Assalamualaikum. Selamat Hari Raya Aidilfitri! Minta maaf kalau aku ada post entri yang buat korang terasa, atau mengguris hati korang, terkasar bahasa semasa komen entri-entri korang atau aku ada bergurau kasar atau atau ahhh klise betul ucapan hari raya macam nie! Hahaha! Maaf zahir dan batin. Duit raya untuk aku ada tak? Hikhik. ;)
Aidilfitri tahun nie biasa-biasa jek. Tak meriah sangat pun! Rasanya aidilfitri tahun-tahun lepas lebih meriah. Tapi part yang paling aku suka ialah
baju raya!!! Dalam
entri ini aku dah janji nak bagitahu warna tema baju raya keluarga aku lepas raya, so warnanya ialah BIRU! Biarlah orang nak kata kami macam kumpulan boria ke apa, kami memang suka pakai sedondon. Senang bila pergi beraya, orang tahu kita nie anak siapa sebab baju sama. Hehehe!
Aidilfitri tahun nie aku minta pereka fesyen aku jahitkan baju Melayu moden. Bukan Hatta Dolmat atau Radzwan Radziwill, tetapi pereka fesyen kesayangan aku sejak kecil sampailah sekarang ialah Mak aku sendiri. Sebenarnya, aku berkenan dengan rekaan baju Melayu seorang pereka fesyen terkenal. So, aku suruh Mak aku duplicate rekaan tue. Gembira tak terkata aku bila tengok hasilnya! Bila tengok tv, ada seorang artis pun pakai baju Melayu design macam aku. "Tengok tue! Baju ***** (nama artis) macam baju Arol!". *feeling retis*
Aku malas nak upload gambar sebenarnya. Dapat menaip entri nie pun dah kira bersyukur. Kihkih! Nanti kalau tetiba aku kena sawan rajin, aku upload gambar. Gambar tak banyak sangat sebab aku nie bila dah jumpa ketupat, rendang, kuih raya, terus lupa kamera. Tangan nie asyik nak suap makanan ke dalam mulut jek. Tak dapat duit raya pun takpe, janji perut kenyang. Tapi tahun nie memang kurang dapat duit raya. Mungkin aku dah besar. Mungkin!
Panjang jugak aku taip! *ternganga mulut* Mesti korang baca tak habis, main skip skip. Kan? Kalau betul korang baca dari awal sampai akhir, sila beri komen untuk setiap perenggan. Kahkahkah! Selamat Hari Raya Aidilfitri! Sekian. :) *sambung makan kuih raya*
Ada mata pandanglah keindahan. Ada mulut berbudilah pertuturan.
Ada hati berilah kesayangan. Ada salah dan silap silalah maafkan.