24 May 2014

Senyum Selagi Mampu

smile quote, smile, quotes

Assalamualaikum. Hai semua! It's really hard when you want to express what you feel inside but all you can do is smile and bitterly say "never mind". Yes, it's really hard! But never minddd!

Korang pernah rasa macam tue tak? Sejak sambung belajar di USM, pelbagai jenis ragam manusia aku boleh jumpa kat sini. Aku tak kisah kalau ragam mereka tue tak kacau hidup aku. Tetapi ada ragam yang menyusahkan hidup orang lain, itu yang buat aku geram. T.T

Kadang-kadang tue sampai rasa macam nak sebut jek perkataan-perkataan yang tak sepatutnya depan mereka. Tetapi Mak selalu pesan, "Jangan buat macam tue (marah orang dengan kata-kata kesat), nanti boleh bergaduh. Biarkan jek. Ada masa nanti Allah balas." Aku nie berada di negeri orang, sebatang kara pulak tue. Kenalah jaga perangai kan.

Selalunya aku senyum dan cakap "Takde apa-apa, aku okay jek.". Padahal dalam hati rasa macam nak tolak sorang demi sorang masuk dalam Tasik Biawak USM! Hahaha. Buang masa jelah fikir orang yang kita tak suka. Assignment bertimbun pun tak cukup masa aku nak fikir. Kalau simpan marah dalam hati, nanti lama-lama jadi dendam pulak. Jadi sekarang nie, kalau aku tak suka seseorang, aku takkan peduli hal dia.

Kita tak mampu nak suka semua orang, sebab bukan semua orang suka kita. :D

Speak only when your words are more beautiful than the silence you make. #NoteToMyself #MuhasabahDiri

30 comments:

  1. haha.memula dok pikir USM cawangan mana..tapi lepas baca 'tasik biawak' terus dapat tangkap.hehe.akak pun student sana gak, tapi lama dah grad, tahun 2008.rileks la..usm best apa :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Popular betul biawak USM! Hehe. Ouh, alumni USM lah nie! USM memang best pun. Orang sekeliling jek kadang-kadang 'meragam'. :D

      Delete
  2. Sabar lah.... itu lah ucapan yang ALLAH selalu sarankn untuk kita hambanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup! Sabar itu separuh daripada iman. Insyallah, akan terus bersabar. :)

      Delete
  3. apa kata lepas ni tulis atas kertas lepas tu koyak sampai hancur. hihihi. terapi gak tu.
    tq sudi follow cikgu faiz ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idea yang menarik jugak tue! Boleh cuba nanti. Welcome! :D

      Delete
  4. nevermind!
    betul... hihihi.
    senyum je sampai mulut koyak eh hikhik.

    hmm, jgn marah marah abang Arol hehe.
    Tapi best kan?
    Busy kan diri sampai lupa orang orang tu hehe.
    And yes, tak semua orang suka kita. Kita pun tak suka semua orang hee~
    :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senyum sampai mulut koyak kalau nampak crush jek. Hahaha! Betul. Memang suka sibukkan diri, boleh kurangkan homesick jugak. Eh? :D

      Delete
  5. betul2 .. ~ haha.. pedulikan, bnyak lagi benda lain kita nak pikir, kan?
    :') senyum jaa.. huhu .. kena cepat2 lupakan. kot bila dah jadi dendam, lain pulak jadinya. terpesong, jauh dari ALLAH .. ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tue! Lebih baik kita fikirkan perkara-perkara yang indah. Itu sebab tak nak simpan lama-lama dalam hati, bahaya. :)

      Delete
  6. Relax relax Arol. Yang penting fokus dengan benda study. Ya, senyum tu terapi. Jadi senyum la selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah! Kena ingat semula niat datang ke sini nak buat apa. :)

      Delete
  7. Alhamdulillah. Tahniah buat abang arol sebab dapat tahan marah. Tabarakallah. Cuba la bila ada orang kacau abang arol yang menyebabkan abang arol marah, ambil wuduk, solat sunat. InsyaAllah. Moga Allah kuatkan iman dan hati abang arol. InsyaAllah abang arol jadi anak yang soleh dan hamba yang bertaqwa ^_^ Aamiin.

    Kalau miza mula2 je buat macam dalam gambar tu. tapi paling best bila kita ada masalah ada orang yang terdekat, terrapat, tersayang peluk kita (ibu, ayah, kakak, abang, kawan rapat yang sama mahram) :'))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah, lepas nie boleh amalkan. Aamiin. :) Itu memang paling best. Tapi duduk kat Penang sorang-sorang, dapat call family jelah. Call pun dah rasa lega. Macam hilang sikit marah tue sebab dapat kata-kata semangat. :D

      Delete
  8. singgah pagi : teruskan melawan amarah dalam diri banyakkan Istighfar ,segala yang terjadi ada hikmah dariNya..ingat pesan mak arol ye...best of luck :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah. Setiap perkara yang berlaku menjadikan diri kita lebih kuat. Terima kasih, kak Ana! :)

      Delete
  9. betul!bila belajar mcm2 ragam dan mcm2 perangai kita jumpa...kdg2 mmg xleh sabar gk la dgn perangai yg buat kita sakit hati..thanks follow..niesa follow sini jugak..salam kenal.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak orang, banyak ragam. Kalau tak boleh sabar pun, memang kena sabar jugak. Hehehe! Welcome. Salam perkenalan! :D

      Delete
  10. salam. huks nvm..just stay smile hehhee :)

    p/s menabung lactacyd :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. Yeah! Senyum selagi mampu. :)

      Delete
  11. Replies
    1. Betul betul! Sambil tue boleh bersedekah. :D

      Delete
  12. kan.... hmmm... indeed.. deep inside only we know..
    nice entry.. fifie singgah n follow sini #2198

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tue! Terima kasih sudi follow blog nie! :D

      Delete
  13. Assalamualaikum... Singgah sini sambil follow - mollow blog yg comel ni.. hehe...
    Jom join :D
    http://mycutestrawberry.blogspot.com/2014/05/setulus-kasih-ibu-contest-by-dr-shikin.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. Terima kasih sudi singgah dan follow! :D

      Delete
  14. keep calm n smile..=)

    kita tak mampu nak suka semua orang sebab tak semua orang suka kita..
    betul la tu..

    tapi kalau nak semua orang suka kita, kita kena suka semua orang..kita akan dapat apa yang kita beri..tough sebenarnya..tp kalau dapat buat kire hebat la tu..=)

    ReplyDelete
  15. Setuju! Sebab tue sekarang nie nak cuba elak daripada benci orang. Kalau tak suka sekali pun, buat biasa-biasa jek. Asalkan jangan benci. :)

    ReplyDelete