
Assalamualaikum. Hai semua! Aku ada banyak idea nak update blog sebenarnya, tapi idea utama jelah. Lepas taip pendahuluan, aku terus blur. Tak tahu apa yang nak dihuraikan dalam perenggan seterusnya. Maklumlah, dah hampir 5 bulan tinggalkan sekolah. Sampai terlupa segala ilmu mengarang yang cikgu ajar. Hehehe. *Rindu sekolah!
Jadi hari ini aku kumpulkan semua idea yang tak kesampaian untuk dibuat satu entri lengkap, untuk diceritakan dalam satu entri sahaja. 3 cerita dalam 1 entri. Macam tue lah.
1) Bobo
Aku yakin, majoriti mesti kenal si Bobo nie. Dah jadi retisss dia sekarang. Aku ingat lagi masa video parodi (lagu Sayang - Shae) dia baru muncul kat Facebook, ramai orang yang kutuk dia. Tapi sekarang? Ramai peminat weh, dan aku bukan salah seorang daripadanya. Hahaha. Siapa peminat Bobo? Sila flip hair. Btw, dah tengok video Gwiyomi Bobo?
2) Gwiyomi
Ini satu lagi yang tengah femesss sekarang. Merata laman sosial boleh jumpa video Gwiyomi, di Facebook, blog, Keek. Semua orang berusaha nak buat video Gwiyomi yang paling cute. Masing-masing tak nak kalah. Hahaha. Korang ada buat video Gwiyomi jugak ke?
3) MasterChef Selebriti Malaysia Musim Kedua
Siapa tengok MCSM2? Aku memang penonton setia MasterChef. Tapi untuk MCSM2 nie aku tak layan sangat. Tak tahu apa sebabnya. Eh. Korang tengok tak hari tue Zain Saidin errr takde pape lah. Tak jadi nak gosip. Hahahahaha! Btw, aku sokong Syura.
K lah. Itu jek yang aku nak cerita. *menguap* Rasa macam nak gwiyomi tidur jek.
Hargai orang yang membenci diri kita kerana dia sebenarnya adalah
peminat setia kita. Sanggup menghabiskan masanya hanya untuk
mencari kesalahan diri kita. :)