07 August 2014

Bukan Senang Nak Senang!

teenager, teenager post,


Assalamualaikum. Hai semua! Mood raya aku dah habisI want to sleep for 3 years and wake up with a degree, a bungalow and money in the bank. Boleh tak macam tue? Tinggal nak cari calon isteri jek. Hahahaha! Cuti semester dah nak habis. Belum start semester baru lagi tapi dah ada dugaan yang perlu ditempuhi. Masalah dengan pendaftaran subjek. Huh.


facebook status, teenager post


Al-kisahnya aku tak boleh daftar subjek elektif untuk major. Subjek tue terhad jadi kena rebut. Aku daftar tepat pukul 9.00 pagi (waktu pendaftaran dibuka) tetapi tidak berjaya! Dua hari berturut-turut aku cuba daftar beratus kali tetapi masih tidak berjaya sehingga diberitahu bahawa "Quota is full!". Confirm masalah sistem! Yang peliknya, pelajar lelaki sahaja tak boleh daftar. Pelajar perempuan berjaya daftar subjek tue. Diskriminasi jantina ke apa nie?

Aku hantar emel kepada pensyarah subjek tue sebelum kuota penuh. Dia pun pelik bila tengok yang daftar subjek tue semua pelajar perempuan. So dia kata dia akan siasat kenapa masalah tersebut timbul. Pensyarah KIV nama aku dulu, mana tahu kalau ada pelajar yang drop subjek tue kan. Tetapi aku tak nak berharap terlalu tinggi. Sekarang nie aku sedang cari subjek lain untuk tambah unit. Ramai kawan cadangkan aku ambil bahasa asing tetapi errrrrrrrrrrr bahasa Inggeris aku pun huru-hara lagi. Tak payah berangan nak ambil bahasa lain! T.T

Well, bukan senang nak berjaya kan? Memang banyak liku-liku yang perlu kita tempuhi sebelum berjaya. *sedapkan hati* Ini baru pendaftaran subjek. Belum lagi start kuliah, tutorial, assignment bertimbun, homesick exam lagi. Mohon tambah cuti lagi sebulan boleh?

Ayah selalu pesan, "Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah." (^.^)y

My life may not be going the way I planned it, but it is going exactly
the way Allah planned it. And He is the best planner!
:)

16 comments:

  1. sekarang daftar pakai sistem online ke? aiyo, senang lagi zaman pakai manual dulu. tu baru ye siapa cepat dia dapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daftar manual pun boleh tapi kami nak rebut tempat untuk subjek-subjek yang terhad, so kena daftar online. Betul tue! Ini sistem buat hal, kita yang rugi.

      Delete
  2. tau xpe..timm dlu pun slalu dpt prob cmtu..mmg melangut la masuk klas tu wlaupun nma xde..berkt kesabaran..ada ja yg drop..ingtkn unimas je prob cmni..usm pun sma eh..huu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sistem USM pun kadang2 meragam jugak. Hehe! Takut takde yang drop, itu yang buat panas hati. :D

      Delete
  3. Akak setiap tahun ada masalah gitu. Satu uni rasa macam tu. Sabar je lah. Huhu. Kena tekan F5 bebanyak. Sabor, sabor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga yang senasib. Sakit jek hati bila tengok mesej "quota is full" tapi sabar sabar. Ada hikmah tue. :D

      Delete
  4. Takpe , susah sekarang , insyaAllah senang kelak . sabar banyak banyak . dugaan je tu . btw selamat berjaya untuk sem baru ye . Study smart !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah. Terima kasih, Nik! Semoga berjaya juga untuk Nik! :)

      Delete
  5. i feel you bro.. saya pun tengah serabut perut nak pilih lecturer untuk final year project :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dapat buat pilihan yang terbaik. Good luck, Zizie! :)

      Delete
  6. Buat yang terbaik arol. Jangan mengalah. banyak berdoa semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah. Terima kasih kerana memberi sokongan! :)

      Delete