03 April 2013

Azam April 2013

quotes, life quotes, new chapter

Assalamualaikum. Selamat datang April 2013! Selamat tinggal, Mac 2013 yang indah! Indah. Terima kasih, Mac 2013! Banyak peristiwa menggembirakan yang berlaku dan telah menjadi sebahagian daripada kenangan terindah dalam hidup aku. Alhamdulillah. ^^

Setiap kali masuk bulan baru, aku akan tetapkan beberapa azam kecil. Ingat tahun baru jek ke ada azam?  Bulan baru pun ada! Kalau boleh, setiap hari kita mesti ada azam. Paling mudah, "esok mesti lebih baik daripada hari ini". Kan? Azam jugak tue.


Azam April 2013 :

1) Tidur awal. Hahaha! Azam nie memang tak pernah tercapai pun. Tambah pulak, sekarang nie dah habis sekolah. Setiap hari tidur pukul 3 pagi dan paling awal pukul 1 pagi. Lepas Subuh, sambung tidur lagi. So, aku nak cuba tukar. Paling lambat tidur pun pukul 12 malam.

2) Rajin update blog. Hahaha! Sejak aku mulakan hidup baru bersama blog baru (cewah!), aku makin bersemangat sikit nak update blog. Sikit jelah. Tak banyak mana pun. Kihkih. Tapi kadang-kadang mood tak berapa baik, itu yang terabai blog. Layan Facebook jeee.

3) Cari duit poket. Dah 4 bulan jadi petani kurang berjaya. Kawan-kawan lain ada yang dah jadi CEO, pengetua sekolah, artis Hollywood tapi aku masih tanam anggur di belakang rumah. Sobs sobs. *kesat air mata* Insyallah, akan berusaha untuk mencari duit poket. Hihik.


Itu jelah. Ada banyak lagi tapi yang selebihnya biar aku sorang jelah yang tahu. Hehehe!
Mac 2013 korang indah jugak ke? So far, macam mana April 2013? 

Anda tidak perlu jadi hebat untuk memulakan sesuatu,
tetapi jika anda ingin jadi hebat, anda perlu lakukan sesuatu!

43 comments:

  1. Replies
    1. Kadang-kadang mimpi itu terlalu indah sampai susah nak bangun. :D

      Delete
  2. very the like dgn azam april ! hihi sama laa azam kita.. yg no 3 tu sebjik sejiban :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azam seorang penganggur. Hahaha! Jom jom kita cari kerja! :D

      Delete
  3. Replies
    1. Insyallah, harapnya begitulah. Tengah berusaha untuk merealisasikannya. ^^

      Delete
  4. Bulan Mac adalah bulan yang paling happy sebb ada hari jadik kita. For april pulak, nak tumpukan lebih pada spm. btw, goodluck untuk azam april. semoga tercapai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy Belated Birthday! Hehehe. Bagus! Semoga berjaya dalam SPM yeah, bakal ahli farmasi! :D Terima kasih! Insyallah. ^^

      Delete
  5. Hai April!! haha.. Orang selalunya setiap tahun buat azam. Arol pula buat azam, setiap bulan.. gila dasyat..haha.. Moga azam bulan Aprilmu akan tercapai arol.. >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Azwar! Setiap bulan nie cuma azam kecil sahaja. Insyallah, aamiin. ^^

      Delete
  6. laa..banyak lagi azam nya...haha

    azam april 2013 nk update blog & fb..
    lagi..biarla rahsia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lagi yang belum tercapai. Hehehe! Selamat update blog & Facebook! :D

      Delete
  7. Good luck dik! Semoga azam2 tersebut berjaya dicapai ^_____^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, kak! Insyallah, harap berjaya dicapai sebelum bulan Mei. ^^

      Delete
  8. semoga tercapai segala impian...
    jemput follow yer
    http://www.bingkisanrosey.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. Kerja , simpan duit jangan menghabiskan duit !! hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kerja tue yang malas. Menghabiskan duit tue yang best. Hahaha! :D

      Delete
  10. good luck azam baru.. langkah pertama untuk dapatkan langkah beribu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih! Yeah! Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama. ^^

      Delete
  11. azam april saya ialah menjadi insan yang lebih berguna. ecewah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah. Sama-sama lah kita memperbaiki diri dari hari ke hari. =)

      Delete
  12. semoga dpt cpi azam k..usaha...doa tawakal..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah, sedang berusaha untuk merealisasikan azam April 2013. :D

      Delete
  13. tiap2 bulan ada azam? hehehe
    setiap usaha ada ganjaran kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup! Saje nak cabar diri sendiri. Betul tue! Kalau nak ganjaran, kenalah berusaha. Hehehe! :D

      Delete
  14. insyallah, azam bulan ne, nak simpan duit nak shopping kat zalora..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Semakin famous Zalora sekarang nie! Semoga tercapai azam tersebut. :D

      Delete
  15. Ohh ~ azam In untuk tidur awal tercapai tauu !!! :D
    All the best to you ~~~ ^^,

    Dan azam sweet April In,hahaha ... ingin menjadi seorang yang lebih baik dan yang dapat mengimbangi perkara di dunia dan akhirat :) In syaa Allah~ *kalau masih tak mampu,akan diteruskan setiap bulan sehingga nafas yang terakhir* Kihkihkih ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, In! Azam nak tidur awal tue tak tercapai lagi, susah sikit bagi Arol. Hehehe! :D Insyallah, sama-sama kita berusaha ke arah itu. Arol pun selalu renew semula azam yang belum dapat dicapai. =)

      Delete
    2. Yep,sesama :) In faham~ waktu sekolah jea tercapai,waktu cuti kekadang terlajak XD hihi ~ Yup,in syaa Allah ^^,

      Delete
    3. Kalau waktu sekolah, pukul 9 malam dah mengantuk. Tidur awal sampai lupa kerja sekolah. Hahaha! :DD

      Delete
  16. TAHNIAH ! kekalkan dengan sikap baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah, sedang berusaha untuk kekalkannya. ^^

      P/S: Baru perasan komen nie tersimpan kat spam.

      Delete
  17. wah..ade azam baru eah?..semoga azam arol tercapai..chaiyok2 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup! Setiap bulan memang ade azam baru. Insyallah. ^^

      Delete
  18. waaaaa.. azam untuk April yea.. hemm.. gooddd.. =)

    done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, azam untuk bulan April! Okay, nanti Arol singgah yeah. =)

      Delete
  19. Azam yang bagus tu rajin update blog.. Nice:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi belum tercapai lagi azam tue. Hehehe! :D

      Delete