Assalamualaikum. Hai semua! Salam penuh kerinduan daripada aku yang berada di perantauan lah sangat. Terasa macam dekat perantauan (luar negara) jugak lah sebab cuaca kat sini selalu sejukkk. Asrama aku atas bukit, depan bilik aku hutan dan kat sini selalu hujan. Memang sejuk. Selalu tidur pakai sweater dan berselimut sambil feeling-feeling belajar kat UK. Hikhik.
Sejak balik ke USM, aku terus tak update blog sebab sibuk sangat. Setiap hari kelas dari awal pagi sampai lewat petang. Nak buka laptop pun rasa malas sebab penat. Assignment pulak dah bertimbun. *garu kepala* Cepatlah cuti. Dah tak sabar nak balik rumah nie. Hashtag homesick.
Aku tak ada apa-apa nak cerita pun sebenarnya. Kehidupan semester baru nie nampaknya lebih mencabar. Mencabar daripada pelbagai aspek. Salah satu subjek untuk semester nie ialah Gaya dan Tatabahasa Perbandingan. Belajar tatabahasa, BM dan BI (grammar). Banyak yang aku dah lupa waktu belajar di sekolah dulu terutamanya grammar. Paling best setiap minggu dalam kelas tutorial ada ujian untuk subjek tue. Hari nie berkerut dahi jawab ujian. Bila tengok markah yang aku dapat, wuwuwu menangis tak berlagu. Nampaknya kena usaha lebih lagi nie. T.T
Apa yang penting, tak lama lagi cuti Hari Raya Aidiladha. Hoorayyy! Tiket bas dah beli. Tak sabar nak balik rumah! Rindu nak lalu kat Jambatan Pulau Pinang sambil tersengih dalam bas.
Balik kampung oh ho ho balik kampung! Hati giranggg. Ouh, Melakaaa!
Rindu mak ayah! Rindu keluarga! Rindu baby AN! Rindu kucing-kucing!
Rindu masakan mak! Rindu rumah! Rindu tv! Dasar homesick tegar,
semuanya nak rindu! Well... Anak bongsu! :D
wow welcome back
ReplyDeleteTerima kasih, kak! :D
Deletemelampau-lampau homesicknya..haha! buat asemen bg abis dlu..bwu fkir nk blik yer! cewah, ala2 mak2 gitu..hehe..
ReplyDeleteDah layak jadi mak nie! Sementara Arol belajar kat Penang nie, boleh pergi makan nasi minyak kak Fatimah. :D
DeleteAbang arol !!! Hahaha miza dah cuti dulu XD Ayat abang arol sama dengan roomate miza. "Rindu nak lalu kat jambatan pulau pinang." Huhuhuhu. Semoga selamat pulang abang arol. Moga selamat sampai ke rumah ^_^
ReplyDeleteYeay, semalam lalu kat Jambatan Pulau Pinang lagi! Alhamdulillah, I'm home! Sekarang nie tengah cuti midsem seminggu. :D
DeleteRindu jugakkk.. lama tak bloggjogging :P
ReplyDeleteWuwuwu! Rindu kenangan zaman blogging dolu-dolu! :(
DeleteSalam alaik,sama la kita but In sekarang dah cuti sem 2 bulan weee :P
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbt. Bestnya cuti sem! Arol tengah cuti midsem seminggu. :D
DeleteDah balik ke USM ke? hehe
ReplyDeleteSalam hari raya aidiladha juga.. macam dh terlewat je kan? xD
Dah balik ke rumah semula. Hehe! Selamat Hari Raya Aidiladha. Terlewat pun takpe. Hehe! :D
Delete