Assalamualaikum. Semoga teman-teman blogger yang disayangi berada dalam keadaan sihat sejahtera. Tujuan saya menaip entri ini ialah untuk menceritakan apa yang telah berlaku pada 24 Julai 2013. Eh? Macam tulis karangan surat tidak rasmi pulak. Kihkih. Rindu sekolah. Eh?
Insyallah, tak lama lagi aku akan sambung belajar. Boleh baca entri ini. Jadi, macam-macam urusan yang aku kena setelkan. Semalam dari 9 pagi sampai 2.30 petang, aku setelkan mana yang termampu dulu. Alhamdulillah. Selesai beberapa perkara penting.
Mula-mula pergi Bank Islam, tunaikan cek Nuffnang. Lepas tue buat kad ATM. Pakcik pegawai bank tue peramah sangat, macam-macam dia tanya. Rasa macam interview pulak. Teringat interview UUM hari tue. Soalan cepu mas daripada pakcik tue, "Nak belajar jauh nie, tak nangis ke?". Aku jawab, "Nanti dulu. Belum lagi." Semua orang dok bahan macam aku nak belajar kat oversea jek. Kahkah! Lepas tue, aku pergi UTC sebab nak buat akaun SSPN. Lepas tue, pergi BSN beli nombor pin PTPTN. Lepas tue pergi pejabat pos, kemaskini buku bank. Saje nak tengok duit pidato aku dah masuk ke belum. Lepas tue, three! K tak lawak.
Boring pulak cerita pasal tue semua. Tukar topik. Semalam buka puasa, Mak dan Along masak laksa. Sedappp! Salah satu makanan kegemaran aku. Aku suruh Along buat karipap sardin, tapi dia beli karipap frozen kat Mydin. Tak kisah lah, janji karipap sardin. Nasib baik sedap! Korang buka puasa makan apa semalam? :)
Life is like a roller coaster. It has its ups and downs.
But it's your choice to scream or enjoy the ride. ^^