin menghampiri ke penghujung April 2013. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk memperbaiki diri dan update blog setelah beberapa hari tak update sebab kurang rajin. Hehehe. Okay, hari nie nak share something. :)


10 Surah Al-Quran Mencegah 10 Perkara
10 Surah Al-Quran Yang Dapat Mencegah 10 Perkara


Secara jujurnya, ada beberapa surah di atas yang aku masih belum hafal lagi, dan ada surah yang aku tak tahu. Betapa jahilnya diriku ini. Nanti kita rujuk al-Quran ye, cari mana yang tak tahu dan hafal mana yang masih lupa. Mari kita amalkan membaca 10 surah tersebut untuk mencegah 10 perkara. Tapi surah-surah lain jangan diabaikan pulak. ^^

Kita sangat berhati-hati dengan apa yang masuk ke dalam mulut kita,
sama ada halal atau haram. Tapi, adakah kita berhati-hati dengan apa yang keluar dari mulut kita, sama ada pahala atau dosa?

20 April 2013

Pantun Menutup Aurat

pantun, tutup aurat, pantun tutup aurat, aurat

Pantun Menutup Aurat. (Sumber: Pakar Cinta)


Sekadar perkongsian untuk renungan bersama. Apa yang aku perasan sekarang nie, semakin ramai kaum Hawa yang "membalut aurat" mereka, bukannya menutup aurat. Macam-macam fesyen muslimah wujud sekarang nie. Bila pandang memanglah nampak cantik, tapi sayang tak menepati syariat Islam. Tak menepati syarat-syarat menutup aurat.

Sama-samalah muhasabah diri. Bukannya nak tunjuk alim ke apa, tapi tak salah kan kalau kita saling mengingati? Ilmu agama aku pun masih cetek lagi. Masih dalam proses belajar. Bak kata Ustaz Akhil Hayy, jangan tunggu bila nak jadi ustaz tapi bila hampa nak start? :D

P/S : Kaum Adam pun kena jaga aurat jugak. Jangan ambil mudah jek yeah.

Dari keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan
akhirnya nanti hati kita akan menjadi ikhlas keranaNya. - UAI.

17 April 2013

Ujian Hebat Untuk Orang Yang Hebat

kata-kata semangat, ujian Allah, senyuman, la tahzan

Ya Allah!

Jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku, berikanlah aku keyakinan bahawa takdir Mu adalah lebih baik daripada apa yang aku inginkan dan impikan.

Engkau damaikanlah hatiku untuk menerima takdir Mu, kerana aku yakin dan percaya perancangan Mu adalah yang terbaik dan terindah buat diriku.

Insyallah, pasti ada hikmah dan kemanisan di sebalik ujian ini.

Walau di saat hati luluh, harapanmu jangan pernah runtuh.
Bisikkanlah ketabahan dalam harapan.

11 April 2013

Running Man Best Sangat Ke?

Running Man
Running Man.


Assalamualaikum. Annyeonghaseyo! Wakaka! Korang suka tengok Running Man tak? Tetiba hari nie nak cerita pasal Running Man. Sebelum nie, aku ada dengar kawan-kawan sebut "Running Man". Kat Facebook, Twitter semua orang bercerita pasal Running Man. Tertanya-tanya jugak. Hemm. Apa benda sebenarnya Running Man nie? Kemain femes lagi. Tapi aku tak peduli pun. Lantak lah.

Rupanya Running Man nie variety show Korea. Ouhhh. Patutlah femes. Korea kan. Kpop. Eh. Aku cuma layan cerita hantu Korea jek, yang lain aku tak layan. So, ramai jugak lah yang menghasut aku suruh tengok Running Man nie tapi aku tak berminat. Tapi semalam aku dah TERtengok. Kihkih. First time tengok! Aku tengok 2 episod jek (episod 27 & 140). 


Running Man
Lee Kwang-su, Ji Suk-jin, Yu Jae-suk, Song Ji-hyo, Gary, Kim Jong-kook, Ha-ha.


Ramai yang kata Running Man nie best gilaaaaa dan kelakar gilaaaaa! Bagi aku, biasa jek. Mungkin sebab aku baru tengok 2 episod. Mungkin. Masa aku tengok Running Man nie, aku tersenyum jek. Sesekali gelak kecil. Takde pun aku gelak guling-guling sampai nak pengsan macam aku tengok Jihan kat Parodi MeleTop. Jihan the best hahahaha!

Itu pandangan aku lah. Citarasa kita semua berbeza. Kan? ^^

Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti kita, supaya kita mempunyai persamaan. Tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan kita. Bersikap terbuka adalah lebih baik.

09 April 2013

Topup Berjumlah RM460 Untuk Dimenangi !

topup, giveaway, mega topup giveaway, aisyah humaira, nabila biela
Mega Topup Giveaway By Nabila Biela & Aisyah Humaira'
Tarikh Tutup : 12 April 2013



!Assalamualaikum!
Bismillahirahmanirahim..pada hari ini .blog Nabila Biela dan Aisyah Humaira' merasmikan Mega Topup Giveaway. Nama pun topup giveaway, konfemlah hadiah pun semuanya topup. Sebanyak 70 hadiah topup yang bernilai RM5 keatas yang menanti anda! Sebelum tu jom tengok syarat-syarat segmen kali ni:

SYARAT-SYARAT

1) Follow dan like FB pages para sponsor
2) COPY PASTE ENTRY NI dan backlink kan banner di atas ke blog Nabila Biela atau Aisyah Humaira' *salah satu sahaja* #PASTIKAN LINK SEMUA HIDUP
3) Letak link entry tersebut di komen entry Aisyah Humaira' SAHAJA
4) Tamat pada 13/4/3013*seminggu sahaja*

FOLLOW SPONSOR dan FOLLOW G+

Nabila Biela 
Aisyah Humaira' | Aku Penghibur Fieyna Girang | Natrah Adnan Tauke Mykedai | Sharia Nadirah Fizz Graphic | Syazlina Saad

FOLLOW G+



LIKE FB SPONSOR



SENARAI HADIAH


10 ORANG TOP REFERRAL

RM30 X 1
RM10 X 9
60 ORANG RANDOM
RM10 X 8
RM5 X 52

SEMUA SEKALI RM460 UNTUK 70 ORANG PEMENANG!!

SEGMEN INI DITAJA OLEH:

Mega Topup Giveaway ini dianjurkan oleh Nabila Biela dan Aisyah Humaira' dan disponsor oleh  Aisyah Humaira'Hafizzy AzizFuh dot MyPingje dot orgAku PenghiburCikgu HailmiFieyna Girang, Natrah Adnan, Tauke Mykedai , Sharia NadirahNur Alja, Cik Yaya, Mohd Nasir, Ibnuismail Ismail, Arol MubinAien HermionieSare Says dan Nurul Firzanah, Nabilah Ahmad, Shazlina Saad, Sheila Eiman, Cik Hawa, Shaila, Cik Amabee, Dhia Akma, Shakirah Rosli, Heirizaliana Yana, Cik Honney , Asma' Sah, Aliya, dan Dysha Sahhir.

P/S: Entry ni wajib di copy paste oleh para peserta dan para sponsor boleh join sekali. =)

-------------------------------------------------------------------------------

UPDATE TERKINI : SENARAI PESERTA !





Assalamualaikum. Hai semua! Tue diaaa, Arol Mubin join giveaway. Setelah sekian lama tak join giveaway, akhirnya pintu hati nie terbuka jugak untuk join kembali. Kemain poyo ayat. Kahkah! K lah. Aku harap ada rezeki aku untuk menang Mega Topup Giveaway nie. ^^

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah. - Jose Joaquin Olmedo. *Tapi jangan berharap terlalu tinggi, kalau jatuh nanti tak sakit sangat.

03 April 2013

Azam April 2013

quotes, life quotes, new chapter

Assalamualaikum. Selamat datang April 2013! Selamat tinggal, Mac 2013 yang indah! Indah. Terima kasih, Mac 2013! Banyak peristiwa menggembirakan yang berlaku dan telah menjadi sebahagian daripada kenangan terindah dalam hidup aku. Alhamdulillah. ^^

Setiap kali masuk bulan baru, aku akan tetapkan beberapa azam kecil. Ingat tahun baru jek ke ada azam?  Bulan baru pun ada! Kalau boleh, setiap hari kita mesti ada azam. Paling mudah, "esok mesti lebih baik daripada hari ini". Kan? Azam jugak tue.


Azam April 2013 :

1) Tidur awal. Hahaha! Azam nie memang tak pernah tercapai pun. Tambah pulak, sekarang nie dah habis sekolah. Setiap hari tidur pukul 3 pagi dan paling awal pukul 1 pagi. Lepas Subuh, sambung tidur lagi. So, aku nak cuba tukar. Paling lambat tidur pun pukul 12 malam.

2) Rajin update blog. Hahaha! Sejak aku mulakan hidup baru bersama blog baru (cewah!), aku makin bersemangat sikit nak update blog. Sikit jelah. Tak banyak mana pun. Kihkih. Tapi kadang-kadang mood tak berapa baik, itu yang terabai blog. Layan Facebook jeee.

3) Cari duit poket. Dah 4 bulan jadi petani kurang berjaya. Kawan-kawan lain ada yang dah jadi CEO, pengetua sekolah, artis Hollywood tapi aku masih tanam anggur di belakang rumah. Sobs sobs. *kesat air mata* Insyallah, akan berusaha untuk mencari duit poket. Hihik.


Itu jelah. Ada banyak lagi tapi yang selebihnya biar aku sorang jelah yang tahu. Hehehe!
Mac 2013 korang indah jugak ke? So far, macam mana April 2013? 

Anda tidak perlu jadi hebat untuk memulakan sesuatu,
tetapi jika anda ingin jadi hebat, anda perlu lakukan sesuatu!