Assalamualaikum. Hai semua! Syukur kerana masih ada sisa-sisa sifat rajin dalam diriku, maka terhasil lah entri ini. Kalau tidak, baca jelah cerita raya 2013 aku sampai bulan depan.
Straight to the point. Insyallah, tanggal 1 September 2013 aku akan sambung belajar di U**. Cuba teka U apa? Luls. Lepas nie mesti aku jarang update blog sebab sibuk dengan minggu orientasi dan kena setelkan pelbagai urusan. Tapi sepanjang cuti 9 bulan nie pun, aku jarang update blog jugak. Hahaha! Tagline "suam-suam kuku jek", so jarang update pun takpe.
Nanti bila semua urusan dah setel, aku akan kembali. Itu pun kalau homesick aku tak teruk. Kahkah! First time nak duduk asrama! Jauh pulak tue. Nak balik selalu, tiket kemain mahal! Takpe, belajar berdikari. *kesat air mata* Aku tahu, Allah merancang dengan penuh cinta.

Lagi satu, terima kasih kepada korang yang sudi datang ke blog nie dan tinggalkan komen! Maaf sebab aku tak sempat nak balas kunjungan apatah lagi komen entri korang.
Akhir kata, doakan kejayaan aku! Semoga segala urusan dipermudahkan dan semoga aku kuat semangat untuk mengharungi kehidupan baru sebagai seorang pelajar universiti. Yang paling penting sekali, semoga homesick aku tak teruk sangat. Hahaha! :D
Beginnings are usually scary and endings are usually sad,
but it's everything in between that makes it all worth living.