RE-PUBLISH. Entri ini pernah disiarkan pada 05 September 2011.
- Tarikh: 9 Ogos 2011 (Selasa) / 9 Ramadan 1432H
- Peristiwa: Ulang tahun perkahwinan Ayah ❤ Mak Arol yang ke-30.
- Tragedi hitam: Ayah & Mak kemalangan jalan raya. :'(
Akibat kecuaian orang lain, Ayah dan Mak turut menjadi mangsa. Memang benarlah kata orang, "Bila kita sudah berhati-hati, orang lain pulak yang leka dan cuai." T.T
Kecederaan yang dialami oleh Ayah dan Mak:
Ayah luka-luka di bahagian badan dan minyak petrol masuk ke dalam mata. Mak pulak patah dua batang tulang rusuk, tulang tangan kanan retak dan tangan kanan bersimen. Tapi walau apa pun... Terima kasih, ya Allah kerana panjangkan umur Ayah dan Mak aku. :)
Terima kasih kepada kak Safra dan kawan-kawan yang selalu bagi semangat!
Allah SWT tidak akan memberikan kesusahan kepada seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.