18 August 2015

Pengalaman Berpuasa Ramadan di Perantauan

Assalamualaikum. Hai semua! Pengalaman berpuasa Ramadan di perantauan. Sepanjang aku hidup selama 20+ tahun, pada bulan Ramadan tahun 2015 merupakan kali pertama aku merasai pengalaman berpuasa di perantauan. Berbuka puasa dan bersahur tanpa ahli keluarga di sisi, hanya ditemani oleh kawan-kawan sahaja. Sangkaan aku pada mulanya, mesti tak best berpuasa di tempat orang. Tetapi setelah merasainya sendiri dari 24 hingga 27 Jun 2015, rupa-rupanya seronok jugak berpuasa di perantauan bersama kawan-kawan. Walaupun tak sama seronoknya berpuasa di rumah bersama keluarga. Takpelah, dapat jugak pengalaman baru.


puasa di perantauan, pengalaman puasa di perantauan, USM, Ramadan


Dalam entri nie aku nak cerita pengalaman kali pertama aku berpuasa Ramadan di Pennsylvania, Amerika Syarikat. Puas aku kena ingat semula apa yang berlaku sebab aku dah ingat-ingat lupa! Sebelum tue, boleh baca entri nie dulu kalau nak tahu sebab aku kena berpuasa di perantauan.

Okay, bukan di Pennsylvania sebenarnya. Itu pengalaman dalam mimpi aku. Keliru pulak.

Entri ini sekadar perkongsian mengenai salah satu kenangan manis dalam hidup penulis blog iaitu Arol Mubin yang diabadikan dalam blog kesayangannya. Itu sahaja. 


Pengalaman berpuasa Ramadan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Kawan-kawan lain sudah seminggu berpuasa kat USM tetapi aku baru nak merasa hari pertama. Dorang tak balik rumah sebab gap setiap paper cuma sehari dua jek (tak sama kos dengan aku). Aku ada gap dua minggu memang wajiblah balik. Takkan nak mereput kat USM pulak.

Sepanjang berpuasa kat USM, makan memang ala kadar jek untuk buka puasa dan sahur. Bagi aku yang penting ada nasi putih, lauk dan air dah cukup. Kalau kat rumah pun memang makan nasi jugak untuk buka puasa dan sahur. Bezanya lauk kat rumah berlipat kali ganda lebih sedap. Lagi satu, aku memang tak suka pergi bazar Ramadan. Jadi, aku beli makanan kat kafe-kafe desasiswa (asrama) USM jelah. Tak banyak pilihan lagi senang nak pilih.


24 Jun 2015 (7 Ramadan 1436H), Rabu

Aku selamat sampai di Terminal Bas Sungai Nibong pada pukul 4.30 pagi. Memang aku terkejut sebab awal gila sampai. Selalunya sampai dalam pukul 5.30 hingga 6.00 pagi. Sebelum balik Penang aku risau kalau tak terjaga dalam bas untuk sahur. Angah siap bekalkan aku roti sosej dan nugget untuk sahur. Tak sangka sampai awal. Aku pulak dah tempah student cab untuk jemput aku dan hantar ke asrama pada pukul 6.00 pagi. So, aku cuba call student cab dan tanya boleh tak dia ambil aku awal. Dia cakap boleh tetapi kena tunggu 20 minit sebab dia nak mandi dan bersiap. Rasa bersalah pulak kacau orang tidur dan tukar waktu pada saat-saat akhir.

Lebih kurang pukul 5.00 pagi, student cab pun sampai. Sepatutnya student cab akan jemput aku selepas dia sahur tetapi sebab aku sampai awal so dia tak sahur lagi. Dia pun ajaklah aku sahur sekali di Restoran Subaidah. Aku pun ikut jelah sebab kesian pulak nanti dia kena ulang alik. Maka, itulah kali pertama aku bersahur di perantauan. Kali pertama dan bersama orang yang tidak dijangka. Terima kasih, abang Madir! Sanggup (atau terpaksa) jemput saya pada awal pagi. Semoga abang Madir dapat menamatkan PhD dengan cemerlang! Nasib baik sebelum tue aku pernah naik student cab dia, so dah kenal sikit-sikit. Takdelah rasa awkward sangat.

Dipendekkan cerita, inilah juadah buka puasa aku pada hari pertama berpuasa di perantauan. Yeay, kali pertama aku buka puasa di perantauan! Hahahahaha. Gila excitednya!


pengalaman puasa di perantauan, puasa di perantauan, USM, Ramadan

Nasi putih, ayam goreng, gulai daging dan air mangga. Air mangga tue aku bancuh sendiri. Dalam bilik aku memang sentiasa ada stok kordial sebab aku pergi kelas bawa bekal air manis.


25 Jun 2015 (8 Ramadan 1436H), Khamis

puasa di perantauan, pengalaman puasa di perantauan, USM, Ramadan

Sahur makan pecal ayam Restu. Pecal ayam Restu nie memang popular jugak kat USM. Boleh tahan sedap! Tetapi bila makan pecal ayam nie ketika sahur, terus aku takde selera nak makan. Beli pecal ayam pukul 1.00 pagi sebab kafe tutup pukul 3.00 pagi, lepas tue makannya waktu sahur pukul 5.00 pagi. Nasi dah sejuk jadi keras dan ayam pun dah sejuk rasa lain sikit. Dua kali pulak tue sahur makan pecal ayam. Kali pertama nie aku telan jugak sampai habis. Kali kedua aku tak boleh telan lagi dah. Habiskan ayam jek. Nasib baik tak lapar masa puasa.


USM, pengalaman puasa di perantauan, puasa di perantauan, Ramadan

Buka puasa di Plaza Ivory! Plaza Ivory nie sebelah asrama aku jek. Itulah tempat makan aku dan kawan-kawan pada setiap malam (kalau bukan bulan puasa). Aku makan nasi putih, 'ayam masak minyak', telur dadar dan air apa entah aku tak ingat. Ayam masak minyak tue sebenarnya paprik ayam. Aku panggil ayam masak minyak sebab kuahnya minyak. Redha jelah dah nasib perantau. Nak makan sedap sila balik rumah! Kena belajar #syukurselalu. Hehehe.


26 Jun 2015 (9 Ramadan 1436H), Jumaat

Hari ketiga berpuasa di USM, sahur makan pecal ayam Restu jugak. Tak ambil gambar sebab aku tengah nervous hari tue. 26 Jun kan aku ada exam last paper. Kesian aku kena study seorang diri sebab kawan-kawan lain sudah habis exam. Tengah gigih study dalam bilik, kawan bilik sebelah buka lagu raya kuat-kuat. Takpe, aku dah maafkan kau.


USM, puasa di perantauan, pengalaman puasa di perantauan, Ramadan

Buka puasa makan KFC! Aku yang beri cadangan untuk makan KFC sebagai tanda meraikan semua orang sudah tamat final exam semester empat. Lagi pun, itu hari terakhir kami buka puasa bersama untuk bulan Ramadan tahun 2015. Makanlah sedap sikit kan! Seronok dapat buka puasa ramai-ramai dalam bilik Nizam (baju hijau) dan Asyraf (baju putih). Terasa macam kat perantauan sangat waktu nie! Hahaha. Ada lagi kawan-kawan kat tepi tue sebenarnya tetapi tak muat nak masuk dalam gambar. Selepas buka puasa, ada beberapa orang kawan telah berangkat pulang ke kampung. Tinggallah kami yang balik hari Sabtu. Suasana asrama pun menjadi semakin sunyi.


27 Jun 2015 (10 Ramadan 1436H), Sabtu

Hari terakhir berpuasa Ramadan pada tahun 2015 di perantauan. Sahur makan ayam KFC. Ada seketul lagi tak makan masa buka puasa. Ayam dah sejuk (rasa kurang sedap) tapi aku paksa jugak telan setengah ketul dan lepas tue minum air mangga. Tekak dan perut rasa lain macam jek. Kebetulan kawan ada beli durian dan baunya sangat kuat. Apa lagi, aku muntah teruk pagi tue! Hahaha. Habis kosong perut. Nasib baik selepas tue sempat makan roti dan minum air suam.

Maka dengan itu, berakhirlah pengalaman aku berpuasa pada bulan Ramadan untuk tahun 2015 di perantauan (USM Penang). Seronok dapat pengalaman baru! Kalau dipanjangkan umur, tahun depan mungkin aku dapat merasai pengalaman berpuasa Ramadan di USM lagi. Insyallah.

Pada pukul 9.30 pagi, bas bergerak dari Terminal Bas Sungai Nibong dan aku selamat sampai di Melaka Sentral pada pukul 6.30 petang. Kemudian, bermulalah detik yang paling aku nantikan

Bukan bahagia yang menjadikan kita bersyukur tetapi dengan bersyukur akan menjadikan hidup kita bahagia. :) #SyukurSelalu

6 comments:

  1. hahah. mengembalikan nostalgia buat cik en masa kat PUO dlu

    ReplyDelete
  2. Hmm aku hanya sempat brpuasa 3 hari sahaja di UPSI. Best jugak struggle nak dapatkan makan untuk sahur. Bagus hashtag tu, #syukurselalu. Its not about kuantiti but kualiti :)

    ReplyDelete
  3. gitu yer..haha..rndu zmn tu..skrg org pulk kt perantauan..huwa!!

    ReplyDelete
  4. Memang best puasa di tmpt org dan dengan kekawan yang senasib dngn kita. Walaupun x rasa sebest dengan family tp ttp best. Muahaha. Faham kan hehehehe. Tahun ni In dpt puasa dngn family. Tahun dpn belum pasti in syaa Allah boleh kot kalau masih ada dan cuti time tu!!! Sbb dh nk masuk degree huhu.

    ReplyDelete