08 May 2014

Aku Ada Blog Rupanya!

Assalamualaikum. Hai semua! Tiba-tiba aku rasa kekok pulak ketika hendak menaip entri nie sebab dah dua bulan tinggalkan blog. Ouh? Aku ada blog rupanya! Macam mana entah boleh terlupa kat blog suam-suam kuku yang pernah menjadi teman setia aku setiap kali online pada suatu ketika dahulu. Rindunya zaman aktif blogging dulu! Tetapi berkali ganda lagi rindu aku pada keluarga dan kucing-kucing di rumah. Hashtag homesick tegar. Hahaha!



Keep Calm and Write a Blog :)


Tiba-tiba aku jadi blur dan termenung depan laptop. Sebab aku dah tak tahu nak taip apa lagi. Aku rasa kemahiran menulis aku macam semakin teruk. Beberapa minggu yang lalu, aku ada peperiksaan penulisan untuk kelas bahasa Inggeris. Soalannya senang jek tapi aku jadi blur dan tak tahu nak tulis apa. Tak tahu macam mana nak bina ayat yang sedap dibaca. Padahal dulu aku paling suka buat karangan. Tulis ayat bunga-bunga. Sampai esei Sejarah STPM pun aku buat ayat bunga-bunga jugak. Fakta sikit jek. Patutlah aku tak dapat A. *sobs sobs*

Ini entri warm up jek sebenarnya. Nak panaskan jari-jari yang dah lama tak menaip entri blog. Asyik taip komen dan chat di Facebook jek. Lagi satu, asyik taip assignment jekkkkk!

Baiklah, permisi dulu ya! Jumpa lagi.

Every struggle in your life has shaped you into the person you are today.
Be thankful for the hard times, they can only make you stronger.

32 comments:

  1. haha biasalah tuh, kalau buzy mmg blog dilupakan pown :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang kalau tak busy pun, boleh terlupa ada blog! :D

      Delete
  2. salam ; lawa header bro salam kenal .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. Terima kasih, PCL! :D

      Delete
  3. salam singgah dan follow....
    sy datang dari Giveway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dan semoga berjaya! :)

      Delete
  4. salam perkenalan
    http://cercitertashaqisha.blogspot.com/2014/05/giveaway-mega-1st-anniversary.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan, Tasha Aqisha! :)

      Delete
  5. haha ! keep it up! teruskan and slamat berblogging kembali .. ## esaimen, ofkoss ! haha =_=

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah, akan terus blogging. Rasa nak termuntah mengadap assignment setiap hari. Hahaha! :D

      Delete
  6. Hahah....blog pun berwajah baru.. Lawaaa...suka biru kehijauan ni. Nak kata biru tak nak kata hijau pun tak. Warna apa sebenarnya? heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Konon nak bangkitkan semangat blogging! Hehe. Hijau firus. :D

      Delete
  7. selamat kembali berblog ;)

    CN follow sini 2093 dari segmen mamaniza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dan semoga berjaya, CN! :D

      Delete
  8. ayat sempoi penuh info pun dah awesome dah, huhu..selamat kembali berblogging dan memerah idea. :D

    Salam perkenalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang nak buat ayat sempoi pun menghadapi 1001 kepayahan. Haha! Salam perkenalan. :)

      Delete
  9. hai arol, jemput singgah blog dieba :)

    http://darikacamataseorangwanita.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Dieba! Insyallah, nanti Arol singgah yeah. :D

      Delete
  10. hye..Syira dtg dr segmen Nak Url Blog oleh Mia Liana :)
    jom singgah rumah pink Syira ^_^ insyaAllah tak rugi ..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Syira! Terima kasih sudi datang sini! :D

      Delete
  11. Replies
    1. Hehehe! Dah tak berapa hijau sangat macam dulu. :D

      Delete
  12. Replies
    1. Lepas warm up terus tertidur zzz! :D

      Delete
  13. Assalamualaikum... singgah sini dari segmen mialiana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. Terima kasih sudi singgah sini! :D

      Delete