28 May 2014

Meniti Hari-Hari Terakhir

quote, busy, home sweet home, wordless wednesday

Assalamualaikum. Hai semua! Hari-hari terakhir semester dua yang saaaaangat memenatkan! Tidak mampu digambarkan dengan kata-kata penatnya. Penat luar biasa baq hang!

Tidak mampu menaip panjang lebar sebab ada tanggungjawab yang masih belum selesai lagi. Petang esok ada pembentangan untuk projek kursus minor. Doakan kumpulan aku dapat buat yang terbaik yeah! Tidak dapat dinafikan, projek kursus minor semester nie memang mencabar kami yang takde ilmu asas mengenainya. Nak tahu aku ambil kursus minor apa? Ada kaitan jugak dengan kursus major (BATI). Lain kalilah ya aku beritahu. Insyallah.

Tiket bas dah beli! Gigih menunggu satu jam setengah baru dapat beli. Nak balik rumah punya pasal, apa pun aku sanggup. Study week kali nie balik sekejap jek sebab kalau duduk rumah faham-faham jelah. Study lima minit pastue tengok tv lima jam. Janji dapat balik rumah! Nak hilangkan stress dengan melihat wajah-wajah kesayangan hamba dan budak-budak bulusss.

Akhir kata, I'm too busy to tell people how busy I am! Hehehe. :D

P/S: Secara tidak rasminya esok merupakan hari terakhir untuk semester dua. Kalau secara rasminya nanti masa sudah habis jawab final exam pada hujung bulan Jun.

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,
tetapi kekuatan datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

32 comments:

  1. Replies
    1. Tak cuti pun sebenarnya sebab kena study. :D

      Delete
  2. hai arol ! dah lame tak singgah sini..btw, gud luck ! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Anis! Lama Anis menghilang. Terima kasih! :D

      Delete
  3. all the best in your future undertakings...

    ReplyDelete
  4. Semoga berjaya abang arol ! :D InsyaAllah mudah-mudahan kumpulan abang arol dapat buat yang terbaik esok. :)))) Selamat bercuti bertemu dengan ahli keluarga ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Miza! Alhamdulillah, kami dah buat sehabis baik semalam. Yeay, dah sampai rumah pagi tadi. Bahagiaaanya rasa! :D

      Delete
  5. go go go arol! lama tak ke sini ! hihi... arol pun makin lama makin tua,kahkah :P
    happy study week,jangan lupa belek buku ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Onie pun ikut tua sama. Hehe! Sebab tue balik rumah sekejap jek. Nak belek buku lama sikit kat asrama. :D

      Delete
  6. Replies
    1. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Walaupun ada beberapa cabaran yang perlu dihadapi. :)

      Delete
  7. selamat bercuti....dan good luck utk presentation nnt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih! Lega bila dah selesai presentation. :D

      Delete
  8. gudluck ! hehe.. dan selamat bercuti nanti yaww .. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Leen! Sedang bercuti sekarang nie. :D

      Delete
  9. all the best and good luck......

    ReplyDelete
  10. Sedih la nak abes sem dah :'( All the best Arol. CHAYOKK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan final year pun, Safiah. Jangan sedih-sedih! Hehe. Thanks! :D

      Delete
  11. bunyi tajuk macam orang nak tamatkan zaman bujang. hehe.. gudluck arol. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? Hahaha! Tak terfikir pulak pasal tue masa pilih tajuk nie. Thanks! :D

      Delete
  12. Hai arol, Good luck for you exam. Oowww ambil kurus minor apa tu?. Miela tak ambik minor lagi, baru tengah fikir nak ambil minor apa sem depan..huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai! Terima kasih, Miela! Cubalah teka. Hahaha! Kalau Miela ambil minor yang sama dengan Arol, kita jumpa sem depan ya. :D

      Delete
  13. semoga berjaya final exam tu!

    y 1st tu kelakar..[still alive, just busy]..hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Ai Syah! Dapat idea buat entri nie daripada gambar tue lah. Hehehe! :D

      Delete