25 June 2014

Cuti Semester Bakal Tiba!

Assalamualaikum. Hai semua! :)


cuti semester, USM

SETUJU ATAU TIDAK?


Cuti semester yang lepas, aku balik rumah naik kereta sebab kakak dan abang ipar aku rajin datang jemput adik kesayangan dorang nie. Jadi, aku kemas barang-barang pun ala kadar jek. Balik naik kereta, nak risau apa kan? Tetapi untuk cuti semester kali nie, aku akan balik ke rumah menaiki bas. Oleh itu, aku perlulah bijak mengemas. Nasib baik masa cuti study week hari tue aku dah bawa balik separuh pakaian dan barang-barang yang dah tak guna. Malam tadi pulak dah simpan dua kotak barang kat stor asrama. Kurang sikit barang nak bawa balik.


#LastPaper #MenghitungJam #CutiSemester #BalikKampung Kemain hashtag kat blog! :D

What I love most about my home is who I share it with.

32 comments:

  1. setuju,kalau lelaki bawa barang satu lori alamatnya kena kutuk berabuklah....mesti orang kata mengalahkan perempuan.Biasalh...perempuankan teliti dan cerewet.Semua perkara nak kena perfect.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lelaki yang bawa lebih daripada 2 beg pun dah kena kutuk. Perempuan banyak sangat barang. Bila cuti, dah takde tempat nak simpan. Terpaksa bawa balik. :D

      Delete
  2. hujung sem ok lagi, sebab boleh simpan dalam stor.dah habis final year tu memang kena bawak lori treler.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rumah dekat takpe jugak. Kalau U kat utara, rumah kat selatan? Sendiri mau ingat lah. :D

      Delete
  3. hahaha...cik akak suka...setuju sesangat...kalau dah nak balik tu memang tu lah jawapannya..hihi...singgah menabung dulu dik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Excited sangat nak balik rumah! Semua barang angkut bawa balik. :D

      Delete
  4. Selamat bercuti Arol Mubin . Amboi tak sabar nampaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Nik! Cuti kannn, siapa yang tak excited? :D

      Delete
  5. Wah...sure seronok cuti semester kan..leh posa sama2 ngan family...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronokkk! Boleh puasa dan beraya sekali dengan family. :)

      Delete
  6. Selamat pulang ke kampung. Hehe bestnya Miela dah nak dekat seminggu kat kampung :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik sekarang nie dah ada kat rumah, so tak jeles pun! :D

      Delete
  7. hahaha untung sem lepas naik kereta. Sakit sikit kalau naik bas ni, kalau part nak mengangkut barang yg banyak. Arol tinggal kat asrama lagi ke untuk sem depan ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit banyak weh! Hahaha. Alhamdulillah, dapat asrama. :)

      Delete
  8. Arol tolong buatkan header blog comel macam arol plis plis plisss. hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errrrr, tak retilah nak buat header comel2. Hehehe! :D

      Delete
  9. assalamualaikum arol..
    selamat bercuti.. biasa la tu.. orng ppuan mmng xleh lari daripada mempunyai barang yang bnyk..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt, kak Mimie. Memang realiti sejak azali ek. Hehe! :D

      Delete
  10. Selamat bercuti arol...aku kalau cuti semester dulu benda paling wajib kena bawak balik ialah PC. Pergh nak mengangkut PC dalam train mmg seksa. Dengan beg pakaian lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PC? Wow! Memang nampak menyeksakan. Hari tue bawa balik printer pun dah rasa seksa sangat. Hahaha! :D

      Delete
  11. betul. setuju saya jugak pernah menjadi student suatu masa dulu.

    ReplyDelete
  12. Memang betul tu... Dulu zumal pernah buat biz simpan barang student UUM memang perempuan paling banyak barang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat stor asrama Arol banyak jugak barang. Macam2 barang budak lelaki simpan, sebab tue dorang balik cuti berlenggang jek. :D

      Delete
  13. Salam ramadhan Arol n selamat bercuti..Biasalah perempuan memang banyak barang dari lelaki..kalau sikit orang kata pelik plak nanti..hahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadan, Azwa! Betul jugak. Kalau sikit memang pelik! :D

      Delete
  14. betul ! setuju sangat2, CN lagi la duk srwak, mmg jenuh let go barang2 tak patut sbb rugi byr brg lebih ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak dulu study kat Sabah pun sama. Dah habis final year dia jual barang2 yang tak guna. Bawa balik yang penting2 jek. :)

      Delete