17 April 2013

Ujian Hebat Untuk Orang Yang Hebat

kata-kata semangat, ujian Allah, senyuman, la tahzan

Ya Allah!

Jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku, berikanlah aku keyakinan bahawa takdir Mu adalah lebih baik daripada apa yang aku inginkan dan impikan.

Engkau damaikanlah hatiku untuk menerima takdir Mu, kerana aku yakin dan percaya perancangan Mu adalah yang terbaik dan terindah buat diriku.

Insyallah, pasti ada hikmah dan kemanisan di sebalik ujian ini.

Walau di saat hati luluh, harapanmu jangan pernah runtuh.
Bisikkanlah ketabahan dalam harapan.

11 April 2013

Running Man Best Sangat Ke?

Running Man
Running Man.


Assalamualaikum. Annyeonghaseyo! Wakaka! Korang suka tengok Running Man tak? Tetiba hari nie nak cerita pasal Running Man. Sebelum nie, aku ada dengar kawan-kawan sebut "Running Man". Kat Facebook, Twitter semua orang bercerita pasal Running Man. Tertanya-tanya jugak. Hemm. Apa benda sebenarnya Running Man nie? Kemain femes lagi. Tapi aku tak peduli pun. Lantak lah.

Rupanya Running Man nie variety show Korea. Ouhhh. Patutlah femes. Korea kan. Kpop. Eh. Aku cuma layan cerita hantu Korea jek, yang lain aku tak layan. So, ramai jugak lah yang menghasut aku suruh tengok Running Man nie tapi aku tak berminat. Tapi semalam aku dah TERtengok. Kihkih. First time tengok! Aku tengok 2 episod jek (episod 27 & 140). 


Running Man
Lee Kwang-su, Ji Suk-jin, Yu Jae-suk, Song Ji-hyo, Gary, Kim Jong-kook, Ha-ha.


Ramai yang kata Running Man nie best gilaaaaa dan kelakar gilaaaaa! Bagi aku, biasa jek. Mungkin sebab aku baru tengok 2 episod. Mungkin. Masa aku tengok Running Man nie, aku tersenyum jek. Sesekali gelak kecil. Takde pun aku gelak guling-guling sampai nak pengsan macam aku tengok Jihan kat Parodi MeleTop. Jihan the best hahahaha!

Itu pandangan aku lah. Citarasa kita semua berbeza. Kan? ^^

Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti kita, supaya kita mempunyai persamaan. Tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan kita. Bersikap terbuka adalah lebih baik.