09 July 2014

Ketika Rindu Bertamu Di Kalbu

Assalamualaikum. Hai semua! Alhamdulillah, sudah hampir dua minggu kita berpuasa. :)


rindu, muhasabah, peringatan

Ketika rindu bertamu di kalbu, yang mana lebih sweet? Nombor 1 atau 2?


Ada orang cakap dan aku jugak pernah baca kat internet, "Apabila kita merindui seseorang (atau sesiapa saja), letakkan tangan di dada sambil baca surah Al-Fatihah dan berzikir kepada Allah dengan niat semoga orang itu merasai rindu kita padanya."

Aku selalu buat macam tue kalau berada di Penang. Well, homesick tegar kan! Sentiasa rindu keluarga dan kucing-kucing kat rumah. Tetapi aku tak pernah tanya pulak kat keluarga aku sama ada dorang rasa atau tidak, rindu aku tue. Yang pastinya kucing-kucing aku rasa! Sebab bila aku tanya, dorang akan jawab "Meowww!" yang bermaksud "We miss you too!". Hihi.

Lagi satu, boleh baca doa Nabi Yusuf (ketika merindui Zulaikha). "Ya Allah! Sampaikan salam rinduku kepada *nama penuh orang yang kita rindu* sehingga menjadi kerinduannya."

Selepas nie kalau rindu sesiapa, kita berdoa. Sebab cara tue yang paling sweet! Bukan rindu pakwe/makwe semata-mata, rindu ahli keluarga dan rindu kawan-kawan pun boleh. :)

Kawal rindu dengan doa. Kawal cemburu dengan bersangka baik.
Kawal kemarahan dengan berwuduk. Kawal nafsu dengan iman.

35 comments:

  1. Tetiba rindu :(

    Thanks ingatkan sya.

    ReplyDelete
  2. sweet entry ni...SA suka...nak pulak SA sedang merindui seseorang...nak buat macam tu la..agar dia pun sama...

    ReplyDelete
  3. Tulah rindu kena bertempat gak...boleh cuba nnt..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum arol.. haa rindu makwe ye. hehehe kita singgah dan follow awak sini~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. Makwe pun takde, nak rindu macam mana. :D

      Delete
  5. singgah n follow u back
    thanks

    ReplyDelete
  6. kucing kat uma ni pun selalu rindukan sy. hee :)

    ReplyDelete
  7. nice sharing for couple2 kat luar tu..hihihi
    yang dh kawen no hal...
    TQ SINGGAH BLOG SAYA..I FOLLOW U..FOLLOWER KE 2222...CANTIK NO SAYA HIHIHI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Sentap dorang. Terima kasih sudi follow! :D

      Delete
  8. Dah sepertiga ramadhan.. banyakkan berselawat ... salam ukhwah

    ReplyDelete
  9. Alalala sweetnya. Tips 2 lebih sweet dari segi islamik.
    Lepas ni boleh la cuba.
    Kucing pon dapat juga kerinduan arol ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tue! Dapat tapi kadang-kadang dorang malu nak mengaku. :D

      Delete
  10. Alhamdulillah..thanks for sharing Arol! :)

    ReplyDelete
  11. betul tu arol.. husna pon tetapkan hati utk buat mcm tu je skarang nih.. so that kita tak kan trima rindu palsu kan..biar Allah yg aturkan semua.. indahnya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, betul tue! Sebab apa yang Allah aturkan lebih indah. :)

      Delete
  12. Amin.. jauhkanlah drp menghampiri perbuatan maksiat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah. Melalui cara nie, boleh hindari daripada maksiat.

      Delete
  13. yapp.. betul2 .. selalu jugak camtu. rindu , berzikir, baca Quran .. tengok gambar family. hoho.. #homesick tegar.. dulu lahh .. ~ sekarang da kat umah . keh3 =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arol pun dah tak homesick sebab tengah cuti semester. Insyallah, bulan 9 nanti kembali jadi homesick tegar. :D

      Delete
  14. Ye betul . Kadang-kadang rindu tak perlu dinyatakan , sekadar simpan di hati dan berdoa . kadang-kadang ditiup kan perasaan rindu tu untuk kita sentiasa mengingati orang tu . Kan kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul! Luahkan rindu dengan berdoa lebih sweet. ;)

      Delete
  15. haa rindu siapa lah tu :p
    done follow 2222.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu kat blog nie haaa! Hehe. Terima kasih sudi follow! :D

      Delete
  16. skng dah xrindu sbb dduk umah..yea!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronoknya dah habis belajar! Arol pun kat rumah jugak. :D

      Delete
  17. Replies
    1. Takde lah, kak Lya. Saje jek buat entri nie. :D

      Delete
  18. Salam Ramadan. Terima kasih sudi datang sini! Insyallah. :)

    ReplyDelete