04 November 2013

Entri Pengubat Rindu

oh my god

Assalamualaikum. Hai semua! OMG! Cuba tengok gambar kat atas, dah berapa lama aku tak update blog? Rindu jugak lah nak menaip entri dan baca entri kawan-kawan. Ini pun tak tahu nak cerita apa sebenarnya, tapi nak update jugak entri baru. Mana tahu ada orang yang rindu nak baca blog aku ke. Kesian dorang derita merindu. Kahkahkah! :D

Pada 1 November 2013 yang lalu genap 2 bulan aku bergelar mahasiswa di sebuah universiti tempatan. Dalam masa 2 bulan tue macam-macam situasi aku dah lalui. Setiap saat aku homesick. Eh? Hahaha. Secara jujurnya, aku masih homesick tahap kronik walaupun dah 2 bulan kat situ. Yelah, aku dah duduk rumah 20 tahun. Mana tak homesick. Hikhik. Aku tak kisah sangat kena berdikari, itu okay jek. Paling tak boleh tahan bila rindu bertandang. Rindu mak, ayah, kakak-kakak dan kucing-kucing. Pheww, 'banjir' weh bilik aku! Hahaha.

Sekarang nie tengah cuti midsem seminggu. Tapi assignment berlambak, nak study untuk test. Lagi satu, sekarang tengah sibuk nak buat persiapan untuk majlis perkahwinan kakak aku. Tinggal lagi beberapa hari jek. The feeling bila family tengah sibuk buat persiapan kat rumah, aku berada di universiti. Sobs sobs! Tapi family selalu update persiapan melalui call, whatsapp atau email. Lepas cuti midsem nie, aku akan balik rumah lagi time hari langsung. So sad. Tak dapat jadi full time wedding planner untuk wedding Along.

Inilah lumrah belajar jauh. Takde lah jauh sangat, masih dalam Malaysia tapi jauh jugak bagi aku sebab susah nak balik. Hahaha. Mula-mula dulu ada jugak pertikaikan, "Kenapa aku dapat jauh? Kan best kalau dapat U yang dekat." Tapi perancangan Allah adalah yang terbaik kerana Dia merancang dengan penuh cinta. Bersyukur dapat sambung belajar. :)

Eh? Aku belum bagitahu lagi aku belajar kat mana sekarang. Nanti kalau ada masa terluang, aku post entri khas pasal universiti aku. Cewah! Kemain! Tapi korang boleh tengok jugak kat Facebook dan Twitter aku. Sebab nak tunggu aku post entri tue tak tahu lah zaman bila.

K lah. Nak tengok tv. *Kesian assignment terperap dalam beg. :p

28 August 2013

Warkah Buat Teman Blogger

Assalamualaikum. Hai semua! Syukur kerana masih ada sisa-sisa sifat rajin dalam diriku, maka terhasil lah entri ini. Kalau tidak, baca jelah cerita raya 2013 aku sampai bulan depan.

Straight to the point. Insyallah, tanggal 1 September 2013 aku akan sambung belajar di U**. Cuba teka U apa? Luls. Lepas nie mesti aku jarang update blog sebab sibuk dengan minggu orientasi dan kena setelkan pelbagai urusan. Tapi sepanjang cuti 9 bulan nie pun, aku jarang update blog jugak. Hahaha! Tagline "suam-suam kuku jek", so jarang update pun takpe.

Nanti bila semua urusan dah setel, aku akan kembali. Itu pun kalau homesick aku tak teruk. Kahkah! First time nak duduk asrama! Jauh pulak tue. Nak balik selalu, tiket kemain mahal! Takpe, belajar berdikari. *kesat air mata* Aku tahu, Allah merancang dengan penuh cinta.

quotes, homesick

Lagi satu, terima kasih kepada korang yang sudi datang ke blog nie dan tinggalkan komen! Maaf sebab aku tak sempat nak balas kunjungan apatah lagi komen entri korang.

Akhir kata, doakan kejayaan aku! Semoga segala urusan dipermudahkan dan semoga aku kuat semangat untuk mengharungi kehidupan baru sebagai seorang pelajar universiti. Yang paling penting sekali, semoga homesick aku tak teruk sangat. Hahaha! :D

Beginnings are usually scary and endings are usually sad,
but it's everything in between that makes it all worth living.