26 May 2014

Cikgu Subjek Apa Paling Korang Suka?

selamat hari guru, happy teachers day, quotes

Assalamualaikum. Hai semua! Sebenarnya aku cadang nak post entri nie pada Hari Guru tapi aku sibuk pulak masa tue. Mari kita mengimbau kembali kenangan zaman persekolahan bagi sesiapa yang dah habis sekolah termasuklah aku. Kepada pelajar sekolah, nikmati zaman persekolahan kerana suatu hari nanti korang pasti akan merinduinya.

Straight to the point, cikgu subjek apa yang paling korang suka atau sayang? Mesti ada sebab-sebab jugak, kenapa korang suka cikgu tue? Sama ada korang minat subjek yang cikgu tue ajar atau korang suka cara cikgu tue mengajar? Mungkin ada sebab-sebab lain?

Baiklah.

Cikgu yang paling aku suka sejak dari sekolah rendah sehingga tingkatan 6 memang tidak pernah berubah. Sudah semestinya cikgu-cikgu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris! Aku memang suka dengan cikgu-cikgu yang mengajar bahasa sebab aku minat bahasa.

Dari sekolah rendah sampai tingkatan 6, aku paling rapat dengan cikgu-cikgu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Mereka jugaklah yang telah mengasah dan menonjolkan bakat aku dalam pertandingan bercerita, berpidato dan menjadi pengacara majlis. Tidak lupa jugak, seorang ustazah yang mengajar aku syarahan agama masa sekolah menengah dulu.

Cikgu-cikgu yang mengajar subjek bahasa Melayu dan bahasa Inggeris memang menjadi guru kegemaran aku masa sekolah. Sekarang nie pulak aku belajar dalam jurusan terjemahan, melibatkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Haaa, nampak tak? Hahaha.

Tetapi, ada empat orang cikgu yang paling aku sayang iaitu Mak, Ayah, Along dan Angah. Merekalah cikgu-cikgu yang mengajar aku erti kehidupan. Mak ialah guru pertama aku sebab dulu Mak cikgu tadika aku. Ayah cikgu disiplin anak-anak yang suka beri nasihat dan kata-kata motivasi. Along memang cikgu pun. Angah cikgu tuisyen sambilan. Aku? Tak minat jadi cikgu. Teringat dulu Mak pernah panggil aku "Cikgu Bengis". Hehehe.

If you can read this entry, thank a teacher! :)

54 comments:

  1. dulu masa kat sekolah,paling suka cikgu sains. org pertama sampai kat makmal.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya! Arol selalu jadi antara orang terakhir sampai kat makmal. :D

      Delete
  2. ha ha ha... this is so retro...

    http://www.bubblynotes.com/2013/08/throwback-2-subject-yang-paling-x-suka.html

    cerita tentang subject yang paling tak suka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah! Menarik jugak entri pasal subjek yang kita tak suka. :D

      Delete
  3. Allahhuakbar. comelje abang arol satu family :D Miza semua cikgu miza sayang. <333 Rasa macam tak ada pula dalam diri sayang cikgu ni lebih ke kurang. hihi

    ReplyDelete
  4. yups ! Zara pon minat sgt ngan subjek bahasa ni.. pastu tiing6 Zara amik kesusasteraan.. best ! =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arol pun ada ambil subjek Kesusasteraan Melayu jugak masa tingkatan 6 dulu. Memang seronok belajar! :D

      Delete
  5. dulu dr sek ren smpai ke sek men mmg suka subjek sains & matematik..tapi klau dgn cikgu, lebih suka cikgu kelas..cikgu kelas kan baik, rapat dgn student kelas dia..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju! Dulu masa tingkatan 3, kami panggil guru kelas "bonda". Sebab cikgu tue penyayang dan bersifat keibuan. :D

      Delete
  6. Cikgu favourite adalah cikgu muzik time sekolah rendah sebab dia kelakar.. Padahal tak minat pun subjek tu sebab tak pandai baca 'taugeh'.Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, cikgu muzik! Arol pun dah lupa siapa cikgu muzik masa sekolah rendah dulu. Hahaha! :D

      Delete
  7. pcl suka guru english dan geografi ... ; yg english tu fahamla bkn pcl sorang yg suka malahan satu sekolah termasuk cikgu2 lelaki pun hah ! dan cikgu geo plk dengan dendanya.. kalau tak hafal peta satu kelas riuh rendah gelak kat kawan ...yg kelakarnnya semua pernah kena denda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti cantik cikgu bahasa Inggeris tue! Hehe. Paling tak suka hafal peta dan tak pernah hafal pun. Nasib baik cikgu Geografi dulu tak suka denda. :D

      Delete
  8. Suka dekat Ustazah yg ajar agama islam. Kenapa? Sbb dia sgt sporting melayan karenah aku dgn member2 lain. Dia seorang yg open. Smpai skrg setiap kali dtg nye syawal wajib kena dtg umah ustazah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pulak dulu dapat ustaz yang open. Open sangat sampai kadang-kadang kami sendiri yang malu. :D

      Delete
  9. Akak paling suka cikgu subjek sejarah je hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik akak kan memang peminat setia subjek Sejarah! :D

      Delete
  10. Cikgu di rumah memang diakui kehebatan mereka kerana membentuk keperibadian.
    Kalau cikgu di sekolah saya suka Cikgu Matematik dan Cikgu Lukisan Kejuruteraan. Sebab apa cikgu math ni terlalu amik berat mengenai pelajarnya, dan cikgu kejuruteraan adalah cikgu paling rileks, cool, stedi dan cara mengajar tegas dan ringkas>
    Cikgu lain suka juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya cikgu yang ambil berat mesti pelajar suka lebih sikit daripada cikgu-cikgu lain. :)

      Delete
  11. Paling suka cikgu bahasa melayu, mula darjah satu sampailah tingkatan enam... dan skrg jadi pulak ckg bhsa melayu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, cikgu bahasa Melayu! Arol tak minat jadi cikgu. :D

      Delete
  12. saya pun minat cikgu bahasa jugak. nak-nak bahasa arab. selalu je buat muka selamba ngan ustazah garang tu padahal kawan lain mostly dah kecut perut. tapi sekarang dah jarang guna bahasa arab. dah berkarat segala skil. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. Kawan-kawan takut dengan cikgu bahasa Inggeris tapi Arol excited tunggu cikgu masuk kelas. Asah semula skill tue, rugi dibiarkan berkarat. :)

      Delete
  13. Semua cikgu lia.z sayang..especially my parents..
    Btw,awak boleh je jadi cikgu arol.ajar readers blog bm n bi...
    Mcm saya xreti lahh buat ayat menarik..ntah pape je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, cikgu blog! Arol pun masih belajar lagi. Blog nie dijadikan salah satu medium untuk asah kemahiran menulis. Lia kena rajin menulis, lama-lama nanti mesti dapat buat ayat yang menarik. :D

      Delete
  14. wahh ! jurusan terjemahan .. ?? *thumbs up.. rare (y) hehe .. ~

    cikgu yang paling takut wktu skolah dulu cikgu add math lah .. T.T garangg haha.. memang kena selesaikan masalah +math kat whiteboard, step by step. kalo missed step nya, haa, kna conteng lah dahi ngan marker. haha, recall balik, kelakar lak :P tapi sayang sangat beliau .. cg terbaik kat skolah oww.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah jugak kena conteng dahi dengan marker masa sekolah rendah. Cikgu add math (Chinese) Arol dulu tak garang tapi dengan syarat mesti siapkan latihan yang diberi. :D

      Memang rare! Pelajar USM pun ramai yang tak tahu kewujudan kos terjemahan. Menyedihkan. Hahaha!

      Delete
  15. hihihi qila pun suka english :D heheheh.
    and math & akaun!!!
    sebab senang lah jugak. yang lain errr.
    biasa biasa je ekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa sekolah dulu, subjek bahasa senang nak skor A. Tapi bila dah masuk universiti, hahahaha! :D

      Delete
  16. I love my former english teachers as they have made a difference in my life...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abe Zuki pulak sekarang nie dah jadi cikgu bahasa Inggeris. :)

      Delete
  17. paling suka cikgu yg mengajar sejarah masa skolah menengah sbb akak minat sejarah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak minat subjek Sejarah tapi suka buat folio Sejarah. :D

      Delete
  18. hai orang melaka! hehe. saya suka cikgu add math!! hah~

    klik libresse kat sini :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai orang Terengganu! Mesti pandai add math nie. :D

      Delete
  19. Science !! Sebab cikgu tu comel. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu yang comel memang ramai pelajar suka. Hehehe! :D

      Delete
  20. Cikgu Pengajian Am sebab tak pernah sekali pun dia marah dalam kelas...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyabarnya cikgu tue! Mungkin anak-anak murid mendengar kata. :D

      Delete
  21. Nik suka cikgu english sekolah menengah sebab cikgu english tu dah ubah Nik daripada benci kepada suka subjek english . Hehehe . Alhamdulillah sampai sekarang still in contact

    Nik tag arol
    http://milikallahsepenuhnya.blogspot.com/2014/05/liebster-award.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti best cikgu tue ajar sampai Nik boleh suka subjek bahasa Inggeris. Terima kasih ya sebab tag! Insyallah, nanti Arol jawab. :D

      Delete
  22. mase sekolah rendah suka cikgu mate... mase sekolah menengah suke sikgu akaun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa darjah 6 dulu pun suka cikgu Matematik sebab dia garang tapi cepat faham apa yang diajar. :)

      Delete
  23. aku paling suka cikgu syariah Islamiah dan matematik sebab sporting. :)
    adarain.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu yang sporting memang ramai pelajar suka. :)

      Delete
  24. suka cikgu bi sebab dia suka speaking. hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arol pun suka dengar cikgu bahasa Inggeris cakap. Walaupun kadang-kadang tak berapa faham. :D

      Delete
  25. husna ok je dgn semua..lainlah kalau dya garang tak kena tmpat dan skit smbong..:p
    husna tak minat sgt bhasa mlayu..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak dulu cikgu yang garang tak bertempat. Tiba-tiba jek marah tanpa sebab. Hahaha! Bahasa Melayu seronokkk. :D

      Delete
  26. sy minat cikgu math! both math n addmath..sebab sy minat math..yeah.! sy xminat kimia tp sy minat cikgu kimia..hensem dan baik..sekaligus minat isteri dia ..cikgu bm..minat cikgu bio..sebab dia penyayang sgt..macam seorang ibu..cikgu fizik..y sangat baik..xpernah marah walau selalu tak buat kerja..cikgu sejarah yang sgt pandai bercerita..walaupun sy xminat sj..tapi sy minat dia..english..sir yang kelakar..sempoi..ustaz agama islam y baik lagi hensem..haha..senang cite..sy minat semua cikgu..itu tips pelajar cemerlang..gituu haa,,suka semua cikgu..hehe..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringat pulak kat cikgu Fizik Arol. Dia pun tak pernah marah kalau tak siapkan tugasan tapi dia akan bagi tazkirah panjang lebar. Hehehe! :D

      Delete