05 August 2014

Cerita Santai #4 : Seminggu Berhari Raya!

Upin Ipin, raya, aidilfitri


Assalamualaikum. Hai semua! Selamat Hari Raya Aidilfitri. Hari nie sudah 9 Syawal rupanya! Nak ulang semula 1 Syawal boleh tak? Atau sehari sebelum raya pun boleh. Seronok beraya tetapi sedih sebab cuti semester dah nak habis. Rasa macam tak puas lagi duduk kat rumah. Mak selalu cakap, "Kalau nak duduk rumah jek, berhenti belajar!" Kkkkk. Hahaha.

Aku dah ada niat nak cerita pasal raya 2014, niat jewww niattt. Selepas niat kena tunggu rajin pulak lepas tue baru aku post entri pasal raya tahun nie. Raya tahun nie sederhana seperti biasa tetapi tetap meriah. Cuma bezanya raya tahun nie ada ahli keluarga baru yang beraya bersama kami dan insyallah tak lama lagi akan bertambah seorang lagi ahli baru.

Sepatutnya semalam semua orang dah start bekerja tetapi ada sesuatu yang telah berlaku pada kami sekeluarga. *dramatic music* Jadi semua orang masih bercuti di rumah sekarang. Dugaan di bulan Syawal. Insyallah, nanti kalau rajin aku cerita apa yang terjadi. Okay.

Eh kejap! Perasan tak header baru blog nie? Hehehehehehew kbai.

Gemersik takbir mengundang hiba, salam diutus tanda ingatan.
Syawal dinanti sudah pun tiba, pohon keampunan segala kekhilafan.

Cerita Santai #1 | Cerita Santai #2 | Cerita Santai #3

20 comments:

  1. Teringin pulak nak tahu apa jadi . Btw selamat hari raya Arol . Bila cuti habis tue ? hehehe Macam cantik je header baru ! Ada kucing !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah, nanti kalau rajin Arol cerita. Hehe! Selamat Hari Raya, Nik! Cuti tinggal sebulan jek lagi. Terima kasih! :D

      Delete
  2. lawanya header baru. kucing tu comel sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Miela! Teringat kucing-kucing kat RST. :D

      Delete
  3. aigoo~ Selamat hari raya! semoga dijauhkan dr keburukkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya, kak Sally! Insyallah, aamiin. :)

      Delete
  4. Salam. bila dah bekerja semula ni..mood raya pun hilang huhuhu

    nice header :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. Selalunya memang macam tue. Nasib baik Arol tengah cuti semester. Hehe! Terima kasih! :D

      Delete
  5. aah la, baru prasan la header baru..lgi mcm bebudak..hehe..chumil jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Header tema kanak-kanak riang! Terima kasih! :D

      Delete
  6. Camat hali laya arol.. maap zahir dan batin. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya, kak Scha! Maaf zahir dan batin. :D

      Delete