09 January 2016

Derita 'Last Paper Syndrome'

Assalamualaikum. Hai semua! Sekarang nie aku berada di rumahku syurgaku tetapi peperiksaan akhir semester 5 aku belum habis lagi. Mungkin memang takdir hidup aku di USM, last paper mesti ada gap lama dengan paper yang sebelumnya. Haha! Samalah jugak macam semester lepas.

Jarak (Penang-Melaka) dan wang ringgit (PTPTN kan hado!) tidak menjadi halangan kepada aku. Maka wajiblah aku balik ke rumah dahulu sebab aku memang jenis manusia yang menghargai cuti. Kalau ada cuti jek, memang takkan nampak muka aku kat USM. Sebab aku balik Melaka.


BATI, terjemahan dan interpretasi, BATI USM, USM

Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Semester 5 BATI USM


Semester 5 buat aku rasa macam nak terjun bangunan. Setiap kali aku rasa stress gila waktu buat assignment dan study, aku akan tenung tingkap bilik. Nauzubillah min zalik. Nasib baik masih ada iman dalam diri. Walaupun iman tak tebal mana pun. Mungkin senipis kulit bawang.


Tue diaaa panjang mukadimah aku! Sebenarnya aku nak kongsi gambar di bawah nie jek.


last paper syndrome, exam quotes, final exam, BATI USM

Last Paper Syndrome / Sindrom Peperiksaan Subjek Terakhir

Last Paper Syndrome (LPS) is defined as the delusion that the exam are completed. LPS is when you just don't feel like doing anything related to studying. It's worse than being lazy. It's happen when you only have one more exam left but your brain are completely in holiday mood. To avoid LPS, try find a place that can make you focus and open your book now!


Memang rasa terseksa jiwa dan raga bila menghidap Last Paper Syndrome nie. Deritanya hanya Tuhan sajalah yang tahu. Amboi, serius betul! Yelah. Mood study dah ke laut tetapi jauh di sudut hati mengharap keputusan yang cemerlang. Hewhew.

Aku ialah salah seorang yang ada Last Paper Syndrome. Hampir setiap semester. Bila gap last paper lama sangat dan lepas tue balik rumah pulak. Bukan main seronok dan senang hati duduk kat rumah macam dah start cuti semester jek. Kesian nota-nota kuliah kelemasan dalam beg.

Takpe lah. Hari nie aku balik Penang. Esok boleh pulun study sampai genius ye. Hihi. Macam tak biasa pulak buat kerja last minit. Eh. Kesimpulannya, tak sabarrrrr nak cuti semester.

There is a blessing hidden in every trial in life, but you have to be willing
to open your heart to see them
. :)

06 January 2016

2016 Mesti Lebih Bahagia!

happiness quotes, life quotes, happy quotes, quotes

Assalamualaikum. Hai semua! Yeayyy, Arol update blog! Maknanya aku berjaya lawan sifat malas update blog yang telah membelenggu diri sejak empat bulan lepas. Tahniah untuk diri sendiri.

Jadi, ini merupakan entri pertama untuk tahun 2016 dan harap bukan entri yang terakhir lah ye. Sebelum tue, Selamat Tahun Baharu 2016! *letupan bunga api* Belum terlambat lagi rasanya sebab baru hari keenam kan, bukannya bulan keenam. Tetapi aku rasa macam eh cepatnya masa berlalu dah 6 hari rupanya. Rasa macam baru malam tadi tengok bunga api tahun baharu.

Dah lah aku sambut malam tahun baharu kat tempat yang tidak disangka. Tahun 2015 memang banyak perkara yang tidak dijangka berlaku. Rasa pahit ketika melaluinya tetapi jadi manis pulak bila dikenang sekarang nie. Well, itulah indahnya perancangan Allah. Alhamdulillah.

Azam tahun baharu 2016 aku simple jek. Tak tahu nak kata azam ke apa, tetapi macam kata-kata yang akan aku genggam dan sentiasa sematkan di hati dalam meneruskan hidup. Amboi! Hihi.


"Learn to make yourself happy,
because no one is in charge of your happiness except you.
So, do more of what makes you happy!"


Sebenarnya dari hujung tahun lepas lagi aku dah cuba aplikasikan kata-kata di atas dalam hidup aku. Ada beberapa perkara yang aku buat dan dapat kutukan daripada orang. Aku tak ambil kisah sangat sebab yang penting perkara tue buat aku gembira dan aku bukannya buat perkara yang salah pun. Mulut orang faham-faham jelah kan. Mereka tak buat kita gembira lepas tue sibuk nak kritik apa yang kita buat. Biasalah tue, aku pun kadang-kadang macam tue jugak. Kahkah!

Rasanya cukup setakat di sini saja kot. Kalau cerita panjang lebar dalam entri pertama takut nanti entri yang seterusnya muncul pada tahun 2017 pulak. Sekian, terima kasih. Jumpa lagi!

Our mind is a powerful thing. When we start fill it with positive thoughts,
our life will start to change
. :)