26 July 2014

Menjelang Hari Raya Aidilfitri 2014

kad raya, aidilfitri, syawal


Assalamualaikum. Hai semua! Insyallah, hari Isnin minggu depan iaitu 28 Julai 2014 kita semua akan menyambut hari raya. Oleh itu, Selamat Hari Raya Aidilfitri! Aku minta maaf ya kalau aku pernah terkasar bahasa sama ada dalam entri blog nie atau komen-komen di blog korang. Nanti bila dah puas beraya, aku akan kembali update blog suam-suam kuku nie.

Persiapan raya tahun nie biasa-biasa jek. Kot? Aku rasa biasa-biasa jek sebab persiapan raya tahun lepas lebih meriah daripada tahun nie. Nanti dah puas beraya baru aku cerita sikit-sikit pasal warna tema baju raya tahun nie dan yang sewaktu dengannya. Tetapi macam biasalah, itu pun kalau aku rajin nak update blog. Kalau malas, aku cerita raya tahun depan jelah.

Sementara nak tunggu entri seterusnya daripada aku yang belum pasti lagi bila nak muncul, maka korang dijemput untuk baca entri Cerita Raya 2013 Arol Mubin. Rugi tak baca! :p

Semoga hari raya Aidilfitri tahun nie lebih best daripada tahun-tahun yang lalu! Makan sedap, ambil gambar cantik, dapat duit raya banyak (yang ini macam takde harapan) dan sebagainya sebab aku malas nak taip. Tetapi aku lagi malas nak kemas rumah. Hahahahaha!

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin! :)

Kbai, nak sambung kemas rumah. *lap peluh*

12 comments:

  1. salam aidilfitri Arol..maaf segala salah silap ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri, kak Salbiah! Maaf zahir dan batin. :D

      Delete
  2. selamat hari raya arol.. maaf zahir n batin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya, abe Zuki! Maaf zahir dan batin. :)

      Delete
  3. Selamat Hari Raya Arol!! Maaf Zahir Batin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya, Izzaidah! Maaf zahir dan batin. :)

      Delete
  4. Selamat hari raya jugak. Maaf zahir batin. Kosong-kosong ye..hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya! Maaf zahir dan batin. Alright, kita kosong kosong! :D

      Delete
  5. Abang Arol ! ! ! ! *Lambai tangan. Lamanya tak baca kisah abang arol. Abang arol balik mana tahun ni ? Hihihi. Taqabballahu minna waminkum. Moga Allah terima segala amal ibadat kita sepanjang ramadan dan pada esok syawal Allah anugerahkan kita anugerah ramadan terbesar iaitu taqwa. Aamiin :') Miza minta maaf kalau ada tekasar bahasa, tergurau melebih, terguriskan hati. Selamat Menyambut hari raya Aidilfitri buat abang arol sekeluarga ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mizaaa! :D *lambai tangan* Beraya kat Melaka jek tahun nie. Insyallah, aamiin. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Miza dan keluarga! Minta maaf kalau ada salah dan silap sepanjang kita kenal. :)

      Delete
  6. slmt hri rya! maaf zhir n batin arol..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya, kak! Maaf zahir dan batin. :D

      Delete